Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedut. Hembus. Sedut. Hembus. Apa dia? Nafas.
Sepertinya sudah bersawang lagi berdebu juga kelihatan lapuk. Heh~
Sepertinya sudah bersawang lagi berdebu juga kelihatan lapuk. Heh~
Sibuk. Alasan yang tiada sudah. (*.*) Sehinggalah tamat semester 5 baru-baru ini dan sekarang bercuti selama 3 minggu. Syukur. Anda-anda bagaimana?
Mengharap kertas-kertas peperiksaan yang sudah ditanda dengan keadaan yang molek-molek dan tidak terEMO oleh para pensyarah.Mudah-mudahan. Hendaknya, sebarang keputusan yang keluar nanti memuaskan hati semua.
Awal malam semalam sengaja meletakkan kata-kata yang dipetik dari buku Batu-Bata Kehidupan karya saudara Hilal Asyraf pada laman muka buku. Berkongsi dengan niat untuk memperingati diri. Kisah mati yang pasti ada yang resah dalam mengkoreksi diri. Betul bukan? Mengutip nilai pahala, cuba sedaya memadamkan dosa. Dalam bertambahnya usia, iman pula ada pasang surutnya.
Sedang leka menonton televisyen, bunyi *beep pesanan ringkas sekitar jam sebelas dari teman seunit cukup membuatkan diri ini menggigil, sejuk, dingin.
"Salam, doakan dan berikan kata-kata semangat buat teman kita Qatrun Nadira yang kematian ayahnya dan abang iparnya dalam kemalangan awal 12 tengah hari tadi.Al Fatihah."
Allahu, terasa perit seketika. Meletakkan diri di tempatnya. Ternyata diri belum tentu kuat untuk teguh berdiri. Diri ini hanya mampu menyampaikan segulung dua buat insan-insan tersayang teman ini. Moga Allah mencucuri rahmat terhadap allahyarham dan diampunkan segala dosa-dosanya.
Bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi buat diri terutamanya. Namun andai sekiranya ada yang sudi mengambil sedikit ilmu yang ada, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan