29 April 2010

PEREMPUAN ACUAN AL-QURAN...

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah





Perempuan yang aku cintai 
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.




IKUT...


Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim.

Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin..Seman masih duk kat umah mentuanya.
setelah azan maghrib berkumandang..Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah..sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg tak penah solat ni"

"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..."
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut?
setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah.
seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman.
Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.
Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman...apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."


CUBAAN BUATMU...



Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Kita bersama bersua kembali, biarpun hanya bertemankan bicara bisu ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. AMIN...
Malam ini, Jihan dah pulang dari hospital. Alhamdulillah...
Moga diberi kesembuhan buatnya. Diberi kekuatan dalam dirinya. Diberi semangat kental dalam jiwa nuraninya. 

Jihan...
Petang tadi awak balik. Maaf, bukan saya yang menjemput awak. Sedar-sedar awak dah sampai ke bilik. Awak nampak ceria sedikit. Pulang ke bilik barangkali. Hehe.. Takpun jumpa roomate awak yang comel ni kan? Haha...
Kita borak-borak macam biasa. Bercerita sedikit-sebanyak. Al-maklumlah dah dua hari tak 'bertikam lidah' bersama. Ramai yang datang melawat. Alhamdulillah, Allah kurniakan awak teman2 yang sentiasa mengingati. Sentiasa mendorong dengan kata semangat.
Selepas solat isya' tadi awak nampak makin lemah. Awak telan ubat. Alas perut hanya dengan sesuap roti. Cukup ke?
Jihan...
Saya ni, bukan pernah ada adik. Hanya kakak dan abang. Itu pun, kami tidak pernah bersama. Kalau saya terkaku perilaku, saya mohon maaf. Sungguh saya tak sempurna. Cacatnya ada di mana2...
Tadi...
Tiba2, awak muntah. Muntah dan berdarah. Semua terkejut. 'Cuak' melihatkan keadaan awak. Terima kasih buat teman2 yang membantu. Setianya mereka dalam semangat setiakawan. Ikhlasnya mereka tak pernah mengungkit. Jujur mereka menzahirkan kata dan perbuatan tanpa sebarang riak yang membangga. Moga Allah Azzawajalla memberikan balasan yang terbaik buat mereka. AMIN...
Jihan...
Malam ni, berehatlah...
Kumpul kekuatan dalam diri. Singkir kelemahan tu jauh dari sudut hati. Moga diri awak terbimbing untuk menjadi lebih tabah. Mungkin ini saatnya Allah menduga awak. Benar, sakit itu menggugurkan dosa2 kecil. Allah sayang awak. 

“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”

Berehatlah, selagi termampu saya tetap ada di sini. Assignments masih setia menemani. Huhu...
Nampaknya, awak susah nak lena ni. Saya dah ambil Al-Quran untuk awak. Letak di sisi awak. Moga kitab suci tu dapat mententeramkan rehat awak. 
Rehatlah...
Saya tak ganggu...

Buat kalian, kawan, teman dan sahabat merupakan orang yang selalu berada di sisi kita, bersama kita. Namun, dalam kondisi yang berbeza. Mungkin sementara, mungkin menyatakan setianya. Mohon pada_Nya, kita dikurniakan teman2 yang ikhlas dan jujur dalam persahabatan. Setiap balasan tingkahlakunya diserahkan sepenuhnya hanya kerana Yang Maha Agung, Maha Suci Allah. 
Moga saudara dan saudari mempunyai seseorang untuk berkongsi segala rasa di jiwa. Bukan dengan niat menyusahkan, Tetapi meringankan. Bukankah "sharing is caring", "sharing is loving"? Hehe...
Moga kita semua ditemukan dengan sahabat yang pastinya mampu membimbing kita dunia dan akhirat...
AMIN...

Orange

28 April 2010

MALAM YANG PANJANG...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat kalian...
Moga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan limpah kurnianya...
InsyaAllah...
Panjang rasanya melalui malam ini tanpa roomate di sisi (^-^).  Ditambah pula, kami diminta menyerahkan tugasan folio petang esok. Stay up la nampaknya... Dalam tak siap folio ni pun masih lagi jari-jemari ini sempat menyusun bait-bait huruf, sekadar untuk meluahkan rasa bersama.
Mujurlah ada teman yang sudi menemani membuat kerja bersama. Hilang sedikit gusar di hati ni. Terima kasih Jannah. Terima kasih Muna.
Buat roomateku, hari ni sudah masuk dua malam kamu tidur beralaskan cadar putih, bertemankan bau ubat2, bersama kenangan2 yang mungkin bakal tercipta... Nor Shazihan@Jihan... semoga cepat sembuh. Moga Allah Rabbul Jalil senantiasa melindungimu dan malaikat-malaikat akan menjagamu ketat selalu. AMIN...
Maaf tidak dapat bersama, menemani. (^.^). Memang seorang roomate yang tidak bertanggungjawabkan saya ni? Hehe... Hmmm... Saya harap, awak akan cepat sihat... Moga kita semua dilindungi_Nya. 
Malam ni sejuk sangat, dingin sangat. Hujan lebat tadi. Kehujanan tadi, seusai balik dari perjumpaan untuk PROGRAM SYABAB WA FATAYAT (Program Pemuda dan Pemudi). Harapnya selsema ini tidak bertambah teruk. Harapnya...Rollhehe...
Huhu... oklah, masa untuk menyambung folio seni Encik Johan yang tergendala ni. Hehe...
Harapnya sempat siap sebelum jam pukul tiga pagi nanti. Kepala dah naik bintang2 ni, jangan buat perangai nak 'ghiau' dah laa... Crying 2 haha...
Ok la dulu untuk hari ni. Semoga kita ditemukan di lain hari. InsyaAllah... Semoga kalian sentiasa dirahmati_Nya. Wassalam...



21 April 2010

LELAKI ACUAN AL-QURAN...




"Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu



Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga

Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga

Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat



Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya

Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya



Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan



Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona

Dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan Syurga

Disitulah rumah impiannya

Bersama wanita acuan al-Quran"

18 April 2010

MENGUCAP...




Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

BOTAK...




Ada seekor burung, dia amat disayangi oleh tuannya kerana dia sangat pandai bercakap.
Pada suatu hari, tuannya telah mengadakan satu party harijadi untuk anaknya dan kerana kegembiraannya, beliau telah menempah kek coklat 3 tingkat dan membenarkan burungnya terbang bebas semasa party itu berlangsung.
oleh kerana terlalu gembira, burung itu telah terbang dan menyapa semua tetamu yang hadir sambil berkata 'happy birthday'.
ketika asyik terbang, burung itu sakit perut lantas telah terberak di atas kek harijadi anak tuannya.
apa lagi, mengamuklah si tuan burung. dengan bengangnya, tuan burung itu telah mencabut bulu burung itu sambil menyumpah-nyumpah.
burung yang telah botak itu dimasukkan kembali ke dalam sangkar dan telah bertenggek dengan monyoknye.
namun, dalam kesedihannya, dia masih mengucapkan 'happy birthday' kepada tetamu yang melintasi sangkarnya.
Tiba-tiba, ada la sorang mamat botak yang gagah perkasa dan bermuka garang telah duduk bersandar di sebelah sangkarnya. burung itu merasa berbunga-bunga dan ingin berborak dengan mamat tersebut.
lalu burung itu menyapa mamat tersebut. " berak atas kek jugak ke?"
mamat yang kebingungan itu menggelengkan kepalanya sambil bertanya, "Kenapa?"
Lalu si burung menjawab, " Tu kepala botak tu.."


Parrot 

17 April 2010

IKTIBAR...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Sentiasalah kita mengingati Allah...
Moga2 kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman...
Mudah2an... 
AMIN...

PETIKLAH BUNGA ITU WAHAI KUMBANG SAKTI...



Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
 yang dikehendakiNya. *
[At-Talaq:2-3]


Buatmu bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian...


 Ukhtifillah...  
 (Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.
 
Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.
 
Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
 
Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.
 
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.
 
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.
 
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
---


Jika Allah sudah meredhainya,
Petiklah bunga itu wahai kumbang sakti
Moga sayap kiri itu akan membantu dirimu di atas jalan ini... 

TERINGAT DIA...





kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulandipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....
kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan,kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Tapi tu semua cakap2 je,bila benda nak jadi, tak ada apa yang kita boleh buat. Sedih2 jugak, bila sahabat yang kita kenal hampir se-abad tibe2 menghilang tanpa berita. Sahabat yang kita kongsi suka duka, gelak tawa, tiba2 jadi orang asing yang malu tanpa sebab nyata. Tetiba je teringatkan 'dia'...

Semoga kita dikurniakan seorang sahabat yang senantiasa memberi kita dorongan dan semangat dalam kehidupan. Kerana kita mungkin insan yang lemah dalam menghadapi segalanya bersendirian. AMIN...

High Five

KENAPA MESTI ADA PERPISAHAN DALAM SETIAP PERTEMUAN?
Sekiranya tidak mahukan perpisahan dalam kehidupan... jangan sekali-kali adakan sesebuah pertemuan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...