17 Mac 2011

AKU DAN MANUSIA...

Manusia itu berkata;

"Lepaskan tudung labuhmu, lepaskan jubahmu"
"Marilah kembali jadi normal"


Apa aku ni tak normal ke???
Cuma bertudung labuh dan berjubah dikatanya ABNORMAL???
Pelik... Ini pertama kali aku dengar orang cakap macam tu...


Kata manusia itu lagi;

"Kamu ni dah sangat keterlaluan"
"Ustazah yang menggaji sunnah dan hadis malah Al Quran masih pakai tudung biasa"
"Mereka tak pakai jubah lagi, hanya baju kurung je"
"Tapi, lihat diri kamu..."
"Kamu tidak bergaya... Tidak up to date"
"Jangan salahkan lelaki kalau mereka cari yang lain!!!”


Astargfirullah... Aku mengucap panjang
Manusia ni sedar ke tidak sedar apa yang dia cakap ni…


Aku terdiam seketika...

 

"Kamu EXTREME!!!..."


Extreme? Apa memperbaiki diri menuju jalan Allah S.W.T itu extreme?

“Berubahlah... Kamu bukan diri kamu yang dulu”

Aku tetap aku... Cuma sekarang aku menjadi lebih baik dari yang dulu.

“Aku sudah tidak kenal kamu...”

 
Macam mana kamu nak kenal aku kalau selama ni kamu hanya menggunakan mata kasarmu.
Lihat aku dari mata hatimu... Aku berusaha menuju jalan kebenaran.

 
"Berubahlah... Aku mohon"

Maaf... Aku lakukan semua ini bukan untuk kamu
Bukan untuk ibuku
Bukan untuk ayahku
Bukan untuk manusia lain
Tapi untuk... ALLAH S.W.T
Islam agamaku... Aku mengakui bukan cuma dari hati...

 
"Apa kamu masih berdegil?"

Ini bukan kedegilan... Ini keikhlasanku demi agamaku,demi penciptaku...
Ini pendirianku... Tidak aku goyah hanya kerana kamu...


"Betul kamu tak nak berubah?"

Tanyalah aku walau sejuta kali pun
Kata hatiku tetap sama...
Pendirianku tetap begini
Tidak aku salahkan lelaki yang berubah hati hanya kerana pasangannya seperti aku...
Sesungguhnya aku sebagai wanita menyerahkan segala hiasan diri buat suamiku
Bukan sebagai bahan tontonan!!!

Sesungguhnya segala yang ku lakukan hanyalah untuk Allah yang Maha Satu
Dan moga Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang terdahulu…

5 ulasan:

ili wardah berkata...

nice entry kak !!
membuatkan diri ini semakin yakin berpegang pada penampilan sebegini ^__________^

Izzati Hashim berkata...

moga diberi kekuatan utk istiqamah dlm perjuangan ini (=

ash_mza berkata...

to ili wardah
betul dik.
akk pun, rasa senang dengan begini. lebih selamat kan:)

to izzati Hashim
amin...
mudah2an selagi kita mencari redha-Nya...
selagi itulah DIA akan sentiasa ada membantu kita=)

nurain vivian berkata...

Assalamualaikum, dik.Apa khabar?

Apabila hati dan fikiran kita ditujukan kepada Allah S.W.T. semata-mata, segala tindak-tanduk kita hanyalah tertuju padaNya.

InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui segala yang baik bagi hambaNya...=))

ash_mza berkata...

to nurain vivian
wa'alaikummussalam kak, alhamdulillah, sihat wala'fiat:) Harap akk pun sama..

betul tu kak...
luruskan niat ikhlaskan hati....
Insya-Allah, Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita semua^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...