30 Januari 2015

WAJAH MENYAPA...

Mungkin kau pernah rasa begini,
sunyinya.

Yang kau nampak adalah kisah lalu,
menari-menari di depan mata kau,
dan kau rasa dada kau penuh sendu syahdu.

Bermacam yang mungkin kau juga hilang kata
untuk luah bagaimana.

Tambah pula,
saat itu kau hanya sendiri.
Pasti,
banyak benda yang kau akan terus bayangkan.
Ini bukan kisah hantu bunian bagai.

Tapi bila satu masa,
hati kau seolah-olah diketuk
untuk terus memandang pada sesuatu-
untuk terus membelek lembaran-lembaran silam
dan kau
akan senyum
dan mata kau
akan bergenang air mata.
Dada kau seolah dipalu,
dan kau akan mengatakannya.

Itu rindu.

FAHAM...

Membentuk kesefahaman antara dua insan sudah cukup susah.
Apatah lagi dalam kelompok yang ramai.

Bertolak ansurlah.
Takkan ada nilai rugi pun.

09 Januari 2015

BUAT DIA DAN KAMU : HIJRAH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat dia,
yang Allah pinjamkan kekuatan,


Buat dia,
yang Allah tunjukkan jalan pulang,


Buat dia,
yang Allah beri peluang,


Buat dia,
yang Allah masih sayang,


Buat dia,
ya
Buat kamu.


Moga hari-harimu terus terlakar pelangi,
terpancar mentari, tersinar rembulan.


‪#‎hijrah‬ itu buat kamu lebih osem di depan DIA.

kuatlah kerana DIA
mati tak pernah menanti tua
beruntunglah bila Tuhan memilih dia dan kamu.




 “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka.”
(Surah al-Ra'ad, ayat: 11)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...