22 April 2011

KUINGATKAN DIRIKU DAN DIRIMU...


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi...

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian, semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

16 April 2011

RESAHNYA JIWA...

Selebat gerimis di hati..
Semisteri air di Laut Mati..
Mengapa kau menangis duhai diri?
Mengapa kau merasa dunia ini tidak lagi beerti?
Mengapa kau meragui kasihnya Illahi?
Mengapa kau tidak percaya adanya Allah di sisi?

Kau mencari-cari..
Meraba-raba di gelap hati pada malam hari yang sepi..
Kau bingung. Nanar dalam ramai.
Kau tidak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi.
Kau menanti, bilakah yang kau mahu akan bisa kau dapati.
Kau merasa Tuhan tak lagi menyayangi.

Mengapa?
Mengapa begitu?

Oh, jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang baik,
Jiwa yang rindu,
Cuma engkau keliru...

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sedang menzalimi dirimu..
Padahal engkau tidak berhak disakiti..
Jasad dan rohmu adalah anugerah terindah dari Illahi,
Maka mengapa engkau tegar melukai?

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang besar yang dikasihi Tuhan.
Engkau jiwa hebat yang benar-benar berpotensi menyengat
Engkau jiwa kebal yang kali pada ujian
Engkau sebenarnya berambisi tinggi, lalu mengapa kau pilih untuk tersakiti?

Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sentiasa punya satu lagi pilihan.
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan.
Kembali berteduh di bawah redup kasih Illahi.
Kembali kepada DIA.

Ya, bak kata para cendikiawan
"Bersama Tuhanmu, apapun mungkin!"
"Bersama Tuhanmu, kekalahan pun adalah kemenangan."
Maka, tak harus berduka gitu dong!

Senyum!

15 April 2011

KERANA DIA WANITA YANG MENJAGA KEHORMATANNYA...

Aku setiap hari menatap wanita itu dari jauh,perasaan cinta ini tak mungkin aku bendung terus menerus tapi aku pun tak perlu mengungkapkannya. Cukup dengan melihatnya hati ini sudah merasakan keindahan ciptaan-Nya,

Sosoknya yang misteri yang membuat laki-laki ingin mendekatinya. Tapi buat aku, dengan jilbabnya, dengan kelembutannya, aku segan untuk mendekatinya.

Andaikan aku menampakkan apa yang tersirat dalam hatiku, lalu dia menjauhiku maka hancurlah aku. Dan sudah pasti dia akan lebih jauh dari pandanganku saat ini. Kerana dia wanita yang menjaga kehormatannya.

===============================


Cinta

Kehidupan di dunia ini tak lepas dari dua hal yaitu Cinta dan Benci. Bukan hal yang perlu di tutupi lagi kalau kita sedang mencintai seseorang atau mungkin membenci seseorang, kita akan mengungkapkannya dengan sepenuh hati bila kita mencintai seseorang,begitupun dengan kebencian, kita akan mengungkapkannya mungkin dengan lisan mahupun bahasa tubuh.

Namun perlu di sedari tidak semua cinta dan benci perlu di ungkapkan. Seperti kisah di atas. Kisah yang seharusnya membuat kita tersedar bahawa tidak semua cinta perlu di perlihatkan kepadanya atau kepada setiap orang.

Kita tahu ketika kita memilih calon yang akan mendampingi kita, awal yang kita pandang adalah fizikal lalu perilakunya. Dari dua hal itulah kita sering terperangkap akan cinta. Namun kita kadang terlupa dengan kata Rasulullah bahawa agamalah yang layak paling kita perhatikan.

“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta / takhtanya mungkin saja harta / takhtanya membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya. Sebab, seorang wanita yang solehah, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama” (HR. Ibnu Majah)

Ketika kita telah menemukan apa yang kita cintai, maka cintailah mereka dengan sewajarnya, entah itu pasangan kita, sahabat-sahabat kita, atau anak-anak kita. Jikalau kita menumpahkan cinta secara berlebihan, maka kemungkinan besar kita akan terjebak dalam kondisi "Di rendahkan”.

Kenapa?? Kerana sudah tentu cinta kita pada mereka adalah titik kelemahan kita untuk menuruti apapun yang mereka kehendaki. Sikap manja ,menghamburkan harta buat sesuatu yang tidak begitu penting, bahkan berkorban apapun agar mereka suka.

Padahal yang berhak untuk itu semua hanyalah cinta kita pada Allah Azza Wa Jalla, bukan kepada makhluk-Nya. Sedarkah kita??

Sikap Benci

Jika kita membenci seseorang kerana mereka menyakiti kita, janganlah kita menampakkan hal itu. Jika itu kita lakukan maka mereka akan menyedari untuk lebih berhati-hati terhadap kita, bererti kita telah mengajak mereka berseteru.

Begitu banyak permusuhan berawal dari kebencian dan berakhir dengan saling menyakiti. Hal seperti ini tidak akan membuat masalah selesai,bahakan akan terus menerus memuncak.

Maka, sebaiknya yang kita lakukan adalah bersikap ramah dan berbuat baik.Kebencian itu dengan sendirinya akan luluh kerana akan ada rasa malu dari diri kita dan tentu dari diri mereka. Bila kita tak mampu megendalikan amarah terhadap kebencian itu, maka segeralah menjauh, jangan sampai kita saling menyakiti.

Ingatlah,lidah adalah sumber dari segala masalah. Maka jagalah lidah kita.

“Seseorang yang berkeinginan kuat adalah ketika dia mampu menyembunyikan rasa cinta dan bencinya,sehingga tidak adanya sikap berlebih-lebihan ” (Ibnu Al Jauzy).

Wallahu'alam...

sumber: web

01 April 2011

PAHLAWAN NERAKA...

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. 
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. 
“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.” 
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.” 
“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.” 
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.” 
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

29 Mac 2011

MAHAR UNTUK BIDADARI ANAKKU...

Al kisah, musuh telah melanggar batas sebuah negeri Islam. Abu Ubaid Abdul Wahid bin Zaid, seorang khatib di Basrah, menyeru orang-orang untuk berjihad. Dia memaparkan berbagai kenikmatan di syurga. Dia juga menggambarkan sifat bidadari yang ada di dalamnya. Dia bersyair: 

Dialah cerahnya fajar yang tenang tapi riang
Diciptakan dari segala yang istimewa
Apakah kau tahu, sang peminang mendengarkannya,
Duhai kekasih, tiadalah aku lebih suka kepada selainnya
Jangan pernah kau serupai orang yang sungguh mendapatkannya
Yang melamarku dengan penuh alpa
hingga orang-orang mengejeknya
perbaikilah dirimu
Duhai andai ditolak darinya
Ketika piala diterbangkan bergilir
Lalu berakhir ketika hajatnya tuntas
seusai lari tak terkendali
Sesungguhnya yang berhasil melamarku
hanyalah yang berjuang terus-menerus

Syair Abu Ubaid tersebut mampu mendongkrak semangat juang kaum muslimin untuk bersegera meraih syurga melalui jihad. Seorang wanita renta keluar dari kerumunan menemui Abu Ubaid. Dia bernama Ummu Ibrahim al Bashri.

Dia berkata, “Wahai Abu Ubaid, apakah kau mengenal Ibrahim anakku? Dia telah dilamar oleh pejabat di Basrah untuk dijodohkan dengan anak perempuannya, tetapi kami tolak. Namun demi Allah, sekarang aku tertarik pada bidadari yang kau sebut tadi. Aku rela bidadari itu menjadi pengantin bagi anakku. Maka ulangilah sifat-sifat yang kau ucapkan tadi agar dia pun tertarik padanya.”

Maka Abu Ubaid bersyair kembali:

Jika rembulan telah purnama di kala malam,
lihatlah keistimewaannya yang bak rembulan itu
Senyumnya menyibak gigi yang indah,
laksana mutiara terpendam di lubuk samudera
Andai alas kakinya menginjak kerikil,
niscaya tumbuhlah bunga darinya
Kau bisa mengikat pinggangnya,
yang laksana dahan raihan berdaun hijau lebat
Kalau saja ludahnya yang manis itu jatuh ke laut,
jadilah air laut itu minuman lezat bagi penduduk darat
Allah inginkan matiku dalam kerinduan padanya, dengan begadangnya mata
‘tuk raih kebaikan hidup sesudah mati


Mendengar ucapan tersebut, orang-orang merasa terkesiap. Sontak mereka bertakbir. Allahu akbar. Allahu akbar.

Ummu Ibrahim beranjak bangun. Dia berkata, “Wahai Abu Ubaid! Demi Allah, aku telah redha atas bidadari itu sebagai pendamping Ibrahim. Apakah kau mau menikahkan mereka sekarang juga, dengan mengambil dariku sepuluh ribu dinar sebagai maharnya? Semoga Allah menjadikannya sebagai pahlawan yang mati syahid, sehingga mampu memberi syafaat bagiku dan bapaknya di hari kiamat.”

Abu Ubaid berkata, “Baiklah. Aku bersedia. Semoga kalian berdua mendapat keberuntungan yang besar.”
Sang ibu berteriak, “Hai Ibrahim… hai Ibrahim...”

Lalu seorang pemuda tampan keluar dari kerumunan orang sambil berkata, “Saya ibu. Ada apa?”

“Wahai anakku, apakah kamu rela bidadari (yang sifatnya disebut) tadi sebagai isterimu, dengan jantungmu yang kau korbankan di jalan Allah sebagai maharnya?” tanya sang ibu.

“Baiklah, Ibu. Aku bersedia,” jawab Ibrahim

******

Wanita itu bergegas menuju rumahnya, guna mengambil wang sepuluh ribu dinar. Kemudian wang itu dibawanya ke tempat Abu Ubaid.

Di tempat ini, dia menengadah ke langit. Dia berdoa, “Ya Allah, saksikanlah! Kunikahkan anakku dengan bidadari. Sebagai maharnya, akan dia korbankan jantungnya dalam perang di jalan-Mu. Maka terimalah ini wahai Zat yang Paling Pengasih.”

Kemudian Abu Ubaid berkata kepadanya, “Sepuluh ribu dinar ini adalah mahar bagi bidadari itu. Berbekallah dengannya dalam berperang di jalan Allah.”

*****

Lalu wanita itu pergi membeli kuda dan alat perang yang bagus dan bekal untuk perjalanan beberapa hari. Ketika hendak berpisah dengan anaknya, wanita itu mengalungkan kafan dan memberikan minyak –yang biasa ditaburkan ke tubuh jenazah- kepada anaknnya. Dia menatap anaknya, seolah jantungnya membuncah keluar dari dalam dada.

Dia berpesan, “Kalau kamu bertemu dengan musuh, pakailah kain kafan ini dan taburkan minyak ini ke tubuhmu. Jangan sampai Allah melihatmu lalai di jalan-Nya.”

Dia mendekap anaknya, lalu memeluk dan menciumnya. Lalu ia berkata, “Pergilah anakku. Allah takkan lagi mempertemukanku denganmu, kecuali kelak di hadapan-Nya pada hari kiamat.”

Pergilah Ibrahim bersama pasukan. Pandangan sang Ibu mengikutinya  sampai dia tak lagi terlihat di sudut matanya.

*****

Ketika pasukan telah sampai di negeri musuh dan masing-masing telah siap tempur, dimulailah peperangan. Anak panah pun beterbangan mengiringi para pahlawan yang sedang berlaga. Ibrahim maju ke barisan terdepan.

Ibrahim berhasil menyusup ke barisan musuh. Ia berhasil membunuh lebih dari 30 orang tentara musuh.
Akan tetapi, musuh menyadari kekuatan Ibrahim ini. Mereka segera mengepungnya. Ada yang menombaknya. Ada yang memukulnya. Ada yang menerjangnya.

“Engkau tak henti-hentinya bersuka cita, hai Ummu Ibrahim. Apa yang terjadi?” tanya Abu Ubaid.

Wanita itu pun menjawab, “Semalam (dalam tidurku) aku melihat anakku telah berada di dalam taman yang indah. Di atasnya ada kubah hijau. Dia berbaring di atas kasur yang terbuat dari mutiara. Di atas kepalanya ada mahkota yang berkilauan. Dia berkata kepadaku, ‘Wahai Ibu, bergembiralah. Maharku telah diterima, dan pengantin pun telah bersanding’.”

*****

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Ali Imran [3]: 169-170)

“Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah [9]: 89)

28 Mac 2011

YANG PERTAMA SEBELUM MU...



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" Suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

27 Mac 2011

DARI IRI KE BIDADARI...



Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.

Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.

Terharu kan?

Terasa segan..

Bila mana sedar, bahawa sebenarnya kita telah digimmick kan. Ya Allah, malunya. Lebih malu dari semalu. Kan baik jika tadi aku berkelakuan elok-elok sahaja?

Ada yang bila handphonenya sengaja di 'curi', di sorokkan. Marah menahan merah. Menyala-nyala.

Ada yang bila diprovoke dan dimarah. Dimalukan. Rasa macam mahu menangis.

Yang tiba-tiba masalah menerpa. Yang tiba-tiba ada orang "special" nak jumpa.

Tanpa perasan, banyak rupanya bibir yang tersenyum nakal. Ketawa melihat reaksi si kawan. Tunggulah.. Tak apa, untuk menggembirakan dia jugak kan? Seperi yang nabi sabdakan:

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai.."

Rupa-rupanya baru sedar,

"Ha? Gimmick je semua tu?"

Penat aku marah, penat aku menangis, penat aku risau.

Dan yang lain ketawa.

Dan mereka mula bercerita tentang apa yang kita buat tadi. Siap ada rakaman lagi. Ketawa-ketawa pula. Ya Allah, segannya. Mana baldi? Nak menyorok muka.

Syahdu betul.

Alhamdulillah.

Terasa lega. Dada tenang, setenang awan yang berhamparan. Bergulungan lembut, biru. Lapang amat.

Bila diraikan hari lahir. Hilang segala masalah. Tersenyum bila mana tahu, yang tadi semua hanya lakonan. Dibuat, direka-reka.

Dan akhirnya adalah bahagia.

Seandainya kita sedia tahu.

Saya memang suka menggimikkan orang. Suka melihat wajahnya resah. Dan jalan cerita yang saya reka. Terasa ingin ketawa.

Saya pernah cuba membuat 'situasi' kepada seorang sahabat. Sengaja merancang untuk memulaukan dia. Tapi ntah macam mana. Dia sudah menghidu. Apa yang saya buat, dia tenang saja.

Saya pula geram jadinya.

Ada pula yang sudah terbocor pada mulanya, hanya ketawa.

Kuang asam betul!

Kan begitu? Seandainya kita sudah tahu yang kita sedang digimikkan. Ada kamera sedang merakam, ada perancangan sedang berjalan. Kita mesti sudah sedia ketawa. Berlagak cool, dan hanya tersenyum. Walau apapun yang berlaku.

Kejap je, kejap lagi kan ada kek?

Dan inilah sebenarnya dunia..

(وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُون)

"...Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " (Al-'Ankabut : 64)

Jangan bersedih, seandainya kamu tahu segala ujian yang kamu hadapi ini hanya sementara. Hanya lakonan, hanya sekejap.

Kerana ada bahagia yang menunggu selepas ini.

Rasakan. Bahawa tangis jiwa yang kamu lalui, derita hiba yang kamu miliki. Hanya satu perjalanan untuk ke tempat yang abadi.

Untuk kamu meraikan di syurga nanti.

Bersabar ya?

Ramai yang terasa cemburu bila melihat pasangan berjalan ke sana sini. Semacam belangkas yang baru bebas. Terasa mahu juga, sekurang-kurangnya ada peneman hati. Peneman lah sangat.

Tak kurang yang kecewa bila apa yang dicita jauh menyauh. Terbang melayang terus menghilang.

Ada yang diduga sampai menyiat hati. Hingga bila melihat dunia, akal terasa gayat.

Bersabarlah, walau apa rasa yang kamu ada. Tukarkan rasa itu. Biarkan ia tenang berjalan. Meniti tangga-tangga sabar dan redha.

Kerana sabar itu cantik. Dan dengan sabar itu, Allah pasti tersenyum padamu.

Ya, dari iri, terus menuju bidadari.


****

Dan sekarang, berjalanlah kamu dengan yakin dan gembira. Kesat air matamu. Kan segala yang sedang kamu lalui ini hanyalah gimik semata-mata?

Ada bahagia sedang menanti,

Tersenyumlah! :)

WAHAI LELAKI...


Wahai lelaki,

Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,

Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,

Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,

Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,

Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,

Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia
Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa

Wahai lelaki,

Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda
Pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...