08 November 2010

PERTANYAAN ITU SUDAH BERNOKTAH...

Bismillahirrahmanirrahim...

"Semua kerana cinta,
Yang pahit, manis dirasa...
Menghibur nestapa, merawat luka..."

Satu masa dulu, saya selalu tertanya2 bagaimana perasaan ini wujud. Bagaimana mampu untuk dua insan itu untuk saling mengenali, untuk saling mencintai. Bagaimana mereka itu membina keyakinan untuk sehidup semati bersama si dia pilihan hati. Pelik dan hairan melihat keberanian yang ada dalam diri mereka untuk meluahkan kata, menyatakan kepastian yang tersirat dalam jiwa.

Tidak lama. Tidak juga singkat. Saya mula menerima sedikit demi sedikit jawapan pada persoalan saya sendiri. Soalan yang sekian lama berlegar2 dalam kotak fikiran. Dan saya akur pada jawapan tersebut. Perasaan itu sudah ditakdirkan, ia menjadi satu fitrah semulajadi dalam kehidupan. Keperluan dan saling bergantungan antara satu sama lain.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Ruum 30).

Tentang siapa pasangannya, Allah sendiri telah aturkan. Sejenak saya tersenyum kembali melihat pada persoalan2 yang saya kira agak 'tidak cerdik'. Soalan yang pernah saya pendamkan beberapa tahun lalu perlahan2 tertanam dan terkubur terus. Hilang dengan penjelasan yang nyata lagi terang. Sekali lagi tersenyum dan menggeleng2 sendirian... 

"Bukankah ajal, maut, jodoh dan rezeki itu dalam genggaman-Nya?"

Termenung. Merenung lama pada biru langit, hijau pepohon yang memenuhi ruang alam. Terasa suam air mata mula bertakung. Cepat2 diseka. (Isk3, malunya kalau orang tengok, jiwang terlebih budak ni=p)

Mula menghitung diri. Kata2 dari emak tadi sedikit mengundang cemburu di hati. Cuba mengaitkannya dengan satu situasi yang mungkin bila2 saja bakal terjadi kelak. Sekadar peringatan diri... 

"Bagaimana kiranya satu masa nanti bila hatiku benar2 suka pada seseorang itu, hatinya bukan lagi milik aku.?" 

Jari-jemari yang tadinya laju menekan aksara2 jiwa, tertegun, kaku. Cuba memikirkan jawapan sebaik mungkin dalam keadaan waras akal. Positif. Puas merenung segenap ruang yang terbina, akhirnya mendapat satu kepastian.

"Aku perlu biasakannya, tak selamanya seseorang itu akan jadi milik aku." 
 
"CINTA ITU PERKONGSIAN ASH, BUKAN SAHAJA ANTARA DUA HATI... SANGGUPKAH KAMU?"

Meyakinkan diri, meskipun bukan insan lain yang hadir menghiasi kamar hati milik si dia, si dia tetap juga kepunyaan orang lain. Hak milik ibu dan bapanya, hak milik kakak, abang serta adik2nya. Paling utama, dia juga makhluk pada Pencipta yang Agung. Justeru, mengapa hati ini harus cemburu pada pemilikan yang sementara cuma. Terasa sukar untuk mengukir senyum saat ini. 


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah,
Bermusuhan kerana Allah,
Bercinta kerana Allah dan
Membenci kerana Allah.
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas R.A)

Dahi berkerut2. Hanya dengan sedikit 'jentikan halus' dari Ilahi tadi sudah cukup mengusik rasa. Terasa diri rapuh dengan cubaan yang remeh tersebut. Perasaan cemburu yang mula bertakhta cuba menakluki ruang sanubari dikikis dan disingkirkan sebaik mungkin. Khuatir. Merosakkan hati. Sedang si dia belum dimiliki. Biar berpada, tidak ingin keterlaluan. Cukuplah hanya Dia yang tahu, hamba hanya perempuan biasa. Kuatkan hamba dan juga kalian... AMIN. Wallahualam...

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal..."

لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح
Maksudnya:" Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan."

P/s: Sesuatu dalam doaku, bahawasanya Dia lebih mengerti^^...
Antara sudut dan ruang.




































2 ulasan:

hasbul87 berkata...

insyaALLAH

ash_mza berkata...

to Hasbul
“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai

(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

Insya-Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...