Isi Hati Sang Ikhwah...
Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerana itu , aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan , bual mesra dengan wanita lain ku elakkan,
Kerana semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku hanya Ayat-ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti,
Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akn kita lalui sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan kau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.
Zaujahku,
Aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerna nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan.
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahiddin.
Kerana itu,
kita harus bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat...
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerana kau tidak mengenal siapa diriku.
Aku tahu kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sinidengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat di hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpanku untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerana aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
"Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu."
sumber
2 ulasan:
salam ziarah..minta izin share.jzkk
To Hanyalah Hamba
Salam...
tafadal..
moga ramai lagi dpt berkongsi manfaatnya...
Catat Ulasan