20 Julai 2010

KELAS BERSORAK! BAHAGIAKAH MEREKA...?

Assalamualaikum...
Sedang diri leka membaca post2 di blog teman maya. Mata tertancap pada susuk tubuh di depan pintu kelas. Lelaki pujaan ramai. Haha...
Bertandang ke kelas, bertanyakan bilangan kerusi lebih barangkali. Kurang pasti. Telinga cuma mampu menangkap beberapa butir bicara.
Kali ini telinga pula yang terusik. Tertangkap pada pertanyaan seseorang yang mengusik jiwa ramai. Bukan sahaja muslimat malah muslimin.

"YDP, bila elaun masuk?!"


Itu dia persoalan maut buat Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kampus kami bagi sesi 2010. Merangkap 'jejaka idaman' warga kampus. =p. Beliau seringkali dihujani dengan persoalan mengenai kemasukan elaun kami. Sejak dari awal kemasukan sem, baru2 ini. Namun, janji hanya tinggal janji.
Beliau tersenyum. Ah... Elaun... Elaun... Elaun...
Kami sudah kesengkekan. Itu yang pasti. Mengikat perut! Seksa. Hari sudah berganti hari. Minggu sudah berganti minggu...

"Elaun masuk hari ni." Ujar beliau.

"Betul ni...!?"
"Serius?"
"Ye ke ni..."
"Bukan main2?"
"Sungguh hari ini?"

Fyuhh... Bertalu2 bagai peluru berpandu. Beliau mengangguk.

"Ye, kenyataan kemasukan elaun akan ditampal di papan kenyataan JPP nanti."

Seusai perkataan keramat itu dilafazkan, kelas bersorak! Gamat benar suasananya. Bahagiakah mereka?

P/s: Peringatan buat diri jua sahabat sekalian, beringat2 sebelum berbelanja. Huhu... Dalam kotak fikiran, penuh dengan perancangan yang memakan 'duit'. Biarpun elaun yang di bank-inkan tidak mencecah separuh nilai asal. Alhamdulillah^^...


KAWAN DI AKHIR ZAMAN...

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar2 sibuk
Dengan urusan memperbaiki dirinya
Yang benar2 sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu bermanfaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar2 melekat iman di jiwanya
Mengunakan professionnya menuju cita2 di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata2 kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata2 kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura2 untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis2 Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis2 Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh2 memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh2 memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan di akhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan2nya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah2 kematian itu masih jauh
Seolah2 alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

 

"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi". (Surah At Taubah A : 69)
 
Sumber: Web

19 Julai 2010

MAHALNYA SYURGA...

Abu Hurairah r.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

 
"Apakah yang telah kamu lakukan?"
Jawabnya, "Aku telah berperang kerana-Mu Ya Allah sehingga aku mati syahid."

Di katakan kepadanya lagi: "Kamu telah berbohong! Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani! Dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian di seret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.
"

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.


Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.


Justeru itu dia ditanya: "Apakah yang telah kamu lakukan?
"
Jawabnya, "Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya kerana-Mu Ya Allah."

Kemudian Allah menjawab: "Bohong! Bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu membaca al-Quran supaya orang berkata kamu seorang qari. Mereka semua telah pun berkata demikian di dunia."


Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.


Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.


Kemudian dia disoal: "Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?
"

Jawabnya, "Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang Engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan kerana-Mu Wahai Tuhan.
"

Allah menjawab: "Bohong! Tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.
"

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.


Apabila Saidina Muawiyah r.a mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

 
"Benarlah firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala."
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)


Pengajaran ayat Quran:
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)

Firman Allah lagi dalam Surah Fatir ayat 29 berbunyi: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

Firman-Nya lagi dalam Surah al-Saff ayat 10 - 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi berangan-angan untuk masuk ke Syurga."

P/s: Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .
Wallahua'lam bissawab...

09 Julai 2010

PERJALANAN TAKDIR...

"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.


Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

JUJURNYA SANG IBLIS...!

Diriwayatkan dari Mu'adz bin Jabal r.a. dari Ibnu Abbas r.a. yang berkisah:

Kami bersama Rasulullah SAW dirumah salah seorang sahabat anshar, di mana saat itu kami ditengah-tengah jamaah. Lalu ada suara orang memanggil dari luar, "Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, sementara kalian butuh kepadaku".


Rasulullah SAW bertanya kepada para jamaah, "Apakah kalian tahu, siapa yang memanggil dari luar itu?". Mereka menjawab, "Tentu Allah SWT dan Rasul-Nya lebih tahu".


Lalu Rasulullah SAW menjelaskan, "Ini adalah iblis yang terkutuk, semoga Allah senantiasa melaknatnya".


Kemudian Umar r.a. meminta izin kepada Rasulullah sembari berkata, "Ya Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?". Beliau Nabi SAW menjawab, "Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahawa ia termasuk mahluk yang tertunda kematiannya sampai batas waktu yang telah diketahui (hari Kiamat)? Akan tetapi sekarang silakan kalian membukakan pintu untuknya. Sebab ia diperintahkan untuk datang kesini, maka fahamilah apa yang diucapkan dan dengarkan apa yang bakal ia ceritakan kepada kalian."


Ibnu Abbas berkata: Kemudian dibukakan pintu, lalu ia masuk di tengah-tengah kami. Ternyata ia berupa orang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Ia berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda. Kedua kelopak matanya terbelah ke atas tidak ke samping. Sedangkan kepalanya seperti gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti babi. Sementara kedua bibirnya seperti bibir kerbau.


Ia datang sambil memberi salam. "Assalamu'alaika ya Muhammad, Assalamu'alaikum ya jamaa'atal-muslimim." Kata iblis.

Nabi SAW menjawab, "Assalamu lillah ya la'iin (Keselamatan hanya milik Allah wahai mahluk yang terkutuk). Saya mendengar engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluan tersebut wahai iblis?".

"Wahai Muhammad, saya datang ke sini bukan kerana kemahuanku sendiri, tapi saya datang ke sini kerana terpaksa", tutur iblis.

"Apa yang membuatmu terpaksa harus datang ke sini wahai mahluk terkutuk?" Tanya Rasulullah SAW.

Iblis menjawab, "Telah datang kepadaku seorang malaikat yang di utus oleh Tuhan Yang Maha Agung, di mana utusan itu berkata kepadaku, "Sesungguhnya Allah SWT memerintahmu untuk datang kepada Muhammad SAW sementara engkau adalah mahluk yang rendah dan hina. Engkau harus memberi tahu kepadanya, bagaimana engkau menggoda dan merekayasa anak-cucu Adam AS, bagaimana engkau memmujuk dan merayu mereka. Lalu engkau harus menjawab segala apa yang ditanyakan Muhammad SAW dengan jujur. Maka demi Kebesaran dan Keagungan Allah SWT, jika engkau menjawab dengan bohong, sekalipun hanya sekali, sungguh engkau akan Allah SWT jadikan debu yang bakal dihempaskan oleh angin kencang, dan musuh-musuhmu akan merasa senang".

Wahai Muhammad, maka sekarang saya datang kepadamu sebagaimana yang diperintahkan kepadaku. Maka tanyakan apa saja yang engkau inginkan. Kalau sampai saya tidak menjawab dengan jujur, maka musuh-musuhku akan merasa senang atas musibah yang bakal saya terima. Sementara tidak ada beban yang lebih berat bagiku daripada bersenangnya musuh-musuhku atas musibah yang menimpa diriku".

Rasulullah SAW mulai melemparkan pertanyaan kepada iblis, "Jika engkau bisa menjawab dengan jujur, maka cuba ceritakan kepadaku, siapa orang yang paling engkau benci?"

Iblis menjawab dengan jujur, "Engkau, wahai Muhammad, adalah orang yang paling aku benci dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu."

"Lalu siapa lagi yang paling engkau benci?" Tanya Rasulullah SAW.
"Seorang pemuda yang bertakwa di mana ia mencurahkan dirinya hanya kepada Allah SWT ", jawab iblis.

"Siapa lagi?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang alim yang wara' (menjaga diri dari syubhat) lagi sabar," jawab iblis.

"Siapa lagi?" tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang senantiasa melanggengkan kesucian dari tiga kotoran (hadats besar, kecil, dan najis)", tutur iblis.

"Siapa lagi?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang fakir yang senantiasa bersabar, yang tidak pernah menuturkan kefakirannya kepada siapa pun dan juga tidak pernah mengeluhkan penderitaan yang dialaminya," jawab iblis.

"Lalu dari mana engkau tahu kalau ia bersabar?" Tanya Rasulullah SAW.
"Wahai Muhammad, bila ia masih dan pernah mengeluhkan penderitaannya kepada mahluk yang sama dengannya selama tiga hari, maka Allah SWT tidak akan mencatat perbuatannya dalam kelompok orang-orang yang bersabar," jelas iblis.

"Lalu siapa lagi wahai iblis?" tanya Rasulullah SAW.
"Orang kaya yang bersyukur", tutur iblis.

"Lalu apa yang bisa memberi tahu kepadamu, bahawa ia bersyukur?" Tanya Rasulullah SAW.
"Bila saya melihatnya ia mengambil kekayaannya dari apa saja yang dihalalkan dan kemudian disalurkan pada tempatnya", tutur iblis.

"Bagaimana kondisimu apabila ummatku menjalankan solat?" Tanya Rasulullah SAW.
"Wahai Muhammad, saya langsung merasa gelisah dan gemetar," jawab iblis.

"Mengapa wahai mahluk yang terkutuk?" Tanya Rasulullah SAW.
"Sesunguhnya apabila seorang hamba bersujud kepada Allah SWT sekali sujud, maka Allah SWT akan mengangkat satu darjat (tingkat). Apabila mereka berpuasa, maka saya terikat sampai mereka berbuka kembali. Apabila mereka menunaikan manasik haji, maka saya jadi gila. Apabila mereka membaca Al-Qur'an, maka saya akan meleleh (mencair) seperti timah yang dipanaskan dengan api. Apabila mereka bersedekah maka seakan-akan orang yang bersedekah tersebut mengambil kapak lalu memotong saya menjadi dua," jawab iblis.
 

"Mengapa demikian wahai Abu Murrah (julukan iblis)?" tanya Rasulullah SAW.
"Sebab dalam sedekah ada empat perkara yang perlu diperhatikan; Dengan sedekah itu, Allah SWT akan menurunkan keberkahan dalam hartanya, menjadikan ia disenangi dalam kalangan mahluk-Nya, dengan sedekah itu pula Allah SWT akan menjadikan suatu penghalang antara neraka dengannya dan akan menghindarkan segala bencana dan penyakit," tutur iblis menjelaskan.

"Lalu bagaimana pendapatmu tentang Abu Bakar?" tanya Rasulullah SAW.
"Ia sewaktu Jahiliyyah saja tidak pernah taat kepadaku, apalagi sewaktu dalam Islam", tutur iblis.

"Bagaimana dengan Umar bin Khathab?" Tanya Rasulullah SAW.
"Demi Allah SWT, setiap kali saya bertemu dengannya, mesti akan lari darinya," jawab iblis.

"Bagaimana dengan Uthman?" Tanya Rasulullah SAW.
"Saya merasa malu terhadap orang yang para malaikat saja malu kepadanya", jawab iblis.

"Lalu bagaimana dengan Ali bin Abi Thalib?" Tanya Rasulullah SAW.
"Andaikan saya bisa selamat darinya dan tidak pernah bertemu dengannya, ia meninggalkanku dan saya pun meninggalkannya. Akan tetapi ia tidak pernah melakukan hal itu sama sekali," tutur iblis.

"Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan ummatku bahagia dan mencelakakanmu sampai pada waktu yang ditentukan," tutur Rasulullah SAW.

"Tidak dan tidak mungkin, di mana ummatmu bisa bahagia sementara saya senantiasa hidup dan tidak mati sampai pada waktu yang telah ditentukan. Lalu bagaimana engkau bisa bahagia terhadap ummatmu, sementara saya bisa masuk kepada mereka melalui aliran darah dan daging, sedangkan mereka tidak melihatku. Demi Tuhan yang telah menciptakanku dan telah menunda kematianku sampai pada hari mereka dibangkitkan kembali (Kiamat), sungguh saya akan menyesatkan mereka seluruhnya, baik yang bodoh mahupun yang alim, yang awam maupun yang bisa membaca Al-Qur'an, yang nakal mahupun yang rajin beribadah, kecuali hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis (murni)," tutur iblis.

"Siapa menurut engkau hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis itu?" Tanya Rasulullah SAW.

Iblis menjawab dengan panjang lebar, "Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa orang yang masih suka dirham dan dinar (harta) adalah belum bisa murni kerana Allah SWT. Apabila saya melihat seseorang sudah tidak menyukai dirham dan dinar, serta tidak suka dipuji, maka saya tahu bahwa ia adalah orang yang mukhlis kerana Allah, lalu saya tinggalkan. Sesungguhnya seorang hamba selagi masih suka harta dan pujian, sedangkan hatinya selalu bergantung pada kesenangan-kesenangan duniawi, maka ia akan lebih taat kepadaku daripada orang-orang yang telah saya jelaskan kepadamu.

Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa cinta harta itu termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa cinta kedudukan adalah termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu saya memiliki tujuh puluh ribu anak, sedangkan setiap anak dari jumlah tersebut memiliki tujuh puluh ribu setan. Di antara mereka ada yang sudah saya tugaskan untuk menggoda ulama, ada yang saya tugaskan untuk menggoda para pemuda, ada yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang yang sudah tua. Anak-anak muda bagi kami tidak masalah, sedangkan anak-anak kecil lebih mudah kami permainkan sekehendak saya. Di antara mereka juga ada yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang yang tekun beribadah, dan ada juga yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang zuhud. Mereka keluar-masuk dari kondisi ke kondisi lain, dari satu pintu ke pintu lain, sehingga mereka berhasil dengan menggunakan cara apa pun. Saya ambil dari mereka nilai keikhlasan dalam hatinya, sehingga mereka beribadah kepada Allah dengan tidak ikhlas, sementara mereka tidak merasakan hal itu.

Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa Barshish seorang rahib (pendeta) yang berbuat ikhlas kerana Allah selama tujuh puluh tahun, sehingga dengan doanya ia sanggup menyelamatkan orang-orang yang sakit. Akan tetapi saya tidak berhenti menggodanya sehingga ia sempat berbuat zina dengan seorang perempuan, membunuh orang dan mati dalam kondisi kafir? Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dengan firman-Nya: "(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) setan ketika dia berkata kepada manusia : "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, "Sesungguhnya aku cuci tangan darimu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Semesta Alam". (QS.Al-Hasyr:16).

Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa kebohongan itu dari saya, saya adalah yang berbohong pertama kali. Orang yang berbohong adalah temanku. Barangsiapa bersumpah atas nama Allah dengan berbohong maka ia adalah kekasihku.

Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa saya pernah bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan atas nama Allah, "Bahawa saya akan memberi nasihat kepada kalian berdua". Maka sumpah bohong itu menyenangkan hatiku. Sedangkan menggunjing dan mengadu domba adalah buah santapan dan kesukaanku. Kesaksian dusta adalah penyejuk mataku dan kesenanganku. Barangsiapa bersumpah dengan menceraikan isterinya (talak) maka hampir tidak akan bisa selamat, sekalipun hanya sekali. Andaikan itu benar, yang kerananya orang membiasakan lidahnya mengucapkan kata-kata tersebut, isterinya akan menjadi haram. Kemudian dari pasangan tersebut menghasilkan keturunan sampai hari Kiamat nanti yang semuanya hasil dari anak-anak zina. Sehingga seluruhnya masuk neraka hanya gara-gara satu ucapan.

Wahai Muhammad, sesungguhnya di antara ummatmu ada orang yang menunda-nunda solatnya dari waktu ke waktu. Ketika ia hendak menjalankan solat maka saya selalu berada padanya dan mengganggu sembari berkata kepadanya, "Masih ada waktu, teruskan engkau sibuk dengan urusan dan pekerjaan yang engkau lakukan" sehingga ia menunda solatnya, dan kemudian solat di luar waktunya. Akibatnya dengan solat yang dikerjakan di luar waktunya itu akan dipukul di kepalanya. Kalau saya merasa kalah, maka saya mengirim kepadanya salah seorang dari setan-setan manusia yang akan menyibukkan waktunya. Kalau dengan usaha itu saya masih kalah, maka saya tinggalkan sampai ia menjalankan solat.

Ketika dalam solatnya saya berkata kepadanya, "Lihatlah ke kanan dan ke kiri". Akhirnya ia melihat. Maka pada saat itu wajahnya saya usap dengan tangan saya, kemudian saya menghadap di depan matanya sembari berkata, "Engkau telah melakukan apa yang tidak akan menjadi baik lamanya".

Wahai Muhammad, engkau tahu, bahawa orang yang banyak menoleh dalam solatnya, Allah akan memukul kepalanya dengan solat tersebut. Kalau dalam solat ia sanggup mengalahkan saya, sementara ia solat sendirian, maka saya perintahkan untuk tergesa-gesa. Maka ia mengerjakan solat seperti ayam yang mencocok benih-benih untuk dimakan dan segera meninggalkannya. Kalau ia sanggup mengalahkan saya, dan solat berjamaah, maka saya kalungkan rantai dilehernya. Ketika ia sedang ruku' saya tarik kepalanya ke atas sebelum imam bangun dari ruku' dan saya turunkan sebelum imam turun. Wahai Muhammad, engkau tahu, bahawa orang yang melakukan solat seperti itu, maka batal solatnya, dan di hari Kiamat nanti Allah akan menyalin kepalanya dengan kepala keldai.

Kalau dengan cara tersebut saya masih kalah, maka saya perintahkan meremas-remas jari-jemarinya sehingga bersuara, sedangkan ia sedang solat, kerananya ia tidak termasuk orang-orang yang bertasbih kepadaku padahal ia sedang solat.

Kalau dengan cara tersebut masih juga tidak mempan, maka saya tiup hidungnya sehingga ia menguap, sementara ia sedang solat. Kalau ia tidak menutupi mulutnya dengan tangannya maka setan masuk ke dalam perutnya, sehingga ia semakin rakus dengan dunia dan berbagai perangkapnya. Ia akan selalu mendengar dan taat kepadaku.

Bagaimana ummatmu bisa bahagia wahai muhammad, sementara saya memerintah orang-orang miskin untuk meninggalkan solat, dan saya berkata kepadanya, "Solat bukanlah kewajipan kalian, solat hanya kewajipan orang-orang yang di beri nikmat oleh Allah". Saya pun berkata kepada orang yang sakit, "Tinggalkan solat, kerana solat bukanlah kewajipanmu. Solat hanyalah kewajipan orang-orang yang di beri nikmat kesihatan. Sebab Allah sudah berfirman, "...dan tidak apa-apa bagi seorang yang sedang sakit..." (QS An-Nur:61). Kalau engkau sudah sembuh baru melakukan solat. Akhirnya ia mati dalam kondisi kafir. Apabila ia mati dengan meninggalkan solat ketika sedang sakit, maka ia akan bertemu Allah dengan dimurkai.

Wahai Muhammad, jika saya menyimpang dan berdusta kepadamu, maka hendaknya engkau memohon kepada Allah agar saya dijadikan debu yang lembut. Wahai Muhammad, apakah engkau masih juga merasa gembira terhadap ummatmu, sementara saya bisa memurtadkan seperenam dari ummatmu untuk keluar dari Islam?".

Kemudian Rasulullah SAW meneruskan pertanyaannya, "Wahai mahluk yang terkutuk, siapa teman dudukmu?".
"Orang-orang yang suka makan riba", jawab Iblis.

"Lalu siapa teman dekatmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang berzina", jawab Iblis.

"Siapa teman tidurmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang mabuk", jawab Iblis.

"Siapa tamumu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Pencuri", jawab Iblis.

"Siapa utusanmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Tukang sihir", jawab Iblis.

"Apa yang menyenangkan pandangan matamu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang bersumpah dengan talak", jawab Iblis.

"Siapa kekasihmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang meninggalkan solat Jumaat", jawab Iblis.

"Wahai mahluk yang terkutuk, apa yang mengakibatkan punggungmu patah?" Tanya Rasulullah SAW.
"Suara ringkik kuda untuk berperang membela agama Allah SWT", jawab Iblis.

"Apa yang membuat hatimu panas?" Tanya Rasulullah SAW.
"Banyak beristighfar kepada Allah, baik di malam hari mahupun di siang hari", jawab Iblis.

"Apa yang membuatmu merasa malu dan hina?" Tanya Rasulullah SAW.
"Sedekah secara rahasia", jawab Iblis.

"Apa yang menjadikan matamu buta?" Tanya Rasulullah SAW.
"Solat diwaktu sahur", jawab Iblis.

"Apa yang dapat mengendalikan kepalamu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Memperbanyak solat berjemaah", tutur Iblis.

"Siapa orang yang paling membahagiakanmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang sengaja meninggalkan solat", tutur Iblis.

"Siapa yang paling celaka menurut engkau?" Tanya Rasulullah SAW.
"Orang-orang yang kikir", jawab Iblis.

"Apa yang paling menyita pekerjaanmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Majelis orang-orang alim", jawab Iblis

"Bagaimana cara engkau makan?" Tanya Rasulullah SAW.
"Dengan tangan kiriku dan jari-jemariku", jawab Iblis.

"Di mana engkau mencari tempat berteduh untuk anak-anakmu di waktu panas?" Tanya Rasulullah SAW.
"Di bawah kuku manusia", jawab Iblis.

"Berapa kebutuhan yang pernah engkau minta kepada Tuhanmu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Sepuluh macam", jawab Iblis.

"Apa saja itu wahai mahluk terkutuk?" Tanya Rasulullah SAW.
Iblis pun menjawab: "Saya meminta-Nya agar saya bisa berserikat dengan anak-cucu Adam dalam harta kekayaan dan anak-anak mereka. Akhirnya Allah mengizinkanku berserikat dalam kelompok mereka. Itulah maksud firman Allah SWT: "Dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka". QS.Al-Isra':64).

Setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya, maka saya ikut memakannya. Saya juga ikut makan makanan yang bercampur riba dan haram serta segala harta yang tidak dimohonkan perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.

Setiap orang yang tidak memohon perlindungan kepada Allah dari setan ketika bersetubuh dengan isterinya, maka setan akan ikut bersetubuh. Akhirnya melahirkan anak yang mendengar dan taat kepadaku.

Begitu pula orang yang naik kenderaan dengan maksud mencari penghasilan yang tidak dihalalkan, maka saya adalah temannya. Itulah maksud firman Allah SWT: "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki". (QS.Al-Isra':64).

Saya memohon kepada-Nya agar saya punya rumah, maka rumahku adalah kamar mandi. Saya memohon agar saya punya masjid, akhirnya pasar menjadi masjidku. Saya memohon agar saya punya Al-Qur'an, maka syair adalah Al-Qur'anku. Saya memohon agar saya punya azan, maka terompet adalah panggilan azanku. Saya memohon kepada-Nya agar saya punya tempat tidur, maka orang-orang mabuk adalah tempat tidurku. Saya memohon agar saya memiliki teman-teman yang menolongku, maka kelompok Al-Qadariyyah menjadi teman-teman yang membantuku.

Dan saya memohon agar saya memiliki teman-teman dekat, maka orang-orang yang menginfakkan harta kekayaannya untuk kemaksiatan adalah teman dekatku. Itulah maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya". (QS.Al-Isra':27).

Rasulullah SAW berkata kepada Iblis, "Andaikan tidak setiap apa yang engkau ucapkan itu di dukung oleh ayat-ayat dari Kitab Allah tentu aku tidak akan membenarkanmu". Lalu Iblis berkata lagi, "Wahai Muhammad, saya memohon kepada Allah agar saya bisa melihat anak-cucu Adam, sementara mereka tidak bisa melihatku. Kemudian Allah menjadikan aku bisa mengalir melalui peredaran darah mereka. Diriku bisa berjalan ke manapun sesuai kemahuan diriku dan dengan cara bagaimana pun. Kalau saya mahu dalam sesaat pun bisa. Kemudian Allah berfirman kepadaku. "Engkau bisa melakukan apa saja yang kau minta". Akhirnya saya merasa senang dan bangga sampai hari Kiamat. Sesungguhnya orang yang mengikutiku lebih banyak daripada orang yang mengikutimu. Sebagian besar anak cucu Adam akan mengikutiku sampai hari Kiamat".

Iblis melanjutkan lagi, "Saya memiliki anak yang saya beri nama Atamah. Ia akan kencing di telinga seorang hamba ketika ia tidur meninggalkan solat Isya'. Andaikan tidak kerananya tentu manusia tidak akan tidur terlebih dahulu sebelum menjalankan solat.

Saya juga punya anak yang saya beri nama Mutaqadhi. Apabila ada seorang hamba melakukan ketaatan (ibadah) dengan rahsia dan ingin menutupinya, maka anak saya tersebut senantiasa membatalkannya dan dipamerkan di tengah-tengah manusia, sehingga semua manusia tahu. Akhirnya Allah membatalkan sembilan puluh sembilan dari seratus pahala. Sehingga yang tersisa hanya satu pahala. Sebab setiap ketaatan yang dilakukan secara rahasia akan diberi seratus pahala.

Saya punya anak lagi yang bernama Kuhyal, dimana ia bertugas mengusapi celak mata semua orang yang sedang berada di majlis pengajian dan ketika khatib sedang berkuthbah. Sehingga mereka terkantuk dan akhirnya tidur, tidak bisa mendengarkan apa yang dibicarakan para ulama. Mereka yang tertidur tidak akan di tulis pahala sedikit pun untuk selamanya".

Iblis melanjutkan lagi, "Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada setan yang duduk di pinggulnya, ada pula yang duduk di daging yang mengelilingi kukunya. Dimana mereka akan menghiasi kepada orang-orang yang melihatnya. Kedua setan itu kemudian berkata kepadanya, "Keluarkan tanganmu". Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya.

Iblis melanjutkan lagi, "Wahai Muhammad, sebenarnya saya tidak bisa menyesatkan sedikit pun. Akan tetapi saya hanya akan mengganggu dan menghiasi. Andaikan saya memiliki hak dan kemampuan untuk menyesatkan, tentu saya tidak membiarkan segelintir manusia pun di muka bumi ini yang masih sempat mengucapkan dua kalimat Syahadat, "Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan-Nya". Tidak akan ada lagi orang yang solat dan berpuasa. Sebagaimana engkau wahai Muhammad, tidak berhak untuk memberikan hidayah sedikit pun kepada siapa saja. Akan tetapi engkau adalah seorang utusan dan penyampai amanat dari Allah. Andaikan engkau memiliki hak dan kemampuan untuk memberi hidayah, tentu engkau tidak akan membiarkan segelintir orang kafir pun di muka bumi ini. Engkau hanyalah sebagai argumentasi (Hujjah) Allah SWT terhadap mahluk-Nya. Sementara saya hanyalah menjadi sebab celakanya orang yang sebelumnya sudah dicap oleh Allah sebagai orang celaka. Orang yang bahagia dan beruntung adalah orang yang dijadikan bahagia oleh Allah sejak dalam perut ibunya, sedangkan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan celaka oleh Allah sejak dalam perut ibunya".

Rasulullah SAW kemudian membacakan firman Allah SWT: "Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu". (QS.Hud:118-119).

Kemudian beliau Nabi SAW melanjutkan dengan firman Allah SWT: "Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku". (QS.Al-Ahzab:38)

Lantas Rasulullah SAW berkata lagi kepada iblis, "Wahai Abu Murrah (iblis), apakah engkau masih mungkin bertaubat dan kembali kepada Allah, sementara saya akan menjaminmu masuk syurga".

Iblis menjawab, "Wahai Rasulullah, ketentuan telah memutuskan dan Qalam pun telah kering dengan apa yang terjadi seperti ini hingga hari Kiamat nanti. Maka Maha Suci Allah Yang telah menjadikanmu sebagai tuan para Nabi dan Khathib para penduduk Syurga, Dia telah memilih dan mengkhususkan dirimu. Sementara Dia telah menjadikan saya sebagai tuan orang-orang celaka dan Khatib para penduduk Neraka. Saya adalah mahluk yang celaka lagi terusir. Ini adalah akhir dari apa yang saya beritahukan kepadamu, dan saya mengatakan sejujurnya ".

Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Awal dan Akhir, Zahir dan Batin Dan semoga Selawat dan Salam sejahtera tetap diberikan kepada seorang Nabi yang Ummi dan kepada para keluarga dan sahabatnya serta para Utusan dan para Nabi.
------------------------------------------

Dikutip dari Syajaratul Kaun, doktrin tentang pribadi manusia pilihan, Muhammad SAW, yang ditulis oleh Asy-Syaikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali Al-Hatimi Ath-Tha'i Al-Andalusia), 17 Ramadhan 560 H - 22 Rabi'uts-Tsani 638 H

06 Julai 2010

WANITA BERPURDAH ITU...

Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya.

Dia berpaling kepadaku, seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid, memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata ganjil. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.


Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika kepadaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitamnya.


 Sekadar gambar hiasan

"Adakah ini khayalanku sahaja?" Bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu. "Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan, masih tak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.


"Adakah wanita itu orang gila?"


Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan sehingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka...

Sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.


Dalam 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.


Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang, tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.


Di dalam bilik bangunan itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi  cahaya lilin pada dinding bilik itu.


Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

 

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik.
"Dan bawakan kuncinya."
Aku akur...

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.

Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
"Buanglah," ujar wanita itu sambil ketawa.
"Tadi kau tak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?"
Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir.

"Apa yang kau risaukan? Pergilah buang kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?"

Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi.


"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajahnya sebenar. Bukan wajah segar seorang gadis remaja. Tapi, kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.


"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi
.

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu
!
Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku...
Di dalam kuburmu.
Mari... Mari..."
 
Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa sehingga dia hancur menjadi debu dan lilin itu padam satu demi satu,
dan kegelapan menyelubungi suasana...

ASTAGHFIRULLAHHALADZIM...


Dalam sebuah riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilngi hidangan mereka."

Ada yang bertanya, apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?


Rasullullah s.a.w menjawab:

"Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.

Ada yang bertanya, apakah al-wahn itu wahai Rasullullah?

Jawab Baginda "Cintakan dunia dan bencikan mati."

Bismillah...
Assalamualaikum, salam sejahtera buat kalian pengunjung yang dirahmati. Alhamdulillah, lama rasanya tidak berkongsi kisah di sini. Ada sedikit kekangan yang dihadapi diri. Harap maaf. Alhamdulillah, sekarang saya berada dalam minggu kedua semester kedua pengajian di kampus ini. Insya-Allah. Mudah2an, segalanya berjalan dengan lancar dan baik.
Moga cerita(sumber:web) yang saya kongsikan di atas dapat memberikan kita serba sedikit iktibar serta pengajaran. Sesungguhnya dunia itu telah tua, perbanyakkanlah amalan dalam kehidupan, moga bekalan kita ke 'sana' tidak terlalu ringan. Dengan limpah kurnia-Nya, semoga kita semua bisa menempatkan diri di Jannah-Nya. Amin, amin ya Rabbal A'lamin^^...

28 Jun 2010

YANG INDAH ITU...


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...