31 Oktober 2010

GAMIT KENANGAN...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan=p. Alhamdulillah, hendaknya dalam keadaan baik2 selalu. Amin...

Cuaca petang hari ini mendung, sejuk dan redup. Mengingatkan saya zaman2 persekolahan di mana  diri ini masih memegang status pelajar sekolah rendah. Berada pada tahun akhir pada darjah enam, terasa amat singkat. Setiap masa diri disibukkan dengan kelas dan tuisyen dari pagi hingga ke malam. Padat. Memang padat. Tahu2 sahaja, diri sudah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untungya saya waktu itu tidak bersendirian, ditemani anak saudara yang juga berusia sebaya. Kadang2 terbit rasa cemburu, hanya kerana kami sebaya. Jarak umur kami hanya empat bulan, awal sikit dari saya. (haha, emak saudara pun jeles, isk2. Maaf, yunk^^). Farhana, saya kira dia merupakan individu yang paling rapat dengan diri ini. Walaupun terkadang kami sering juga bertikam lidah. Mungkin sudah lumrah bersaudara, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua.

Setahun anak saudara yang mesra dengan panggilan Farah bertapa di rumah saya. Memandangkan jarak rumahnya ke sekolah agak jauh. Mengulangkaji pelajaran bersama. Berbincang bersama (Erkss? Ye ke?). Paling penting... Bermain bersama. Yeah, ini saat paling abadi dalam kotak memori. Walaupun sudah hampir lapan tahun kisah2 tersebut berlalu.


Hari itu, kami bergelak sakan. Mungkin hari buang tebiat kami agaknya sebelum menduduki peperiksaan penting. Penuh imaginasi. Khayal hingga ke angkasa. Mahu jadi angkasawati lagaknya. Berbungkus dalam selimut. Litup. 

Kataku, "Tutup2, nanti angin masuk, kita terapung~" (Haha, memang rasa nak gelak sekarang ingat2 balik semua ni).

Dialog tu masih terngiang2 rasanya. Masih ingat tawa kami bersama. Dek kerana gelak kami yang tak 'hengat' dunia itu la, kami kena di sound  Emak. 

"Hah, itu yang gelak2 sangat tu, dah kompem dapat 5A ke UPSR?!" 

Ahhh, pedasnya kata2, berdesing menusup telinga kami. Diam sejenak. Tapi masing2 masih lagi ketawa mengekek2 dalam selimut. Cover~ Hal tu dah lama berlalu, dah jadi sejarah, dan kami pun dah cipta kenangan indah dengan rekod gempak masing2. Alhamdulillah. Terbaik=) Congratz honey... Congratz 4 us...

Dan hari terakhirnya, kami bermain lagi. tapi kali ni, bukan lagi dalam angan angkasa. Tapi sebagai 'tukang masak profesional' di belakang rumah (Hik2, kantoi dengan jiran, adeii...). Zaman budak2...

Terkenang, mengenang, dikenang...
Bezanya sekarang, kita berada bukan lagi dalam institut yang sama, dan mata pelajaran yang kita telaah bukan lagi yang serupa. Hari ini, bila mengadap buku ni, mengulangkaji. Suasana tu tiba2 muncul. Kembali Subur.  Indahnya menjadi kanak2. Biar Su coretkan di sini, agar kenangan kita bersama tidak terus terkubur.

Buat semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun, akhir sem dan seangkatan dengannya. Moga dipermudahkan urusan kalian. AMIN. Best of luck=)

P/s: Teguran emak buatkan kami berusaha untuk buktikan! Terima kasih mak^^...

 
Ipgmktaa2010
 CempakaC202

30 Oktober 2010

MAKSUD DI SEBALIK HADIAH ITU...

Hadiah yg anda berikan kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunya makna yang tersirat:
JAM TANGAN- Tanda memngingati masa dan setiap waktu.
 CINCIN- Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG- Tanda mesra.
RANTAI LEHER- Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG- Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT- Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN- Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG- Tanda kasih dan sentiasa ingin dilindungi.
MINYAK WANGI- Tanda cinta.
BINGKAI GAMBAR- Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU- Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA- Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT- Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN- Mengabadikan cinta.
SEJADAH DAN AL QURAN- Tanda kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE- Tandanya kamu tidak boleh jauh darinya.
MASUK MEMINANG- Tandanya dia serius dan betul2 seriusss...!!!
P/s: Teringat si pemberi hadiah^^... 

29 Oktober 2010

HADIAH YANG DILUPAKAN...



1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. 

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. 

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi. 

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."  

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll. 

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. 

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. 

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.  

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

"AKU TAHU JAWAPANNYA...!"

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah S.W.T memberinya hidayah masuk Islam.
 
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu. "Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "Si pemuda tersenyum dan berkata. "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"


-Satu yang tiada duanya ialah Allah S.W.T.

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah S.W.T. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah S.W.T. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah S.W.T. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah S.W.T. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: Tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah S.W.T. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah S.W.T. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :18 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:98)
 
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah S.W.T. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

 -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah S.W.T. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

28 Oktober 2010

KAMU SUKA...?

Anda melawat ke satu taman buah-buahan yang terdapat pelbagai buah2an. Antara berikut, yang manakah anda paling suka?
A) Anggur
B) Betik
C) Oren
D) Nanas
E) Epal


Jawapan:

Pilihan A: Anda seorang yang peramah, suka berkawan malah mempunyai teman2 yang ramai. Anda juga gemar menyertai ‘parti’ atau program keramaian.

Pilihan B: Anda suka meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan anda sahaja. Anda tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada sesiapapun.

Pilihan C: Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda sebenarnya. Mungkin ia memakan masa yang agak lama untuk memahami/mengenali anda.

Pilihan D: Anda seorang yang suka pengalaman baru tetapi anda tidak suka sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi anda.

Pilihan E: Anda seorzng yang berdirikari dan tidak suka bergantung harap pada individu lain untuk terus hidup. Anda juga tidak mudah mengalah. 

P/s: Ada yang tepat?=)

18 Oktober 2010

HARUMAN SEMERBAK...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hamba diberi keizinan-Nya untuk merakamkan rasa dan berkongsi cerita di sini. Moga hari ini memberi bahagia dan menghindar derita dari hidup sahabat2 semua. Hendaknya dalam payung rahmat yang Esa senantiasa. AMIN ya AMIN=)

Menghitung hari, menilai diri. Pejam celik, pejam celik... Tarikh yang ditunggu kian menghampiri. Menggenapkan putarannya. Melengkapkan kesempurnaan diri. Mempercukupkan yang masih kekurangan.


20 tahun dulu...
Saat ini, seorang ibu tua, sedang siksa menanggung sarat sakitnya tendangan si anak. Dia tahu, pasti sakitnya penghilang dosa, sebagai kifarah dosa2 lalunya. Peritnya menanti saat kelahiran Si bongsu yang lahirnya tidak genap perkiraan bulannya. Si bongsu teruja barangkali melihat dunia. Melihat pada wajah ayah bonda yang memberinya peluang untuk mengisi kekosongan di sudut bumi ciptaan Ilahi. Melihat pada indahnya panorama dan ragam sekeliling yang pasti dia sendiri belum mengerti.

Detik ke dunia, 2.10 minit pagi...
Pembedahan pada si ibu dilakukan. Khabarnya Si ibu tidak punya upaya untuk meneruskan. Penat berperang dengan keadaan. Lesu tiada bermaya. Si bongsu tidak punya pilihan, hanya menanti saat kelahiran. Faham berangkali. Harapannya tipis!

Usia kelahiran enam bulan lebih...
Lagi tiga bulan sepatutnya berada dalam kantung 'kasih sayang' si ibu. Tapi Tuhan Maha Kuasa, kehendak-Nya membuat Si bongsu terus berjuang untuk terus kuat di bumi-Nya. Teman incubator sering bersama. Berselirat wayar, disertakan dengan bekalan oksigen. Air mata Si ibu itu pasti sentiasa bergenang.

Dan itu kisah 20 tahun dulu...
Saat anak kecil itu masih lagi bergelar anak kecil. Berbezanya sekarang, anak kecil itu bukan lagi sedemikian. Alhamdulillah, Allah S.W.T memberinya kekuatan dan keizinan untuk terus menghirup udara tanpa menggunakan sebarang bantuan pernafasan. Memberinya jasad yang setakat ini mampu untuk terus melangkah dan memberi sokongan pada yang lebih tidak upaya. Mengurniakannya kesihatan yang berterusan tanpa perlu lagi bergantung pada ubat2an...

Alhamdulillah...
Aturan-Nya seusai usia ini, mohonku yang terbaik. Yang lebih diredhai dan diberkati. Biar hamba mampu untuk mencari bekalan di 'sana'. Biar ada jasa dan bakti yang mampu ditabur. Siapa tahu, usia ini mungkin penutup segalanya. Penamat kisah semuanya.

Buat keluarga tersayang, teman yang sentiasa di sisi, serta mereka yang sentiasa wujud, terima kasih. Semoga Allah membalas atas setiap apa yang telah kalian hulurkan pada diri ini.

Kamu, kamu dan kamu yang mengucapkan salam kelahiran buat saya pada malam ini, terima kasih sangat2. Sentiasa mengingati saya tiap ketika. Moga ikatan antara kita takkan pernah putus. Ikhlas terjalin dalam redha Ilahi. AMIN...

"Hadiah ni wangi. Semerbak... Mekasih..."
Smile

Wangi^^... lalala... tapi...

Waa... lap balik... lap balik=p...

Mekasih semua...
Kalian sentiasa dihati. Abadi.
Ukhuwahfillah, abadan-abada^^...

Sanah Helwah...
 
Ipgmktaa2010
CempakaC202

15 Oktober 2010

BILA AGAKNYA...

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terima kasih Sayang... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much...

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... Selamanya...

Sumber

13 Oktober 2010

BUNYI...

Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid... Pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula.

Amy : Meowwww...


Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!!

11 Oktober 2010

JADILAH WANITA SOLEHAH...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

 

05 Oktober 2010

PERTUNJUKAN AKHIR...

Seorang pemain sirkus memasuki hutan untuk mencari anak ular yang akan dilatih bermain sirkus. Beberapa hari kemudian, ia menemukan beberapa anak ular dan mulai melatihnya. Mula-mula anak ular itu dibelitkan pada kakinya.

Setelah ular itu menjadi besar dilatih untuk melakukan permainan yang lebih berbahaya, di antaranya membelit tubuh pelatihnya. Sesudah berhasil melatih ular itu dengan baik, pemain sirkus itu mulai mengadakan pertunjukkan untuk umum. Hari demi hari jumlah penontonnya semakin banyak. Wang yang diterimanya semakin besar.  

Suatu hari, permainan segera dimulai. Atraksi demi atraksi silih berganti. Semua penonton tidak putus-putusnya bertepuk tangan menyambut setiap pertunjukkan. Akhirnya, tibalah acara yang mendebarkan, iaitu permainan ular. Pemain sirkus memerintahkan ular itu untuk membelit tubuhnya. Seperti biasa, ular itu melakukan apa yang diperintahkan. Ia mulai melilitkan tubuhnya sedikit demi sedikit pada tubuh tuannya. Makin lama makin keras lilitannya. Pemain sirkus kesakitan. Oleh kerana itu, ia lalu memerintahkan agar ular itu melepaskan lilitannya, tetapi ia tidak taat. Sebaliknya ia semakin liar dan lilitannya semakin kuat. Para penonton menjadi panik, ketika jeritan yang sangat memilukan terdengar dari pemain sirkus itu, dan akhirnya ia terkulai mati.


Renungan : “Kadang-kadang dosa terlihat tidak membahayakan. Kita merasa tidak terganggu dan dapat mengendalikannya. Bahkan kita merasa bahwa kita sudah terlatih untuk mengatasinya. Tetapi pada kenyataanya, apabila dosa itu telah mulai melilit hidup kita, sukar dapat melepaskan diri lagi daripadanya.”

P/s: Api masa kecil menjadi kawan, pabila besar menjadi lawan^^...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...