25 Mac 2016

SUNYI..

Yang kita nampak dia ketawa berdekah-dekah
senyum tak pernah memudar
mengusik tak henti
hinggakan kau rasa dia entah apa-apa
kerna suka sangat buat angkara.

Boleh jadi
seluruh hidupnya berselubung 
sayu,
sunyi,
sepi,
sedih,
kosong.

Sebenarnya dia bukan teruk pun,
dia cuma tidak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa.

Dia mahu dunia turut ketawa
hiasi hari-harinya.

Boleh jadi esok kau dan dia tak akan lagi berjumpa.
Siapa tahu, kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...