27 September 2010

MERINDUI CINTANYA...

Ibu, ayah...
Anakmu ini sedang jatuh cinta, perlahan2 perasaannya bertambah ralit pada cintanya. Dunianya sendiri. Angan idamnya sendiri. Pertama kali merasa nikmat cinta. Hakikat cinta. Aku kagumi Dia. Dia yang sentiasa ada untukku tiap ketika. Langsung tidak pernah lupa pada aku. Walhal aku tidak layak pun untuk memiliki Dia. Kadang aku terfikir, bagaimana harusku berhadapan dengan Dia. Gagahkah aku? Atau goyahkah aku? Dia yang sentiasa ada dan aku yang sentiasa lupa. Dia yang sentiasa mengingatkan dan aku yang sentiasa alpa. Dia yang sentiasa membantu dan aku yang sentiasa membatu.

Ibu, ayah...
Anakmu ini makin larut dalam keasyikannya. Hingga terasa bermakna dalam tiap2 hari yang dilaluinya. Bertambah bahagia dengan Dia. Hingga aku mampu memberikan jaminan, aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Sungguh Dia benar2 berkuasa membuat jiwa anakmu terpesona.

Ibu, ayah...
Aku hanya ingin menyatakan, kalian tetap ada. Meski jiwa ini di curi si Dia. Walau hati ini kepunyaan si Dia. Kalian masihku sanjung, tiap saat dan ketika, dalam setiap ratib dan doa akhirku. Tapi Dia cinta agungku.

Ibu, ayah...
Anakmu merasakan cukup dengan Dia. Maka izinkanlah kami bersama. Andai sekiranya Dia datang menjemputku, redhailah. Jangan ragu. Anakmu sangat yakin. Dia bijak mengatur segalanya. Pasti anakmu akan mendapat hak yang terbaik dalam caturan takdirnya. Usah dikhuatiri. Ini jaminan Dia padaku juga kamu. 

Ibu, ayah...
Aku dapat rasakan aku tidak akan tersalah pilihan. Dialah yang di cari. Dialah yang utama. Dialah yang aku perlu hormati dalam hidup ini. Justeru, anakmu benar2 menaruh harapan, agar melepaskan anakmu pergi bersamanya. Jangan ditangisi, jangan dirindui jua diratapi. Anakmu turut merasakan penderitaan jiwa itu. Cukuplah kiriman dan bingkisan doa dari kalian. Moga-moga dengan itu, kehidupan anakmu di sana bersama Dia akan terpelihara.
 

Moga dia dapat menerima anakmu ini seadanya. 
Dia Ya Rabb... Dia Ya Ilahi... 
Allahuakbar...

 
Ipgmktaa2010
CempakaC202

26 September 2010

DETIK KEMATIAN...

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W: Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:
a. Hartanya untuk warisnya.
b. Nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. Dagingnya untuk ulat-ulat.
d. Tulangnya untuk tanah.
e. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. 


Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila mayat di bawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredhaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amalmu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).



sumber

P/s: Bantulah YDP kami, saudara Shafiq, Ya Rabb. Amin ya Amin...

24 September 2010

YANG NAMPAK, TAPI YANG TERSIRAT...?

Bismillahirrahmanirrahhim...
Alhamdulillah, masih wujud ruang buat kita semua untuk terus kukuh menapak di bumi Illahi ini. Hendaknya dalam redha-Nya senantiasa. Amin...

Tidak ingin bercakap panjang, cuma ingin mengongsikan tentang hakikat yang kita tidak tahu, atau mungkin tidak sedar. Mungkin juga kita tahu cuma mungkin pura2 tak sedar. Wallahualam... atas sebarang kemungkinan tersebut.

Saya tidak menafikan, saya sendiri baru mengetahuinya, dalam tempoh beberapa hari yang lepas. Itu pun secara tidak langsung ketika menonton rancangan di televisyen. Ketika itu, drama yang dipertontonkan menunjukkan pelakon2 yang memakai tudung segera. Alhamdulillah, semakin kuat pengaruh bertudung dalam kalangan masyarakat lewat masa ini. Cantik... Tapi yang menjadi masalahnya, tudung yang dipakai tidaklah mencakupi kriteria2 yang betul. Maksudnya di sini. Dalam yang terhijab itu, masih belum ada kesempurnaan. Kesempurnaan yang mungkin kita semua tidak tahu. Agaknya...

Seorang sepupu perempuan saya bersuara lantang ketika melihat pemakaian tersebut,
"Pakai tudung, tapi pemakaiannya macam seorang sister kristian!"
"Hah, kenapa?" Betul saya terkesima. Sedikit terkejut. Sungguh saya tidak tahu menahu sebelum ini. Berkerut2 agaknya ekspresi muka saya waktu itu. 

"Yang kancing ketat kat leher tu kenapa? Kan macam sister yang kat gereja tu. Itu dah satu, singkat pulak nampak dada..."
"Oouh... Ye ke?? Lagi sekali terusik. Tertampar rasanya diri saat ini, kerana pernah membuat kesilapan sama. Mengancing di leher! Meskipun hanya sekali dua berbuat demikian, saya sangat terasa. Hasrat hati saat itu memikirkan kekemasan. Langsung tidak pernah tahu... Mujurlah, masih ada waktu untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Macam kes sanggul jugak, sanggul tinggi2 macam bonggol unta tu..." Lagi sekali si sepupu menambah.
Saya hanya mengangguk. Mengerti, kerana pernah terbaca tentang hal tersebut tidak lama dulu. Huhu...

Menyemak sumber2 yang terdapat dalam ruangan hujung jari ini, saya akui memang hal ini telah sekian lama diperkatakan. Dibahaskan. 

Sanggul seperti bonggol unta

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka ( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”. Hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.” 


Rasullullah bersabda,
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”. Hadis Riwayat Muslim.

Sanggul palsu yang di jual sebagai penambah aksesori kepala...

Menyerupai pakaian sister


"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka". Riwayat Abu Daud.

Antara kesalahan2 dalam pemakaian sebagai seorang muslimah ialah:
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' lengan pendek.   
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.   
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.   
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.   
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Tampak tertutup tapi hakikatnya terdedah...

Muslimah sejati^^... 

Sedikit sebanyak perkongsian ini harapnya dapat memberi penjelasan pada diri sendiri dan juga pembaca yang dirahmati Allah S.W.T. Insya-Allah, sama2 kita gapai nur itu.
 
Ipgmktaa2010
CempakaC202

P/s: Syurga itu terlalu indah, kerna itu jalan untuk memilikinya disulami pelbagai resah, untuk ditarbiyah.

20 September 2010

HILANGNYA 'PENDAMPING'KU...

Bismillahirahmanirrahim…
Alhamdulillah, berlalu sudah cuti raya aidilfitri yang cukup lama bagi saya. Berehat panjang. Menyepikan diri. Moga2 diberi kekuatan menghadapi ujian pada hari muka. Doa juga buat kalian semua. AMIN ya AMIN…

Emosi sedikit terganggu kebelakangan ini, bukan hal besar barangkali. Tetapi cukup meninggalkan kenangan buat diri ini. Menerbitkan sayu dalam hati ini. Hal yang sama seperti 9 tahun bersama dahulu, pastinya takkan lagi kembali. 

Cuma bergelar seekor haiwan. Haiwan peliharaan… Kucing…
Mungkin saya bukan yang jenis rasi untuk memelihara haiwan, memiliki haiwan peliharaan. Setiap apa yang pernah saya cuba miliki takkan pernah kekal. Jadi, bila adanya seekor kucing yang cukup lama dapat dijaga, terasa mengisi ruang dalam hari2 yang dilalui. Itu sudah cukup untuk menemani. Menghilangkan lelah yang ada.

9 tahun dahulu…
Bila dia di bawa pulang, sungguh, saya rasa teruja. Hari2 dimanjakan, dibelai… Hehe… Pulang sahaja dari sekolah, memanggilnya. Berborak dengannya, meskipun balasan yang kudapat hanya sekadar ‘Meowww’… Tersenyum. Senang. Itu sudah cukup memadai. Dia selalu mendengar, tiada mengeluh. Sedang saya, asyik merungut dan mengadu padanya. Pernah saya bermonolog, tertanya sendiri, ‘Tidak bosankah dia?’ Lama menemani di sisi…

Hanya pada saya kamu dengar, hanya bila saya yang memanggil, kamu datang menghampiri. Tidak pada orang lain. Kamu garang pada mereka. Sangat! Cakaran kuku kamu amat berbisa waktu itu. Saya tidak dapat berbuat apa2, melainkan melihat dan mengetuk2 kepala kamu, menjentik telinga kamu. 'Degil'. Huhu… Kamu merapat dan merengkokkan tubuh kamu. Ahh, pandai sungguh dirimu mendapatkan belas=)

Pernah dulu selepas sekian lama kamu hadir dalam hidup ini, saya terfikir bagaimana sekiranya saya kehilangan kamu kelak. Malam itu, pulang dari tuisyen SPM, saya nampak seekor kucing dilanggar. MATI! Seiras kamu… Warnanya, saiznya… Sampai sahaja di rumah, diri hanya mampu berharap itu bukan kamu. Bukan! Tapi itu sekadar untuk menyedapkan hati yang sangat rungsing tika itu. Sedangkan, air mata mengalir bagai air paip bocor, membasahkan bantal. Lalala…  

Bangun pagi2, pasti, kamulah tujuan utama. Hehe, Alhamdulillah, kamu ada. Ada di tempat kamu. Memang tabiat kamu. Selalu sangat dengan hobi memanjat siling rumah. Ahh, barangkali penuh dinding rumah dulu dengan lukisan cakaranmu. Saya hanya mampu tersenyum riang, hati melonjak2 gembira. Terasa kembali bersemangat melangkah ke sekolah=)

Banyak anak2 kamu yang mati, entahlah… Saya sendiri buntu. Mengapa? Kenapa? Biarpun dah cukup besar, anak2 kamu tetap akan mati, andai tidak mati pasti akan hilang. Langsung tiada jejak. Ke mana…? Fuuu~~~

Hilang... 
 Sejak berpindah di bumi Pahang, kamu ditinggalkan di kampung. Bukan tidak sayang. Bukan tidak ingat. Tapi untuk memudahkan. Huhu… Nenek pernah katakan yang kamu sakit akhir2 ini. Saya tahu umur sembilan tahun bagi seekor kucing sudah cukup tua. Malah, kamu tidak lagi mendengar dan menyahut panggilanku sebagaimana dulu. Tidak lagi rapat dengan diri ini...

Kamu benar-benar mengganggu lenaku. Hingga emak memujuk. “Tidurlah, Cissiey ada, sihat lagi, emak tengok kat belakang tadi…” Haih… Apa nak jadi. (kantoi kat mak... huhu...)

"Setiap malam akan bermula hidup baru, Allah akan menyembuhkan kedukaan lama, setiap perkara pasti ada akhirnya, cukuplah Allah bagiku"

Pagi tu… Buat kali terakhir, saya mandikan kamu, bersihkan kamu tapi bukan sepenuhnya. Maaf Chi tak berkesempatan… Tak sempat juga berborak dengan kamu. Apa yang saya sempat, memanggilmu depan pintu rumah, dan kamu berlalu pergi dengan suara akhir yang sayu ‘Meoww...’. Entah kenapa… 

Jumaat terakhir buatmu…

P/s: Biar tersimpan jangan terpadam. Ini yang terakhir. Takkan ada lagi… Huu~

 
Ipgmktaa2010
CempakaC202

10 September 2010

CORETAN KEMAAFAN...


Assalamualaikum, salam sejahtera buat kalian.
Hendaknya dalam keadaan sihat wal'afiat bersama keluarga tersayang saat ini. Alhamdulillah, tahun ini kita semua masih diberi kesempatan untuk merayakan lebaran bersama-sama. Masih dikurniakan umur yang panjang. Syukur.
Semoga lebaran ini memberi erti yang lebih berharga buat diri kita. Lebih bermakna, lebih dikenang. Pastinya, bersama amal yang seiring. Insya-Allah.


P/s: Kalaulah masih bergelar kanak2^^... 

Baiti Jannati
Kuala Lipis




08 September 2010

JODOH DI SYURGA...

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, "Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya. 


Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Mohon ampun dan maaf, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.


Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih.


Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” Jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...

Subhanallah!

"SELALU-SELALU LA JENGUK AKU"...

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gila kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... Lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.


"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek. Hensem nampak?"

Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.  Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"

Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." Tegur Raiz.

Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

"Ala! Singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" Pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" Kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! Nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!"

Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! Sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
 
 "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah  langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".

Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nipun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" Terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" Jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... Tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... Ayah!

"Kenapa? Kau tengok... Dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada." Terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! Apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya. Raiz terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! Semoga kau tenang dan aman di sana!

06 September 2010

AKU YANG BERNAMA WANITA SOLEHAH...


1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (Serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. "Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijak suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz r.a: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (Kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak". Sabda Baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...