11 Jun 2011

♥ƸӜƷ♥BARAKALLAH...

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah. Dua minggu lebih menyepikan diri tanpa sebarang tinta perkongsian di ruang maya ini. Terbatas dek ruang waktu yang agak terhimpit untuk meneruskan perkongsian. Syukur ke hadrat-Nya diberikan lagi peluang untuk meneruskan bait kata2 di sini. Di teratak memoir ini.

Cuti masih lagi bersisa seminggu, dan sangat mengharapkan masa tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin. Insya-Allah. Seusai sahaja peperiksaan akhir semester tiga dua minggu yang lepas, saya dan teman2 Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)  mengikuti kem SUKBEL-Sukeralawan Belia yang diadakan di Kem Kandis Bachok, Kelantan. Hampir sembilan hari di sana selaku Fasilitator. Allahuakbar, malunya hamba kerana kerap jua merungut juga merengus di atas ketidakselesaan. Malu lagi saya kira, bila diri tiba2 terasa termotivasi oleh kata2 seseorang yang bertahun mudanya dari diri ini.

"It's hard, that's why it's called camping."

Rasa diri kaku tiba2. Lama saya melihatnya. Ceria dan positif. Jadi mengapa tidak saya yang sepatutnya bertindak untuk lebih menceriakan suasana, bersikap seperti pelajar tersebut. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya dari terus menerus mengeluh. (>.<") Malu...

..............................................................................................................................................

Sehari selepas pulang ke rumah, walimah kakak yang terakhir diadakan pada 4 Jun lalu. SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan memperoleh zuriat yang soleh dan solehah. Amin...
Barakallah...

Perutusan Raja Sehari: Suhaida & Kamarudin

Tidak lupa juga buat sepupu a.k.a teman rapat Yusnita (Kak Chik), selamat juga ke atasmu. Sayang kamu sangat2. Moga bahagia hingga akhirnya teman. Sedih terlepas hari perkahwinan kamu... ^_^"

Musim cuti kali ini benar2 terisi, penuh dengan majlis kenduri sanak saudara. Alhamdulillah, bertemu jodoh mereka. Buat semua yang sudah, sedang dan bakal berkahwin sekitar cuti ini, tahniah saya ucapkan =). Hendaknya medan perkahwinan ini mampu memberikan peluang kepada mereka untuk membentuk transformasi diri yang lebih mantap seiring dengan keimanan dan ketaqwaan pada Yang Hakiki. Amin ya Rabb...

ash_mza=)
Zauji dalam khayalan...
Next, my turn!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...