29 Mac 2011

MAHAR UNTUK BIDADARI ANAKKU...

Al kisah, musuh telah melanggar batas sebuah negeri Islam. Abu Ubaid Abdul Wahid bin Zaid, seorang khatib di Basrah, menyeru orang-orang untuk berjihad. Dia memaparkan berbagai kenikmatan di syurga. Dia juga menggambarkan sifat bidadari yang ada di dalamnya. Dia bersyair: 

Dialah cerahnya fajar yang tenang tapi riang
Diciptakan dari segala yang istimewa
Apakah kau tahu, sang peminang mendengarkannya,
Duhai kekasih, tiadalah aku lebih suka kepada selainnya
Jangan pernah kau serupai orang yang sungguh mendapatkannya
Yang melamarku dengan penuh alpa
hingga orang-orang mengejeknya
perbaikilah dirimu
Duhai andai ditolak darinya
Ketika piala diterbangkan bergilir
Lalu berakhir ketika hajatnya tuntas
seusai lari tak terkendali
Sesungguhnya yang berhasil melamarku
hanyalah yang berjuang terus-menerus

Syair Abu Ubaid tersebut mampu mendongkrak semangat juang kaum muslimin untuk bersegera meraih syurga melalui jihad. Seorang wanita renta keluar dari kerumunan menemui Abu Ubaid. Dia bernama Ummu Ibrahim al Bashri.

Dia berkata, “Wahai Abu Ubaid, apakah kau mengenal Ibrahim anakku? Dia telah dilamar oleh pejabat di Basrah untuk dijodohkan dengan anak perempuannya, tetapi kami tolak. Namun demi Allah, sekarang aku tertarik pada bidadari yang kau sebut tadi. Aku rela bidadari itu menjadi pengantin bagi anakku. Maka ulangilah sifat-sifat yang kau ucapkan tadi agar dia pun tertarik padanya.”

Maka Abu Ubaid bersyair kembali:

Jika rembulan telah purnama di kala malam,
lihatlah keistimewaannya yang bak rembulan itu
Senyumnya menyibak gigi yang indah,
laksana mutiara terpendam di lubuk samudera
Andai alas kakinya menginjak kerikil,
niscaya tumbuhlah bunga darinya
Kau bisa mengikat pinggangnya,
yang laksana dahan raihan berdaun hijau lebat
Kalau saja ludahnya yang manis itu jatuh ke laut,
jadilah air laut itu minuman lezat bagi penduduk darat
Allah inginkan matiku dalam kerinduan padanya, dengan begadangnya mata
‘tuk raih kebaikan hidup sesudah mati


Mendengar ucapan tersebut, orang-orang merasa terkesiap. Sontak mereka bertakbir. Allahu akbar. Allahu akbar.

Ummu Ibrahim beranjak bangun. Dia berkata, “Wahai Abu Ubaid! Demi Allah, aku telah redha atas bidadari itu sebagai pendamping Ibrahim. Apakah kau mau menikahkan mereka sekarang juga, dengan mengambil dariku sepuluh ribu dinar sebagai maharnya? Semoga Allah menjadikannya sebagai pahlawan yang mati syahid, sehingga mampu memberi syafaat bagiku dan bapaknya di hari kiamat.”

Abu Ubaid berkata, “Baiklah. Aku bersedia. Semoga kalian berdua mendapat keberuntungan yang besar.”
Sang ibu berteriak, “Hai Ibrahim… hai Ibrahim...”

Lalu seorang pemuda tampan keluar dari kerumunan orang sambil berkata, “Saya ibu. Ada apa?”

“Wahai anakku, apakah kamu rela bidadari (yang sifatnya disebut) tadi sebagai isterimu, dengan jantungmu yang kau korbankan di jalan Allah sebagai maharnya?” tanya sang ibu.

“Baiklah, Ibu. Aku bersedia,” jawab Ibrahim

******

Wanita itu bergegas menuju rumahnya, guna mengambil wang sepuluh ribu dinar. Kemudian wang itu dibawanya ke tempat Abu Ubaid.

Di tempat ini, dia menengadah ke langit. Dia berdoa, “Ya Allah, saksikanlah! Kunikahkan anakku dengan bidadari. Sebagai maharnya, akan dia korbankan jantungnya dalam perang di jalan-Mu. Maka terimalah ini wahai Zat yang Paling Pengasih.”

Kemudian Abu Ubaid berkata kepadanya, “Sepuluh ribu dinar ini adalah mahar bagi bidadari itu. Berbekallah dengannya dalam berperang di jalan Allah.”

*****

Lalu wanita itu pergi membeli kuda dan alat perang yang bagus dan bekal untuk perjalanan beberapa hari. Ketika hendak berpisah dengan anaknya, wanita itu mengalungkan kafan dan memberikan minyak –yang biasa ditaburkan ke tubuh jenazah- kepada anaknnya. Dia menatap anaknya, seolah jantungnya membuncah keluar dari dalam dada.

Dia berpesan, “Kalau kamu bertemu dengan musuh, pakailah kain kafan ini dan taburkan minyak ini ke tubuhmu. Jangan sampai Allah melihatmu lalai di jalan-Nya.”

Dia mendekap anaknya, lalu memeluk dan menciumnya. Lalu ia berkata, “Pergilah anakku. Allah takkan lagi mempertemukanku denganmu, kecuali kelak di hadapan-Nya pada hari kiamat.”

Pergilah Ibrahim bersama pasukan. Pandangan sang Ibu mengikutinya  sampai dia tak lagi terlihat di sudut matanya.

*****

Ketika pasukan telah sampai di negeri musuh dan masing-masing telah siap tempur, dimulailah peperangan. Anak panah pun beterbangan mengiringi para pahlawan yang sedang berlaga. Ibrahim maju ke barisan terdepan.

Ibrahim berhasil menyusup ke barisan musuh. Ia berhasil membunuh lebih dari 30 orang tentara musuh.
Akan tetapi, musuh menyadari kekuatan Ibrahim ini. Mereka segera mengepungnya. Ada yang menombaknya. Ada yang memukulnya. Ada yang menerjangnya.

“Engkau tak henti-hentinya bersuka cita, hai Ummu Ibrahim. Apa yang terjadi?” tanya Abu Ubaid.

Wanita itu pun menjawab, “Semalam (dalam tidurku) aku melihat anakku telah berada di dalam taman yang indah. Di atasnya ada kubah hijau. Dia berbaring di atas kasur yang terbuat dari mutiara. Di atas kepalanya ada mahkota yang berkilauan. Dia berkata kepadaku, ‘Wahai Ibu, bergembiralah. Maharku telah diterima, dan pengantin pun telah bersanding’.”

*****

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Ali Imran [3]: 169-170)

“Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah [9]: 89)

28 Mac 2011

YANG PERTAMA SEBELUM MU...



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" Suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

27 Mac 2011

DARI IRI KE BIDADARI...



Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.

Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.

Terharu kan?

Terasa segan..

Bila mana sedar, bahawa sebenarnya kita telah digimmick kan. Ya Allah, malunya. Lebih malu dari semalu. Kan baik jika tadi aku berkelakuan elok-elok sahaja?

Ada yang bila handphonenya sengaja di 'curi', di sorokkan. Marah menahan merah. Menyala-nyala.

Ada yang bila diprovoke dan dimarah. Dimalukan. Rasa macam mahu menangis.

Yang tiba-tiba masalah menerpa. Yang tiba-tiba ada orang "special" nak jumpa.

Tanpa perasan, banyak rupanya bibir yang tersenyum nakal. Ketawa melihat reaksi si kawan. Tunggulah.. Tak apa, untuk menggembirakan dia jugak kan? Seperi yang nabi sabdakan:

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai.."

Rupa-rupanya baru sedar,

"Ha? Gimmick je semua tu?"

Penat aku marah, penat aku menangis, penat aku risau.

Dan yang lain ketawa.

Dan mereka mula bercerita tentang apa yang kita buat tadi. Siap ada rakaman lagi. Ketawa-ketawa pula. Ya Allah, segannya. Mana baldi? Nak menyorok muka.

Syahdu betul.

Alhamdulillah.

Terasa lega. Dada tenang, setenang awan yang berhamparan. Bergulungan lembut, biru. Lapang amat.

Bila diraikan hari lahir. Hilang segala masalah. Tersenyum bila mana tahu, yang tadi semua hanya lakonan. Dibuat, direka-reka.

Dan akhirnya adalah bahagia.

Seandainya kita sedia tahu.

Saya memang suka menggimikkan orang. Suka melihat wajahnya resah. Dan jalan cerita yang saya reka. Terasa ingin ketawa.

Saya pernah cuba membuat 'situasi' kepada seorang sahabat. Sengaja merancang untuk memulaukan dia. Tapi ntah macam mana. Dia sudah menghidu. Apa yang saya buat, dia tenang saja.

Saya pula geram jadinya.

Ada pula yang sudah terbocor pada mulanya, hanya ketawa.

Kuang asam betul!

Kan begitu? Seandainya kita sudah tahu yang kita sedang digimikkan. Ada kamera sedang merakam, ada perancangan sedang berjalan. Kita mesti sudah sedia ketawa. Berlagak cool, dan hanya tersenyum. Walau apapun yang berlaku.

Kejap je, kejap lagi kan ada kek?

Dan inilah sebenarnya dunia..

(وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُون)

"...Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " (Al-'Ankabut : 64)

Jangan bersedih, seandainya kamu tahu segala ujian yang kamu hadapi ini hanya sementara. Hanya lakonan, hanya sekejap.

Kerana ada bahagia yang menunggu selepas ini.

Rasakan. Bahawa tangis jiwa yang kamu lalui, derita hiba yang kamu miliki. Hanya satu perjalanan untuk ke tempat yang abadi.

Untuk kamu meraikan di syurga nanti.

Bersabar ya?

Ramai yang terasa cemburu bila melihat pasangan berjalan ke sana sini. Semacam belangkas yang baru bebas. Terasa mahu juga, sekurang-kurangnya ada peneman hati. Peneman lah sangat.

Tak kurang yang kecewa bila apa yang dicita jauh menyauh. Terbang melayang terus menghilang.

Ada yang diduga sampai menyiat hati. Hingga bila melihat dunia, akal terasa gayat.

Bersabarlah, walau apa rasa yang kamu ada. Tukarkan rasa itu. Biarkan ia tenang berjalan. Meniti tangga-tangga sabar dan redha.

Kerana sabar itu cantik. Dan dengan sabar itu, Allah pasti tersenyum padamu.

Ya, dari iri, terus menuju bidadari.


****

Dan sekarang, berjalanlah kamu dengan yakin dan gembira. Kesat air matamu. Kan segala yang sedang kamu lalui ini hanyalah gimik semata-mata?

Ada bahagia sedang menanti,

Tersenyumlah! :)

WAHAI LELAKI...


Wahai lelaki,

Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,

Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,

Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,

Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,

Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,

Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia
Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa

Wahai lelaki,

Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda
Pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya

25 Mac 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, 
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang...
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, 
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, 
hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, 
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...