23 Jun 2011

HAI MEREKA YANG BERTUDUNG LABUH...!


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! Jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.

20 Jun 2011

CENDEKIAWAN YANG DIKALAHKAN...

 
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan Kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan Kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... Apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah... Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... Dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

13 Jun 2011

WAHAI PUTERIKU...


Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Kitab al-Bayan wa’l-Tabyin oleh al-Jahiz

11 Jun 2011

♥ƸӜƷ♥BARAKALLAH...

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah. Dua minggu lebih menyepikan diri tanpa sebarang tinta perkongsian di ruang maya ini. Terbatas dek ruang waktu yang agak terhimpit untuk meneruskan perkongsian. Syukur ke hadrat-Nya diberikan lagi peluang untuk meneruskan bait kata2 di sini. Di teratak memoir ini.

Cuti masih lagi bersisa seminggu, dan sangat mengharapkan masa tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin. Insya-Allah. Seusai sahaja peperiksaan akhir semester tiga dua minggu yang lepas, saya dan teman2 Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)  mengikuti kem SUKBEL-Sukeralawan Belia yang diadakan di Kem Kandis Bachok, Kelantan. Hampir sembilan hari di sana selaku Fasilitator. Allahuakbar, malunya hamba kerana kerap jua merungut juga merengus di atas ketidakselesaan. Malu lagi saya kira, bila diri tiba2 terasa termotivasi oleh kata2 seseorang yang bertahun mudanya dari diri ini.

"It's hard, that's why it's called camping."

Rasa diri kaku tiba2. Lama saya melihatnya. Ceria dan positif. Jadi mengapa tidak saya yang sepatutnya bertindak untuk lebih menceriakan suasana, bersikap seperti pelajar tersebut. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya dari terus menerus mengeluh. (>.<") Malu...

..............................................................................................................................................

Sehari selepas pulang ke rumah, walimah kakak yang terakhir diadakan pada 4 Jun lalu. SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan memperoleh zuriat yang soleh dan solehah. Amin...
Barakallah...

Perutusan Raja Sehari: Suhaida & Kamarudin

Tidak lupa juga buat sepupu a.k.a teman rapat Yusnita (Kak Chik), selamat juga ke atasmu. Sayang kamu sangat2. Moga bahagia hingga akhirnya teman. Sedih terlepas hari perkahwinan kamu... ^_^"

Musim cuti kali ini benar2 terisi, penuh dengan majlis kenduri sanak saudara. Alhamdulillah, bertemu jodoh mereka. Buat semua yang sudah, sedang dan bakal berkahwin sekitar cuti ini, tahniah saya ucapkan =). Hendaknya medan perkahwinan ini mampu memberikan peluang kepada mereka untuk membentuk transformasi diri yang lebih mantap seiring dengan keimanan dan ketaqwaan pada Yang Hakiki. Amin ya Rabb...

ash_mza=)
Zauji dalam khayalan...
Next, my turn!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...