APA YANG ENGKAU HENDAK PERJUANGKAN...?
Engkau
ingin berjuang. Tapi termakan tidur dan hiburan melalaikan. Tarbiyahmu
hanya sandaran di masa lapang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Madah agama banyak kau huraikan, Kalamullah
jarang benar kau berdampingan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Semangatmu dilaung lantang, amalmu terbiar kontang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Tapi kau inginkan pujian, bila dikritik hatimu sakit tidak tenteram. Bagaimana harus kau mjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Pada masyarakat aktif kau menyumbang, keluargamu
dibiar tidak diutamakan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. 'Ukhwah Fillah' mu hanya pada teman2 pilihan,
mereka yang bukan dikalanganmu kau biar-biarkan. Bagaimana harus kau
menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. bermanis muka engkau jarang, hanya ceria pada mad'u pilihan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Tapi ingin menjadi pemimpin, dipimpin pula agak kau segan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Tolak ansur tidak kau amalkan, pendapatmu
dilaung lantang disanggah jangan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup kau
korbankan, hanya mahu bergerak senang. Bagaimana harus kau menjadi
pejuang?
Engkau ingin berjuang. Kata-kata kemas diucapkan, tiada diamal, lintang pukang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Amal diri tidak ditingkatkan, tarbiyahmu sama tiada perubahan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Engkau ingin berjuang. Tetapi mengharap jua selain imbalan Tuhan,
tajdid niat engkau lupakan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
Ya, sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...
P/s: refleksi diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan