23 November 2011

"AKU TAK SOLAT PUN BERJAYA..."

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.


 Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku.”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? Hamba-Mu yang menyekutukan-Mu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba-Mu yang menyebut nama-Mu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa.”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkannya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya.”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sumber:FB

22 November 2011

SELINGKAR KISAH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.
Lama sudah rasanya tidak menulis. Sepi dari blog. Menghilang dek kesibukan dan kurangnya bahan untuk perkongsian. Harap-harapnya masih ada yang terus menerus bersama membaca titipan perkongsian yang mungkin tidak seberapa di teratak ini. Terima kasih.

Syukur kehadrat Rabb atas keizinan-Nya.

Baru-baru ini sahaja saya dan teman seperjuangan berjaya menamatkan semester 4 bagi tahun ke-3 pengajian. Baru juga selesai menduduki peperiksaan akhir semester 4. Moga diberikan keputusan yang cemerlang buat kami. Kalian juga:)

Dalam tak sedar, tinggal hanya dua tahun lagi di institut ini. Sedikit waktu yang mungkin saya sendiri tidak akan menyedarinya bila jarum saat itu berputar. Siapa kata lima tahun setengah yang sebelum ini diuar-uarkan terlalu lama beerti 'benar-benar lama'. Sebenarnya itulah tempoh yang paling singkat sekiranya kita dapat memanfaatkannya bersama sahabat-sahabat terbaik.

Allah...
Sedih. Gembira. Rasa bercampur baur. Sedih kerana mengenangkan saat masing-masing membawa haluan masing seusai mendapat segulung ijazah. Gembira bila semua mampu meraih kejayaan dalam kehidupan mereka. Gembira juga kerana waktu pengajian sudah hampir berakhir. Mungkin ini hanyalah secebis rasa yang terkandung dalam diri dan para sahabat sedikit masa kelak. Mungkin juga inilah rasanya kakak-kakak dan abang-abang senior kami yang baru sahaja menamatkan pengajian semester 8 kohot kedua baru-baru ini. Tahniah senior! Moga kalian menjadi pendidik yang berjasa.

Teringat pada luahan seorang teman,

"Saya sedih membayangkan yang satu masa nanti kawan rapat kita ni tak lagi bersama kita. Bila dah berkahwin. Mesti masanya diluangkan lebih dengan keluarga sendiri."

Tersenyum. Benar. Hakikat. Begitulah seharusnya. 

Bila difikirkan, mahu sahaja waktu bersama di institut ini diabadikan bersama sebaik mungkin. Namun, perihal Ilahi, perancangan Tuhan Semesta Alam tiada siapa ketahui. Selagi ada waktu yang masih bersisa, inilah peluang kita untuk terus bersama. InsyaAllah.

Dari kecil melangkah ke alam persekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah, seterusnya institut pengajian tinggi dan kemudian alam berumah tangga. Saatnya dulu perkongsian cerita hanyalah bersama teman-teman seperjuangan. Namun, masa terus berputar merubah suasana, teman berkongsi hanya pada dia janji berwali.

Dedikasi khas buat mereka-unit PSV1 dan PSV2 ambilan Julai2008 kohot ke 4.

P/s: Praktikum!

31 Oktober 2011

KAMI MUSLIMAH LUAR BIASA...!

Aku berdiri mematung di jendela kamar. Fikiranku melayang pada ikhwan itu. Entah apa yang aku inginkan sekarang, aku hanya ingin semuanya berubah menjadi halal. Tapi aku tak mungkin meneruskan perasaan ini sebelum semuanya benar-benar halal. Aku harus menyimpan perasaan ini, tak perlu aku menghancurkan kehormatan jilbabku dan agamaku untuk cinta semu ini. Kerana aku bukan muslimah biasa.

Kita memang sukar melepaskan ikatan cinta, tapi yakinlah kami sebagai muslimah bisa mengatur virus merah jambu yang diberi syaitan untuk tidak mengalir dalam darah kami. Muslimah memang lemah kerana tergantung dengan siklus hatinya yang mudah diwarnai kekotoran cinta, apalagi oleh syaitan-syaitan yang cuba menusuk kami dengan rayuan dan godaan harta. Naudzubillah...

Bukan hanya siklus cinta yang membuat muslimah kadang meradang malu atau bahkan tak punya malu. Lihatlah di sekeliling kita, berapa banyak muslimah yang tak punya rasa malu bukan hanya pada aurat tapi pada harta. Berebut dunia tanpa fikir akhirat, bahkan ada yang berfikiran buat apa memikirkan akhirat sedangkan memikirkan dunia saja susah. Ada... Ada yang begini... Masyaallah...

Brother... Kami muslimah juga perlu mengikut sertaanmu dalam membangun jiwa kami. Jangan tatap kami dengan dengan matamu yang penuh nafsu dunia, tundukkan pandanganmu. Jagalah hijab kami, jagalah kehormatan kami dalam balutan jilbab kami. Jangan kalian nodai hijab kami dengan yang namanya cinta semumu.

Kami menjaga kehormatan kami, tapi selalu tercoreng kerana syaitan cinta. Kami menjaga jilbab kami, tapi terhapus dek iblis rayuan. Jangan benci kami kerana kami menolak syaitan yang merayu kami. Jangan cemuh kami kerana kami tidak ingin berkhalwat dengan iblis yang mengajak berduaan. Tolong brother... Bantu kami menjaga kehormatan kami.

Sister... Apa lagi yang ingin kau tunggu? Lebarkan jilbabmu, tinggalkan celana pensilmu, tinggalkan kaos ketatmu. Pakailah jilbabmu sebagai kehormatan dan penjagamu. Apakah kau tak ingat sayang, agamamu sangat menghormatimu. Kenapa engkau enggan menghormati auratmu? Bukan rambutmu yang menjadi kecantikanmu, bukan putihnya kulitmu yang menjadikan kau bersinar. Bukan kakimu yang indah yang membuatmu semampai. Tapi akhlakmu yang menjadikan dirimu cantik, tapi jilbabmu yang membuatmu indah, tapi dakwahmu yang membuat kau semampai tinggi.


Kami bukan muslimah biasa... hati kami selalu tersurut taqwa kepada Allah...

Kami bukan muslimah biasa.. kami senantiasa haus akan ilmu...

Kami bukan muslimah biasa... yang tak akan gentar melawan nafsu kami...

Kami bukan muslimah biasa... tak akan takut berkata yang benar itu benar...

Kami bukan muslimah biasa... selalu menjaga tutur kata dan sopan santun kami...

Kami bukan muslimah biasa... selalu menundukkan pandangan agar terjaga mata kami...

Kami bukan muslimah biasa... tak akan tunduk pada syaitan perayu...

Kami bukan muslimah biasa... hidup dunia adalah ladang kami...

Kami bukan muslimah biasa... tak kan terpesona rayuan dunia...

Kami bukan muslimah biasa... impian kami adalah syurga-Nya...

Kami bukan muslimah biasa... cahaya iman akan terus terpancar pada kami...

Kami bukan muslimah biasa... selalu menjunjung Al quran dan sunnah...

Kami bukan muslimah biasa... selalu meneladani sahabiyah...

Kami bukan muslimah biasa... tapi kami wanita Luar Biasa.

SAKSIKAN BAHWA KAMI MUSLIMAH LUAR BIASA

Menjadi wanita itu indah..Menjadi muslimah itu lebih indah...

Menjadi mukminah jauh lebih indah..tapi menjadi Solehah itu adalah pilihan...

04 Oktober 2011

KERANA ITU AKU DIAM...


Aku takut engkau tergoda,
kerana itu aku diam…
Aku takut engkau goyah,
kerana itu aku diam…

Aku takut ada yang kecewa...
Aku takut ada yang terluka...
Aku takut ada yang terhina...
kerana itu aku diam...

Aku takut tak bisa menjaga...
Aku takut potensi yang tak bisa diduga...
Aku takut jatuh ke dalam dosa...
kerana itu aku diam...

Aku takut melanggar larangan-Nya...
Aku takut tidak lagi peka akan peringatan-Nya...
Aku takut tidak lagi taat kepada-Nya...
kerana itu aku diam...

Aku takut tidak lagi indah pada saatnya,
aku takut tidak lagi mesra seharusnya,
aku takut tidak lagi terjaga, hina di dua dunia,
kerana itu aku diam...

Aku takut hatiku tertipu nafsu...
Aku takut taqwaku tergadaikan logika semu...
Aku takut perasaanku tertutup emosi sesaatku..
kerana itu aku diam...

Aku takut jauh dari-Nya,
Aku takut tidak kerana-Nya.
Aku takut tidak lagi mendapat pertolongan dari-Nya,
tidak lagi mengamalkan Firman-Nya,
tidak lagi mengikuti Nabi-Nya,
kerana itu aku diam...

Aku takut tidak didengar dalam do'a,
aku takut tidak di tolong dalam musibah,
aku takut tak dilihat-Nya di padang mahsyar penuh galau dan gundah,
kerana itu aku diam...

Aku takut tak bisa memegang amanah-Nya...
Aku takut tak bisa memetik sakinah, mawaddah dan rahmat-Nya...
Aku takut tak bisa mengabadikan ridha kedua orang tua...
kerana itu aku diam...

Dalam diam aku berikhtiar,
mempersiapkan mental, modal, hati dan fikiran.
Dalam diam aku berdo'a,
memohon petunjuk, pertolongan dan kekuatan dari-Nya...

Dalam diam aku menghormatimu dengan petunjuk-Nya...
Dalam diam aku menjagamu dengan cinta-Nya...
Dalam diam aku mengurai rahsia tulisan di luhmahfudz-Nya...
Dalam diam aku menjaga cinta sebagai anugerah dan amanah...

Dalam diam aku memperbaiki diri...
Dalam diam aku mempersiapkan hati...
Dalam diam aku mengumpulkan ilmu untuk saat bersatu nanti...
Dalam diam aku berusaha memberikan yang terbaik dengan redha Ilahi...

Dalam diam aku mengukir cinta abadi...
Cinta dengan cara yang diajarkan Rasul-Nya...
Cinta penuh taqwa dan tawakkal kepada-Nya...
Cinta yang datang dan akan kita kembalikan hanya pada-Nya...

Bersabarlah dalam diamku...
Berdo'alah tuk menguatkan hatimu...
Bersyukurlah atas suka dan duka-Nya untuk kuatmu...
kerana engkau kan menjadi bagian penting perjuanganku...

Sungguh Dia mendengar keluh kesahmu...
Sungguh Dia melihat gundah dan sedihmu...
Sungguh Dia telah mempersiapkan yang terbaik untukmu...
Sungguh Dia telah menyediakan pahala yang melimpah, atas solehahmu...

Tautkan hati kita dalam do'a...
Ikhtiarkan jiwa dan raga kita dalam ilmu dan ibadah...
Kuatkan potensi kita dengan menjalankan Firman-Nya, Sunnah Nabi-Nya...
Yakinlah... Kan indah pada saatnya…
Kerana kita... Menuju Redha-NYA...

02 Oktober 2011

"ENCIK PERCAYA PADA AGAMA...?"

Seorang Syeikh berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjadi ahli panel satu siri ceramah mengenai agama, teknologi dan alam semesta. Ceramah itu berlangsung selama seminggu.

Suatu hari, Syeikh bersama seorang kawannya menaiki teksi untuk ke dewan program tersebut. Disebabkan hari itu bermula dengan lewat, sahabat Syeikh meminta pemandu teksi terlebih dahulu menghantarnya ke sebuah pusat komputer. Dia ingin membeli beberapa barangan untuk komputernya.

Sementara menunggu sahabatnya kembali, Syeikh yang duduk di kerusi belakang menggunakan masa itu dengan membaca sebuah kitab. Si pemandu teksi pula duduk bersandar memerhati orang yang lalu lalang di sekitarnya. Suasana sunyi seketika sehinggalah Syeikh berkenaan menutup kitabnya.

Syeikh itu termenung. Masa sangat berharga, dia tidak boleh membiarkanya berlalu begitu sahaja. Jika tidak, samalah dia dengan orang-orang lain yang suka menghabiskan masa tanpa melakukan perkara-perkara bermanfaat.


“Encik percaya pada agama?” tanya Syeikh tersebut kepada si pemandu teksi yang berambut perang dan bermata biru.

Biarpun agak terperanjat dengan soalan yang tidak disangka-sangka, pemandu teksi berkulit putih itu tetap menjawab sejujurnya.

“Saya tak percaya. Saya tidak perlukan agama. Setiap pagi saya keluar rumah, pergi kerja, dapat duit. Habis kerja saya singgah sebentar beli makanan dan minuman anak isteri. Saya bahagia dengan hidup ini, jadi untuk apa agama? Hidup saya tetap sempurna tanpa agama.”

“Encik tahu tentang agama yang ada di dunia ini?” Tanya Syeikh itu lagi.

“Taulah sikit-sikit tapi saya tak pedulikan sangat. Semua itu tak penting bagi saya. Lagipun saya tengok orang yang ada agama dan tak ada agama lebih kurang sama sahaja. Kalau ada agama, mengapa mereka berperang? Zalimi orang itu, zalimi orang ini, pelacuran, mabuk, jadi pengganas…”
jawab si pemandu teksi panjang lebar.

“Encik tahu pasal komputer?” Tanya Syeikh selepas mendiamkan diri beberapa seketika.

Permandu itu tersengih, “Mestilah tau. Ciptaan terhebat, semua orang mesti tau. Kalau tidak, mereka ketinggalan zaman.”

“Kalau betul encik tau, siapa yang mencipta komputer, manusia atau komputer itu terjadi dengan sendirinya?”

“Tentulah manusia yang cipta. Takkanlah komputer tercipta dengan sendiri.”

“Kalau macam tu, mana yang lebih kompleks, manusia atau komputer?”

Kali ini pemandu teksi tidak dapat menahan ketawa mendengar soalan kebudak-budakan oleh Syeikh berkenaan. “Tentulah penciptaan manusia jauh lebih kompleks,” kata si pemandu teksi, masih lagi tergelak.

“Okey, jika komputer dicipta oleh manusia, begitulah juga dengan manusia yang sekompleks itu ada penciptanya juga, kan?”
Si pemandu teksi terdiam. Dia mengangguk dan kemudian berkata, “Ya.”

“Dalam agama kami, Tuhan adalah pencipta yang agung. Kami wajib percaya kepada keagungan Tuhan. Dari sekecil-kecil makhluk hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, semuanya diciptakan Tuhan. Apa yang ada di alam ini tidak boleh tercipta dengan sendiri."

“Cuba bayangkan encik tidak pernah diperkenalkan dengan komputer sebelum ini. Jika saya beri encik sebuah komputer, boleh tak encik gunakan komputer itu?” soal Syeikh.

“Tak boleh. Saya tak tau tentang komputer macam mana saya nak menggunakanya.”

“Bagaimana kalau saya beri buku panduan penggunaan komputer, tentu lepas itu encik boleh gunakan komputer tu, kan?

“Tentulah!”

“Dalam agama kami, kami ada sebuah kitab sebagai panduan. Kitab itu lah yang mengatur kehidupan kami. Tanpa kitab, manusia bertindak mengikut kehendak masing-masing. Kitab itu mengawal hati dan akal kami supaya jangan berperang, membunuh, merosakkan alam sekitar dan sebagainya."

“Sekarang, selepas pencipta komputer mencetak buku panduan tersebut, apa yang perlu dilakukannya? Dia perlu melatih jurutera bagaimana untuk menyampaikan pengetahuan tentang mesin itu kepada pengguna, kan? Pengetahuan ini perlu disampaikan sehingga semua orang tahu bagaimana untuk menggunakan komputer."

“Begitulah juga dengan agama. Tuhan menurunkan nabi dan rasulnya sebagai utusan. Peranan mereka sama seperti jurutera tersebut iaitu menyampaikan amanat Yang Maha Pencipta kepada seluruh umat manusia. Segala yang terkandung di dalam kitab itu diterangkan sejelas-jelasnya agar manusia hidup secara teratur seperti yang diinginkan Tuhan.”

Si pemandu teksi mendiamkan diri. Khusyuk dia mendengar kata-kata syeikh berkenaan kerana sebelum ini belum pernah ada orang yang menerangkannya tentang agama sejelas dan seringkas yang diperkatakan oleh Syeikh tadi.

Si pemandu teksi bertanya kalau agama itu bagus, kenapa ada orang yang memberontak, meletupkan diri, terlibat jenayah, menjadi ‘pengganas’ dan sebagainya.

Syeikh tersebut menjelaskan, itu semua bukan kesalahan agama, tapi kesalahan si penganut itu sendiri. Tidak ada agama yang menganjurkan keganasan, jenayah dan pembunuhan. Tapi ada orang yang sanggup melakukannya kerana kasihkan agama, dan ada juga yang sengaja melanggar peraturan agama, walaupun mereka sedar perbuatan itu salah.

“Tapi cuba bayangkan kalau orang itu langsung tidak ada agama. Tentu dia akan jadi lebih teruk. Kalau semua orang tidak ada agama. Kita akan jadi seperti haiwan, kita hidup tanpa haluan, lakukan apa saja yang dikehendaki. Kalu encik rasa undang-undang itu penting untuk mengawal hidup manusia, begitu juga dengan agama."

“Begitulah juga dengan komputer. Walaupun ada peraturan penggunaannya, tapi pengguna tidak patuh. Ramai yang menyalahgunakannya, itu yang menyebabkan komputer rosak, virus, gambar porno…”

Pemandu teksi menganggukkan kepala.

Pada minit-minit terakhir perbualan mereka, pemandu tiba-tiba berkata, “Saya ingin sekali memeluk agama encik. Apa yang perlu saya lakukan?”

Jawab Syeikh itu, “Katakanlah; Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

01 Oktober 2011

BAKAL MENANTUKU...


Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Baginda telah lalui kepayahannya,
Tak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Ku ingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

09 September 2011

BINGKISAN ADAM HAWA...

Yaa Rabbi...
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal bin Rabah, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum...
Amiin ya Rabbal'alamin.


Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmummu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. Akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.

Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…

Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa  ku ini bakal menghuni al-Firdausi.

15 Ogos 2011

♥ KE BAGHDAD AKU MEMINANG BIDADARI ♥



“Hayya ‘alal jihad… hayya ‘alal jihad…!!!"

Tepat Jam 00.00
Mata teduh laki-laki itu masih terjaga.
Apa gerangan yang dia lakukan???
Laki-laki itu tampak sibuk menyiapkan peralatan,
Tambang, belati, senapan kecil, beberapa pakaian.
Dia masukkan dalam ransel merah bergaris hitam.

Dia berdiri
Mata teduhnya mengitari kamar yang sebentar lagi akan dia tinggalkan.
Oooo... Dia ternyata sedang berfikir.
Apa gerangan bekal yang tertinggal.
Tangan kukuhnya mengambil sebuah kotak berwarna biru tua berhias pita biru bercorak silver.

Dia membukanya,
Sebuah al-qur’an kecil bersampul merah maroon.
Dia mengecup al-qur’an itu sambil memejamkan matanya.
Namun tiba-tiba mata itu mengeluarkan cairan bening hingga membasahi mushaf mungil yang masih menempel dibibirnya.
Entah apa yang dia pikirkan.

Namun... Bibirnya bergerak mengucap sesuatu,
Mungkin sebuah do’a tulus.
Punggungnya berguncang beberapa saat.
Berkelebat memori beberapa tahun lalu.
Seseorang yang memberikan mushaf kecil merah maroon itu.
Sosok itu berkata padanya melalui sepucuk surat bersampul putih.


Akhi…

Saat ini aku belum bisa menemani perjalanan hidupmu. Oleh kerana itu, izinkanlah mushaf usang ini menjadi salah satu bekalmu ketika Rabb kita memilih jiwamu untuk menjadi tentera-NYA. Ku harap mushaf ini menjadi saksi kesyahidan mujahidiin di negeri terjajah sana. Jika kau bertemu Rabb kita katakana pada-NYA ‘Jadikan aku sebagai tenteraNYA pula, meski aku seorang hawa. 

Akhi…

Bergembiralah karena ada makhluk langit terindah yang sedang menunggumu, menunggu kehadiranmu. Makhluk yang Rabb kita sediakan untuk orang-orang yang berjuang untuk deen ini, dialah HURUN’INmu” (BIDADARI) . 

Sekali lagi punggungnya bergoncang.
Namun bibir itu tersenyum.
Kerana sebentar lagi citanya akan tercapai.
Apa yang dikatakan sosok itu akan tergapai.
Janji kepada Rabbnya akan tertunaikan.
Gumamnya “mana ada orang tua yang menikahkan putrinya dengan pemuda yang berusia pendek”.
 


Hal ini memang sering terjadi seperti di Palestian sana. Kemudian…
Kepalanya tertunduk.
Teringat sosok lembut yang selama ini mengasuhnya,
Beberapa hari lalu,
melalui saluran selular
Sosok lembut itu tersedu.
Berharap permata hatinya mengurungkan niatnya.
 

Oohh Bonda...
ini adalah perpisahan sementara, permata hatimu menginginkan perjumpaan yang kekal, tiada kehidupan yang kekal selain disyurga-NYA. 

Sungguh kita tidak akan berpisah untuk selamanya, percayalah.
Lain dengan sosok perkasa selain dirinya dirumahnya
Yang menjadi teman sejawatnya
Berangkatlah nak...

Jangan pedulikan kami, Ayah yakin Tuhan kita akan meredhaimu. Jadilah pejuang islam yang akan memenangkan deen ini.
Juga... Saudara-saudaranya...


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, tunjukilah kepadaku suatu amal yang dapat menandingi jihad." Rasulullah menjawab, "Saya tidak mendapatkannya". Kemudian beliau berkata, "Apakah kamu sanggup ketika mujahid pergi untuk berperang lantas kamu masuk masjid sehingga kamu melaksanakan solat tanpa merasa letih dan berpuasa tanpa berbuka hingga dia kembali?". Sahabat menjawab, "Siapa yang sanggup melakukan hal itu?". (HR. Bukhari, 6/2785).

Berharap yang sama seperti sosok lembut itu.
Saudaranya yang dikasihinya.
Yang selama ini menjadi penyemangat hidupnya.
Yang selama ini dia topang.
Dia menjadi tulang punggung keluarganya.

Hingga pukul 01.00 dini hari.
Mata teduhnya belum juga terpejam.
Hati putihnya berucap takbir, hamdalah dan tahlil.
Menunggu shahabat perjuangnya menjemputnya.


“Wahai saudaraku tunggulah kedatanganku, kita harumkan tubuh kita dengan keringat dan peluh jihad menempel disekujur tubuh. Kita selamatkan dunia ini dengan senjata. Ini adalah pengorbanan tertinggi kita, ini adalah perniagaan yang menguntungkan. Berjuanglah hingga badan dan kepala terpisah. Tunggulah para Syuhada dan Anbiya inshaAllah kita akan berjumpa, dan izinkanlah aku melihat wajah-
MU wahai kekasih ku”. 

Pukul 03.00
Dari luar terdengar ketukan pintu.
Laki-laki bermata teduh itu bangkit dan menyambut tamu itu.
Ternyata itulah yang ditunggu-tunggu dirinya,
5 orang laki-laki gagah yang merupakan sahabat seperjuangannya.
Mereka berpelukan
Katanya
”mari kita berangkat”.
Wahai sahabat...

Laki-laki bermata teduh itu telah pergi.
Menyambut seruan Rabbnya.
Cita-cita yang selama ini.
Dia impikan telah tercapai.
Dia memenuhi seruan saudaranya yang terluka dan terhina.
Dia akan mengembalikan izzah kaum muslimin di negeri Baghdad.
Sungguh I’dad yang selama ini dia lakukan bersama sahabatnya tidaklah sia-sia,
Rabbnya telah memenuhi janjinya.

Sehari sebelum keberangkatannya,
dia layangkan sepucuk surat pada sosok yang membekali dirinya dengan al-quran bersampul merah maroon itu. Katanya
“Ke Baghdad aku meminang bidadari, ku harap kau berada diantaranya”.

Selamat berjuang wahai saudaraku...
Redha Tuhanmu menyertaimu.
Ku tunggu berita kesyahidanmu. ALLAHU AKBAR yaa Rijal!!!
 


ALLAH Azza Wa Jalla  berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” 
(QS 61:10-12).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...