22 November 2011

SELINGKAR KISAH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.
Lama sudah rasanya tidak menulis. Sepi dari blog. Menghilang dek kesibukan dan kurangnya bahan untuk perkongsian. Harap-harapnya masih ada yang terus menerus bersama membaca titipan perkongsian yang mungkin tidak seberapa di teratak ini. Terima kasih.

Syukur kehadrat Rabb atas keizinan-Nya.

Baru-baru ini sahaja saya dan teman seperjuangan berjaya menamatkan semester 4 bagi tahun ke-3 pengajian. Baru juga selesai menduduki peperiksaan akhir semester 4. Moga diberikan keputusan yang cemerlang buat kami. Kalian juga:)

Dalam tak sedar, tinggal hanya dua tahun lagi di institut ini. Sedikit waktu yang mungkin saya sendiri tidak akan menyedarinya bila jarum saat itu berputar. Siapa kata lima tahun setengah yang sebelum ini diuar-uarkan terlalu lama beerti 'benar-benar lama'. Sebenarnya itulah tempoh yang paling singkat sekiranya kita dapat memanfaatkannya bersama sahabat-sahabat terbaik.

Allah...
Sedih. Gembira. Rasa bercampur baur. Sedih kerana mengenangkan saat masing-masing membawa haluan masing seusai mendapat segulung ijazah. Gembira bila semua mampu meraih kejayaan dalam kehidupan mereka. Gembira juga kerana waktu pengajian sudah hampir berakhir. Mungkin ini hanyalah secebis rasa yang terkandung dalam diri dan para sahabat sedikit masa kelak. Mungkin juga inilah rasanya kakak-kakak dan abang-abang senior kami yang baru sahaja menamatkan pengajian semester 8 kohot kedua baru-baru ini. Tahniah senior! Moga kalian menjadi pendidik yang berjasa.

Teringat pada luahan seorang teman,

"Saya sedih membayangkan yang satu masa nanti kawan rapat kita ni tak lagi bersama kita. Bila dah berkahwin. Mesti masanya diluangkan lebih dengan keluarga sendiri."

Tersenyum. Benar. Hakikat. Begitulah seharusnya. 

Bila difikirkan, mahu sahaja waktu bersama di institut ini diabadikan bersama sebaik mungkin. Namun, perihal Ilahi, perancangan Tuhan Semesta Alam tiada siapa ketahui. Selagi ada waktu yang masih bersisa, inilah peluang kita untuk terus bersama. InsyaAllah.

Dari kecil melangkah ke alam persekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah, seterusnya institut pengajian tinggi dan kemudian alam berumah tangga. Saatnya dulu perkongsian cerita hanyalah bersama teman-teman seperjuangan. Namun, masa terus berputar merubah suasana, teman berkongsi hanya pada dia janji berwali.

Dedikasi khas buat mereka-unit PSV1 dan PSV2 ambilan Julai2008 kohot ke 4.

P/s: Praktikum!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...