31 Mei 2010

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya...
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia...

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

KENAPA CANTIK...?


 1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA NAK TUTUP AURAT.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA JAGA MARUAH DIRI DIA.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA CANTIK.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA.
.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA ANAK SOLEHAH.

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA.

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung.. Sebab DIA HORMATI ORANG LAIN.

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG, ORANG TENGOK DIA CANTIK DAN NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA.

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT.

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA NAK DAPAT PAHALA.

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT.

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN.

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKA DIA.

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DENGAR SURUHAN NABI.

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI.

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA. JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class), (no offence hah...) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga).

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK.


"JADI PEREMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Bismillahirrahmanirrahhim...
Alhamdulillah, bertemu lagi kita, moga2 kalian sentiasa sihat sejahtera hendaknya. Terima kasih buat mereka yang sudi berkunjung di sini. Entry kali ni juga sekadar perkongsian bersama, dah lama tersimpan dalam labtop ni. Entah sejak bila saya pun dah lupa, yang pasti saya juga mengambilnya dari orang lain. Hehe... hendaknya kita dapat mengambil sedikit sebanyak manfaatnya di sini. Insya_Allah...
Selamat beramal. Moga ketemu lagi di lain masa. AMIN...

26 Mei 2010

CINTA SEORANG SUAMI...


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Kenapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang Siti inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apa yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan Dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... Biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

P/s: Hargailah mereka yang menyayangi kita^^...

25 Mei 2010

KEPADANYA SUAMI, UNTUKNYA ISTERI...


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan. 
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i ) 
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. 
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. 
Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas...
Kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang... abang alpa"
bisikkan "Darling... I lupa..."
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci.

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
Tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata...
Segermelapan intan..." 
Sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
Permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun...
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah "Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
Itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh...
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu.

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan.

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah.

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...


Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti:

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: Rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
Tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
seorang isteri.

Sekian.

GUA AJAIB...

NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia...

"Pak, itu amenda pak?"
Bapak di jawab, "Entah lah nak... Bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh..."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut... Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup... Tidak lama kemudian lif terbuka... TINGGGG!!!!!


Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
Lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH... CEPAT!!!

23 Mei 2010

ABJAD DIRIMU...


Assalamualaikum...
Selamat malam, salam sejahtera buat tetamu2 sekalian. Hendaknya kalian senantiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan mendapat limpah kurnia dari_Nya. Insya_Allah. AMIN...
Untuk entry kali ni, saya teringin berkongsi maksud2 yang tersirat di sebalik susunan aksara pada barisan nama kita. Sekadar untuk suka2. Ingat, tak wajib betul harus salah. Mana yang elok, kita elokkan lagi. Mana yang tak berapa nak elok tu, kita buat penambahbaikkan. Moga2 dapatlah kita mengenali diri kita jua teman2 dengan lebih baik lagi. 


A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan orang bagitahu anda apa yang patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda. Sejauh mana kebenarannya, hanya Dia dan diri kita sendiri yang tahu siapa diri kita. Tak percaya? Tanya sekarang... hehe...  Wallahua'lam...

21 Mei 2010

TENTANG DAJJAL...

Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.
Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya tertulis "Kafir" (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.

Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam. Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya, mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara bahagian depan dan belakangnya. "Siapakah kamu?", teriak mereka dan dijawab oleh binatang itu, "Aku adalah Jassasah." Tanya mereka lagi,"Apakah Jassasah itu?" dan jawabnya lagi, "Wahai kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan berita daripada kamu semua."

Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,"Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini." Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.

Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,"Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan." Mereka bertanya, "Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?" Beliau berkata," Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?" Jawab mereka,"Ya." Lalu beliau berkata," Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang danau Thabariyah."

Mereka bertanya lagi, "Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?" Balasnya, "Adakah ia masih berair?" Jawab mereka, "Banyak." Katanya, "Sesungguhnya airnya hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher."

Mereka pun bertanya kepadanya, "Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?" Balasnya, "Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan menggunakan air tersebut?" Mereka menjawab, "Ya. Di dalamnya banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam."

Kata lelaki itu lagi, " Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?" Mereka menjawab, "Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah." Beliau bertanya lagi, "Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?". "Ya." Jawab mereka. Soalnya lagi," Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?" Mereka menjawab," Nabi itu telah menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah mentaatinya." Kata lelaki itu, "Itu sudah terjadi." "Benar." Sahut mereka.

Maka,berkatalah lelaki itu," Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
Dajjal akan berkata," Aku adalah Tuhanmu," padahal sebelah matanya butadan terdapat tulisan 'kafir' di antara kedua matanya.
Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam 'syurga' itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam 'neraka' itu ternyata adalah syurga.
Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar.
Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,"Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?"
Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,"Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi." Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.

Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)

SURAT ADAM UNTUK HAWA..

Hawa...
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini...

Hawa...
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah S.W.T dalam urusan_Nya. Bayangkanlah Hawa... Sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan...

Hawa...
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda di saat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa... Cubalah! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah... Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini, kian berubah...

Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah S.W.T sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari? Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa...?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa...
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu di saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini...

Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya. Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ... Aduh! Banyaknya seksaan menantimu...!

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana, jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa...
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu. Tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu...

Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah S.W.T membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kata, ketahuilah...


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN,DAN, SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

ROKOK DAN EPAL...



Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk." Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya."
 

Alhamdulillah...

OoOo...

 Assalamualaikum...
Buat kalian yang sudi berkunjung di ruang yang dipenuhi aksara kata ini, hendaknya senantiasa dalam keadaan sihat wala'fiat. Kalau ada yang kurang sihat tu, cepat2 pergi klinik, cari ubat makan. Bukan cari ubat simpan. Hehe^^...
 Post ni sekadar untuk berkongsi fakta2 menarik ini bersama. Sekadar menambahkan lagi pengetahuan di dada. Mencambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Insya_Allah^^...

Huh? 2

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh untuk berkumur dan  akan mengunyah daun teh mentah untuk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan untuk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala  bermaksud  'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7.  Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap  2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. Kandungan  emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM.

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 KM dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

19 Mei 2010

SURAT UNTUK CALON SUAMIKU KELAK...


Assalamualaikum kanda yang kuimpikan... 

Bagaimana khabarmu hari ini? Sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu', yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepertiganya dengan bermunajat kepada_Nya? Sudahkah kau bulatkan azammu untuk istiqamah melangkah di jalan_Nya? 

Kanda...

Tegakkan bahumu, sempurnakan semangatmu, penuhi dadamu dengan nama_Nya, jemputlah rizqimu dengan sungguh-sungguh. Aku menghantarmu dengan selempang doa yang tersampir di bahu angin. Semoga hari ini, Allah melimpahkan keberkahan di setiap tarikan nafasmu. Penuhi pundi-pundi amalmu dengan kebaikan, jangan sisakan sedikitpun waktumu dalam kesia-siaan. 

Malam nanti, aku kembali menunggumu dalam hening doa-doaku. Sandarkan hatimu pada_Nya, agar Ia memberimu kekuatan. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk segera menjemputku, menemani hari-harimu. 

Siapapun engkau, di manapun berada, semoga Allah menjagamu, hingga tiba waktunya perjuangan panjangmu tak lagi sendiri. Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk hadir menjemputku. 

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada_Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai_Mu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada_Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih_Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir_Mu. 

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih_Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada_Mu.

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
 
Dan Ya ALLAH…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya ALLAH…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya ALLAH yang tercinta…
Gantilah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdir_Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku...
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba_Mu ini…

Ya ALLAH…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba_Mu yang dhaif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahu pun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
Amin Ya Rabbal ‘Alamin…
 
Rabbi...
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia...
tabahkan hatinya...
teguhkan imannya...
sucikan cintanya...
lembutkan rindunya...

Rabbi...
Jika hatiku Kau ciptakan untuk dia...
Penuhi hatinya dengan Kasih_MU...
Terangi langkahnya dengan Nur_MU...
Bisikkan kedamaian dalam kegalauan...
Temani dia dalam kesepian...

Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada_MU untuknya...
Resapkan rinduku pada rindunya...
Mekarkan cintaku bersama cintanya...
Satukan hidupku dan hidupnya...
Dalam cinta_MU...
Sebab, sungguh aku mencintainya kerana_MU...

 
 
 
Duhai seseorang disana ...

Bila Allah mengizinkan kita bertemu kelak . . .
Bila Allah mewujudkan takdir pernikahan kita kelak . . .


Dan bila kemudian disaat kita hidup bersama, lantas terlihat sisi salah pada diriku, semoga Allah mengurniakanmu kemampuan untuk melihat sisi baikku. Sungguh Allah S.W.T yang mempertemukan dan menyatukan hati kita berpesan, "Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." [QS: An Nisa' 19]. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan, "Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka." Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan beliau, Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim)

Sedarkah engkau bahawa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah engkau tahu bahawa hanyalah Allah yang Maha Sempurna. Bukankah kurang bijaksana bila kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu? Janganlah engkau mencari-cari selalu kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu.

Saat diriku rela pergi bersama dirimu, kutinggalkan orang tua dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang, dan senyuman darimu. Ku ingat pula saat aku ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat dalam keseharianmulah yang mempesona diriku. Bukankah sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, Ali bin Abi Tholib saat ditanya oleh seorang, "Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?" Ali r.a. pun menjawab, "Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya." Ku harap engkaulah laki-laki itu, duhai suamiku.

Saat terjadi kesalahan yang tak sengaja ku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai isteri tanpa kekurangan dan kelemahan. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut, janganlah kasar terhadapku. Bukankah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah bertanya kepada beliau tentang tanggungjawab suami terhadap isteri, beliau pun menjawab, "Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian." Janganlah engkau keras terhadapku, kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun tak pernah berbuat kasar terhadap isteri-isterinya.

Duhai Calon Suamiku...
Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka? Renungkanlah bahawa, "Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertakhta di singgahsana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya." [HR Muslim]. Kudoakan bahawa engkaulah yang kelak salah satu yang menempati singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

Jika engkau ada waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putera-puterimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putera-puterinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putera-puteri kita dan bertakwa kepada Allah.

Ya Allah...
Engkaulah saksi ikatan hati ini,
Engkaulah yang telah menentukan hatiku jatuh pada lelaki ini,
jadikanlah cintaku pada calon suamiku ini sebagai penambah kekuatanku untuk mencintai_Mu.
Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada_Mu,
hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati_Mu. 
Jika ia rindu, jadikanlah rindu syahid di jalan_Mu lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap syurga_Mu.
Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada_Mu,
ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta_Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada_Mu,
telah berjumpa pada taat pada_Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada_Mu,
telah berpadu dalam membela syariat_Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur_Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada_Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Amin ya rabbal alamin^^...

18 Mei 2010

DOA PEPERIKSAAN...


Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran...

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan...

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan...

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3x

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan...

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Bit taufiq wannajah fil imtihan^^...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...