28 Mei 2012

SESUATU YANG TIDAK TERTANGGUH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedut. Hembus. Sedut. Hembus. Apa dia? Nafas.

Sepertinya sudah bersawang lagi berdebu juga kelihatan lapuk. Heh~
Sibuk. Alasan yang tiada sudah. (*.*) Sehinggalah tamat semester 5 baru-baru ini dan sekarang bercuti selama 3 minggu. Syukur. Anda-anda bagaimana?

Mengharap kertas-kertas peperiksaan yang sudah ditanda dengan keadaan yang molek-molek dan tidak terEMO oleh para pensyarah.Mudah-mudahan. Hendaknya, sebarang keputusan yang keluar nanti memuaskan hati semua.

Awal malam semalam sengaja meletakkan kata-kata yang dipetik dari buku Batu-Bata Kehidupan karya saudara Hilal Asyraf pada laman muka buku. Berkongsi dengan niat untuk memperingati diri. Kisah mati yang pasti ada yang resah dalam mengkoreksi diri. Betul bukan? Mengutip nilai pahala, cuba sedaya memadamkan dosa. Dalam bertambahnya usia, iman pula ada pasang surutnya.


Sedang leka menonton televisyen, bunyi *beep pesanan ringkas sekitar jam sebelas dari teman seunit cukup membuatkan diri ini menggigil, sejuk, dingin.

"Salam, doakan dan berikan kata-kata semangat buat teman kita Qatrun Nadira yang kematian ayahnya dan abang iparnya dalam kemalangan awal 12 tengah hari tadi.Al Fatihah."

Allahu, terasa perit seketika. Meletakkan diri di tempatnya. Ternyata diri belum tentu kuat untuk teguh berdiri. Diri ini hanya mampu menyampaikan segulung dua buat insan-insan tersayang teman ini. Moga Allah mencucuri rahmat terhadap allahyarham dan diampunkan segala dosa-dosanya. 

Ada orang bermain dengan gembira, sihat walafiat di tengah padang bola, meninggal tiba2. Ada seorang syeikh, sedang memberi ceramah dalam keadaan sihat, malah sedang menuturkan kalam, tiba2 terdiam dan jatuh meninggal dunia. Ada orang yang sedang memandu, berhenti di lampu isyarat, tiba2 didapati tidak bergerak2 walaupun lampu sudah hijau, apabila diperiksa rupa2nya telah meninggal dunia.

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala apa yang kami kerjakan.
(Al-Munafiquun 63:11)

#Batu bata kehidupan-Hari itu tidak jauh.
 

Bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi buat diri terutamanya. Namun andai sekiranya ada yang sudi mengambil sedikit ilmu yang ada, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" :)

~Al-Fatihah~
Cik Ash
9:52pm
7 Rejab 1433
28 Mei 2012

18 Mei 2012

AKU SEDANG BELAJAR...


Wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz,
Imamku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersamaku dalam perjalanan nanti…
Apakah yg sedang kau lakukan disana?

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…

Aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya kerana_Nya…

Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…

Aku pun begitu wahai calon imamku…

Aku sedang belajar, belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…

Aku pun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain... bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja!

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan... tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…

Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu..
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…

Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…

Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…

Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…
Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…
Aamiin.

04 Mei 2012

AKULAH TU...



Akulah itu...
yang kau kenal dulu,
punya cita yang tersimpan
punya hasrat disanggah.
punya impian membisu
punya cinta yang hilang.
namun punya tekad yang nekad
melangkah tanpa menoleh
terkadang rindu sesekali menyapa disegenap masa lalu.

Akulah it...,
gadis yang kau pernah tahu,
menangis dalam hati
merayu pada nasib yang tak pernah menyebelahi
mengikut kehendak yang patuh pada harapan
harapan kepada insan yang bergadai nyawa yang membesarkan
hanya mahu keberkatan,
disepanjang perjalanan kehidupan.

Akulah itu...
yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan
hanya doa kukuatkan
moga perjalanan dilindungi oleh Tuhan
kerana disekeliling belum tentu berhati indah suci
kadang-kadang berwajahkan cantik namun bertopengkan syaitan
terlalu banyak yang menyesatkan
terlalu sedikit yang memimpin kearah kebenaran
kekuatan hati dan takwa pada-Nya aku serahkan
pohon keredhaan untuk mewarnai kehidupan.

Akulah itu...
yang banyak meniti dari berlari
yang banyak mengejar bayang
dari mendongak ke awan mengejar pelangi
terlalu banyak laluan yang keliru
hingga terkadang aku terjatuh
dan tersungkur aku sendiri
bangun semula sambil berpaut pada kekuatan diri
mara dan terus mara kerana tak mahu berpaling lagi
sekalipun yang terjatuh meninggalkan kesan dihati
namun aku pasrah pada takdir Ilahi.

Akulah itu...
yang mencapai pada bahumu
menumpang berpaut saat kaki tak berdaya melangkah
cukup pilu pada cinta yang tiada kepercayaan
cukup hampa pada rindu yang sepi
cukup lemah pada kata-kata fitnah
cukup sedih pada manusia yang suka menghukum
menghukum sebelum dibicarakan
bicara pada kesilapan manusia
manusia yang memang biasa mencari kelemahan
kelemahan pada kekurangan manusia lain
hakikat setiap kelemahan itulah kekurang dari diri mereka sendiri.

Akulah itu...
yang kian terima takdir hidupku
kerana laluan yang ditentukan-Nya begitu
aku redha pada laluan ini
dan sampai masa aku akan pulang sehabis usiaku nanti
kerana aku hanya manusia yang hanya melakonkan watak
dalam cerita yang telah ditentukan oleh-Nya
di atas pentas alam ciptaan-Nya
terkadang aku juga melanggar arahan
kerana kadang-kadang aku terlupa
watak dan peranan aku di dunia
kerana bukan sengaja sehingga aku terlupa
kerana leka keasyikkan dunia buatkan aku tersasar dari landasan
landasan yang tersimpan dari rahmat Tuhan.

Dan akulah yang kau kenali itu...
masih kuat pada hati yang menyintai-Nya
dengan mula mengatur langkahku
dan sesekali menoleh seketika kebelakang
menoleh untuk mengutip penawarnya
untuk dibuat bekalan saat kaki terus melangkah...

Kerana aku percaya....
cintaku akan kekal dihati, kekuatan itu pada jiwa yang indah bercahaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...