30 Januari 2010

PEMBUKA BICARA 2010...


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Assalamualaikum...

Awal Januari 2010, tangan ni terasa gatal pula nak buat blog sendiri. Jari-jemari pula pantas menekan button-button labtop yang "cumel" sambil menanti wireless yang sangat-sangat la "laju"nya. Iyelah, orang lain ada blog, kita pun nak jugak. Heheh...
Budak-budak ni pun satu, buat blog lagaknya macam cendawan tumbuh lepas hujan. Isk3...
Orang kata, teknologi ni, kalau nak dikejar alamatnya sampai hujung nyawa la jawabnya. Tak pernah habis.
Apa pun, buat mereka yang ingin mengenali diri ini, salam ukhuwah dan selamat membina hubungan di alam maya ini. Moga kita dapat memanfaatkan ilmu yang ada dengan sebaiknya...

AMIN...
Chewah... hehe...   
SmileyCentral.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...