03 September 2014

BERMAKNA...

Bismillahirrahmanirrahim...

Menulis dari hati kadangkala lebih tercapai maksud yang ingin diperkata.
Dari menulis kerana nama.
Itu cuma kata aku.

Mungkin juga, mereka punya bakat semulajadi.
Justeru, bingkisan apa sahaja yang dibuat
mampu menarik hati
menusuk terus memberi kesan buat semua.

Apa sahaja yang dikongsi 
sebolehnya biar punya ilmunya.

Yang membaca,
Yang menulis,
Yang berkongsi,
Ada nilai yang bukannya sia-sia.
Bermakna.

Sekurang-kurangnya jadi bekal
pahala sampingan
bila kita berpindah ke alam sana.


14 Julai 2014

TAK PERLU~

Bismillah...

Ada banyak benda berlaku dalam hidup kita.
Dalam sehari hingga mencapai kepada bulan-bulan terakhir
dalam kalendar tahunan.

Sedar saja sudah tidak terhitung,
memang banyak benda yang remeh dan sarat.

Kadang,
perlu untuk menapis beberapa perkara 
agar tidak kelihatan berat sebelah dan songsang boleh aku katakan.

Ambil yang penting,
yang mungkin boleh membawa kepada kemudaratan
sekiranya tidak diselesaikan.

Remeh-temeh,
cuba kau timbal balik,
apa mungkin hanya buang masa,
atau ada baiknya untuk kau fikirkan.

Aku insan fakir,
cuma mahu kau jadi matang.


22 Mei 2014

FASA BARU I

Assalamualaikum.

Berbulan-bulan aku tinggalkan teratak ini.
Entah masih punya isi dibaca atau tidak.
Harap aku, masih mampu beri manfaat buat pengunjung.

Biasanya banyak cerita yang aku kongsikan adalah hasil dari sumber-sumber yang aku peroleh dan baca.
Mana-mana cerita dan kisah yang buat aku tertarik, aku turut beri kalian baca dengan harapan kita punya rasa yang sama.

Tapi itu semua cerita lama.
Aku pula sudah jarang benar berkongsi.

Jadi aku manfaatkan sahaja ruang ini
dengan frasa-frasa pendek
dengan kata-kata yang aku rasa
dengan bahasa-bahasa mudah
supaya teratak ini
tetap terus dengan perkongsian.

:) Heh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...