12 Disember 2012

MEREKA BUKAN ARTIS...!

1. ABU BAKAR al-Siddiq.

Sahabat Rasulullah yang paling rapat merangkap bapa mertua Baginda s.a.w

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam Islam". (Riwayat Muslim)

2. UMAR al-Khattab
Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah s.a.w, juga merangkap mertua Baginda.
Ali pernah berkata ketika kematian Umar: "Kamu tidak meninggalkan seorang yang sangat aku cintai melebihi daripadamu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun, tidak ada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah, aku yakin sesungguhnya Allah akan menempatkanmu bersama-sama dengan dua orang sahabat kamu. Aku selalu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 'Aku datang bersama-sama Abu Bakar dan Umar, aku masuk dan keluar bersama-sama mereka. Aku berharap semoga Allah menjadikan kamu bersama kedua-duanya.'". (Riwayat Muslim)
3. UTHMAN bin 'Affan
Sayangnya Baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua orang puterinya dengan beliau. Beliau adalah satu-satunya sahabat yang Rasulullah s.a.w malu kepadanya.
Sabda Rasulullah, maksudnya: "Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak seorang Nabi sejak zaman Nabi Adam a.s selain Uthman. Beliau digelar zu al-nur'ain (yang memiliki dua cahaya hati)." (Riwayat al-Baihaqi)   
 4. ALI bin Abu Talib
Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah s.a.w. Biarpun masih muda, pemikirannya dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tidak teragak-agak mengorbankan diri demi Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada Nabi selepasku." (Riwayat Muslim)
 5. TALHAH bin Ubaidillah
Seorang saudagar berjaya. Namun, dia keluar dari "comfort zone" dengan memeluk Islam. Natijahnya, badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah.
Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap kali Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: 'Hari itu keseluruhannya milik Talhah!'" (Riwayat Ahmad)
6. ZUBAIR bin al-'Awwam
Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah Baginda. Selain itu, beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah r.a ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar iaitu kakak Aisyah.        
7. ABU UBAIDAH bin al-Jarrah
Dalam medan Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firman-Nya sebagai pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara, atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Al-Mujadalah 58:22)
8. SA'AD bin Abi Waqqas  
Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati: "Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."
Allah berfirman maksunya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang aku tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15)
Beliaulah orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan Islam.
9. SA'ID bin Zaid
Adik Ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk Islam lagi, beliau telah dicemuh dan diseksa oleh masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah. Lalu, hadirnya Islam untuk memenangkannya.
10. ABDUL RAHMAN bin 'Auf
Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.  
#10 sahabat jaminan syurga   

23 November 2012

♥BAITUL MUSLIM♥

Assalamualaikum.

Dah bersawang lagi berdebu blog ini^_^. Terus dan terus berdiam diri. Hiks. Entah apa. Hilang terus sebarang kata untuk berkongsi. Maaf. Jika pengisian di sini amat2 mengecewakan teman2.

Alhamdulillah.
Tidak mahu menulis panjang. Cuma mahu menjemput sahabat2 yang mengenali diri ini, secara langsung atau tidak langsung ke kenduri kesyukuran undangan perkahwinan saya dan pasangan.

Kenduri Kesyukuran Undangan Perkahwinan

Tarikh : 1/12/2011(majlis) - 17 Muharam 1434H 
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 tengah hari - 6.00 petang
Alamat : Kg. Temalian, Pamah Kulat, Mukim Hulu Dong 27600 Raub Pahang.

Semoga dengan kehadiran sahabat2 sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan serta doa-doa kalian akan menambah keberkatan Allah s.w.t. Amin.

Doakan kami. Moga segala urusan diberi kemudahan dari-NYA.

13 November 2012

AYAM MANA...


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..."

22 Oktober 2012

"...NAK BELI APA?!"


Anak : Ayah.. ayah.. boleh Amin tanya satu soalan? 
Ayah : Hmmm.. nak tanya apa?
Anak : Ayah.. berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu.. ayah.. Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah : RM20 sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi. 
Anak : Oh.. 20 ringgit.. 

Amin menundukkan mukanya.  

Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah? 

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih..!!" 

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

Ayah : Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni..

Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. 

Anak : Terima kasih banyaklah ayah! 

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. 

Ayah : Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

Amin : Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..
Ayah : Tak cukup duit nak beli apa?? Jerkah ayahnya lagi. 
Amin : Ayah.. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." 

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.

01 Oktober 2012

SATU BULAN...


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua, “Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.
Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda..^^..

14 Ogos 2012

UBAT KEAJAIBAN...

Dari sebalik pintu kamar, Sofia mendengar perbualan ayah dan ibunya. Kata ayah, kalau nak buat rawatan, adik perlu wang yang banyak. Ayah tak ada wang sebanyak itu. Habis apa yang boleh dilakukan untuk adik? Kata doktor, adik perlu dibedah segera. Sakit adik sudah teruk, tak boleh dibiarkan lagi.


Sofia mendengar ayahnya berkata: "Hanya keajaiban yang boleh selamatkan Hazwan!"

Keajaiban? Sofia mengulangi perkataan itu. Apa itu keajaiban? Benarkah keajaiban boleh selamatkan adik? Kalau boleh, Sofia nak bantu ayah dapatkan keajaiban. Sebab Sofia mahu adik sihat. Tidak lagi sakit seperti sekarang.

Sofia berlari kebiliknya. Lalu diambilnya tabung kecil di dalam almari pakaiannya. 

Pranggg!!! Berderai tabung tanah liat itu setelah dihempaskan ke atas lantai. Sepuluh sen... Dua puluh sen... Tiga puluh sen.... Perlahan-lahan Sofia mengira satu persatu duit syiling yang bertaburan dari tabung pecah itu. Ada RM11.50! Itulah duit simpanan yang Sofia ada. 

Sofia masukkan wang itu ke dalam plastik. Sofia segera pergi ke sebuah kedai di deretan kawasan rumahnya. Di kedai itu ada dijual pelbagai jenis ubat. 

Gadis kecil itu masuk ke dalam kedai. Namun kehadirannya tidak diperlukan. Si penjual ubat leka melayan seorang pelanggan.

Tinggg!!! Dentingan wang syiling di atas kaunter mematikan perbualan. Taktik Sofia untuk mencuri perhatian Si penjual ubat berjaya. 

"Adik saya sakit. Saya nak beli ubat. Ini semua wang yang saya ada," kata Sofia sambil mengeluarkan segala syiling di dalam plastik yang dipegangnya. 

"Ubat apa yang kamu mahu?" Tanya Si penjual acuh tidak acuh. Malas dia hendak melayan karenah anak kecil begitu.

"Saya nak beli ubat bernama keajaiban!" Penuh yakin Sofia menjawab. 

Dahi Si penjual berkerut kehairanan lalu bertanya: "Keajaiban? Ubat apa itu?

"Saya tak tahu pakcik. Tapi saya dengar ayah saya kata hanya keajaiban yang boleh menyelamatkan adik saya. Sebab itu saya datang nak beli ubat keajaiban!" Jawabnya polos. 

"Mana ada jual ubat keajaiban di sini! Sudahlah, pergi balik!" Usir Si penjual, malas mahu melayan karenah anak kecil itu. 

"Tidak pakcik. Saya tak mahu balik. Saya ada duit. Saya nak beli ubat keajaiban dengan duit ini. Tolong saya pakcik. Beritahu berapa harganya," rayu Sofia dengan pandangan hiba. 

Pelanggan lelaki yang berada di sebelah Si penjual tertarik hati mendengar rintihan Sofia. Lantas dia bertanya: "Anak kecil, keajaiban apa yang sedang kamu cari?"

Air mata Sofia mula menitis. Dalam sendunya, gadis kecil itu menjawab: "Saya tak tahu pakcik. Adik sakit. Ayah kata cuma keajaiban yang boleh sembuhkan adik. Sebab itu saya datang nak beli keajaiban!"

"Berapa wang yang kamu ada untuk membeli keajaiban itu?" Tanya lelaki itu lagi. 

"RM11.50! Hanya ini yang saya ada!" Pantas Sofia menjawab. Lelaki itu memegang tangan Sofia lalu berkata: "Mungkin kamu boleh beli keajaiban dengan wang sebanyak itu. Marilah, bawa pakcik ke rumah kamu. Pakcik mahu melihat adik kamu!"

Rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang doktor pakar bedah. Setelah melihat keluarga Sofia, lelaki itu menawarkan diri untuk melakukan pembedahan merawat Hazwan.

Dan apabila Si ayah bertanya berapa kos yang perlu dibayarnya, dalam senyuman doktor itu menjawab: "Hanya RM 11.50! Itulah harga sebuah keajaiban yang perlu dibayar Si gadis kecil ini."

14 Jun 2012

BUKTI CINTA SEBENARNYA...

Sabran menyuapi bubur panas yang baru dimasaknya. Suapan itu perlahan, lembut dan penuh kasih sayang. Ibunya mengenyam makanan perlahan-lahan. Emosinya berombak dan bergetar. Wajah tuanya suram. Ada duka dan lara yang membusung di balik sinar matanya.Sabran melontar pandangan ke luar. Hari sudah malam. Gelintin menutup seluruh mayapada.

Bukan sebulan, tetapi sudah setahun Sabran menemani ibunya untuk menyuapi, memandi, membasuh najis dan memakaikan baju untuknya. Setahun lalu, ibubapanya terlibat kemalangan, bapanya meninggal di tempat kejadian. Ibunya patah kaki dan tulang belakangnya cedera. Bahagian bawah badannya tidak berfungsi, sementelah usianya yang lanjut menjadikan tubuhnya lemah. Abang dan kakaknya sudah serik untuk menjaga ibu.Dia tidak kisah jika abang dan kakak tidak membantu, sekelumit sesalpun tidak hingap di nubarinya.


Dahulu, sewaktu Sabran memeluk Islam, ibu bapa dab adik-beradik membuangnya, menghalaunya keluar dari rumah. Terasa kehilangan seluruh isi dunia. Hidupnya bermandi air mata. Siang malam dia berdoa agar Allah melembutkan hati keluarganya. Sebaik kemalangan itu berlaku, ibunya terpaksa menerima Sabran kembali kerana hanya dia sahaja yang sanggup menjaga ibunya. Namun, hidayah Allah belum sampai ke dalam hati ibunya. Dia perlu bersabar dan terus berusaha. Andai Nabi sendiri tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudaranya, Abu Thalib, apatah lagi dirinya insan biasa.

"Ibu, Allah meletakkan ibu bapa di martabat yang tinggi. Saya wajib taat dan mencintai ibu bapa. Kecintaan kepada ibu bapa adalah bukti kecintaan kepada Allah. Islam itu agama yang indah sekali," tuturnya lembut. Sabran sengaja membuka topik, mahu mengajak ibunya berbual. Tetapi lidah ibunya tetap kelu. Tidak membalas walau sepatah kata. 

Sabran meneruskan suapan satu persatu. Dia teringat kalam Ustaz Syamsuri, "Jika dia tidak mahu berbicara denganmu, diam sajalah. Namun biarkan anggotamu berbicara dengannya."
          "Bagaimana anggota saya mampu berbicara, ustaz?"
"Akhlak yang mulia adalah komunikasi yang paling berkesan. Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang, bekerjalah dengan cermat, jagalah pekertimu! Kerana Nabi sendiri mengaku bahawa dia diutuskan untuk mengajar manusia akhlak yang mulia. Berkat kamu berkhidmat kepada ibumu, mudah-mudahan hidayah agama akan sampai padanya."
          "Adakah cukup dengan itu sahaja?"
"Selain itu, engkau perlu istiqamah berdoa. Kerana hidayah milik Allah," ucap Ustaz Syamsuri. Pesanan itu dipegang sepenuh hati.

Seusai makan, dia membawa ibu ke bilik menaiki kerusi roda. "Ibu, saya ingin solat isyak sebentar. Ibu berehat ya," ucap Sabran lembut sambil memerhati wajah ibu yang sangat dikasihi. Rasa sedih mengusik kalbu dan Sabran menjadi sebak tiba-tiba. Segera dia berlalu ke tandas untuk berwuduk. Dia menghampar sejadah di sebelah katil ibu dan mengangkat takbir. Ibunya memerhati dalam diam.Kemudian, selepas solat Sabran berzikir.

Fikirannya menerawang jauh dan teringat akan satu riwayat: 'Sejurus kewafatan Nabi Muhammad, Abu Bakar cuba meneruskan tugas Nabi menyuapi makanan seorang Yahudi buta di pintu masuk pasar Madinah. Namun, setelah suapan pertama diberikan, Yahudi buta itu meludahkan semula makanan seraya berkata, "Kamu bukan lelaki yang selalu datang kepadaku. Suapanmu kasar dan makanan yang kamu beri sukar ditelan. Lelaki yang sering menyuapiku tangannya lembut, suapannya perlahan dan makanannya mudah dikunyah." Terkejut Abu Bakar mendengar kalam itu. Diapun menangis lalu menyatakan bahawa, "Orang yang selalu menyuapi kamu itu adalah Muhammad yang engkau hina dan cerca setiap hari." Yahudi itu tersentak. Akhirnya dia memeluk Islam atas keperibadian murni Rasulullah. Dia tetap memperolehi hidayah biarpun selepas kewafatan Nabi.'

"Sabran..." panggil ibunya perlahan. Sabran tertegun setagal, inilah kali pertama ibunya menyebut nama itu.
          "Iya ibu?"
"Sabran, ibu rasa, ibu mahu masuk Islam. Bolehkah kamu ajarkan ibu tentang Islam?" Mercup perkataan itu keluar dari bibir ibunya. Sabran tergegau metah. Hatinya sungguh takjub. Setelah bertahun-tahun dia berdoa, malam ini doanya dimakbulkan Allah.
          "Boleh ibu, insyaAllah saya akan ajarkan," Sabran menangis bahagia.

sumber:genQ

28 Mei 2012

SESUATU YANG TIDAK TERTANGGUH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sedut. Hembus. Sedut. Hembus. Apa dia? Nafas.

Sepertinya sudah bersawang lagi berdebu juga kelihatan lapuk. Heh~
Sibuk. Alasan yang tiada sudah. (*.*) Sehinggalah tamat semester 5 baru-baru ini dan sekarang bercuti selama 3 minggu. Syukur. Anda-anda bagaimana?

Mengharap kertas-kertas peperiksaan yang sudah ditanda dengan keadaan yang molek-molek dan tidak terEMO oleh para pensyarah.Mudah-mudahan. Hendaknya, sebarang keputusan yang keluar nanti memuaskan hati semua.

Awal malam semalam sengaja meletakkan kata-kata yang dipetik dari buku Batu-Bata Kehidupan karya saudara Hilal Asyraf pada laman muka buku. Berkongsi dengan niat untuk memperingati diri. Kisah mati yang pasti ada yang resah dalam mengkoreksi diri. Betul bukan? Mengutip nilai pahala, cuba sedaya memadamkan dosa. Dalam bertambahnya usia, iman pula ada pasang surutnya.


Sedang leka menonton televisyen, bunyi *beep pesanan ringkas sekitar jam sebelas dari teman seunit cukup membuatkan diri ini menggigil, sejuk, dingin.

"Salam, doakan dan berikan kata-kata semangat buat teman kita Qatrun Nadira yang kematian ayahnya dan abang iparnya dalam kemalangan awal 12 tengah hari tadi.Al Fatihah."

Allahu, terasa perit seketika. Meletakkan diri di tempatnya. Ternyata diri belum tentu kuat untuk teguh berdiri. Diri ini hanya mampu menyampaikan segulung dua buat insan-insan tersayang teman ini. Moga Allah mencucuri rahmat terhadap allahyarham dan diampunkan segala dosa-dosanya. 

Ada orang bermain dengan gembira, sihat walafiat di tengah padang bola, meninggal tiba2. Ada seorang syeikh, sedang memberi ceramah dalam keadaan sihat, malah sedang menuturkan kalam, tiba2 terdiam dan jatuh meninggal dunia. Ada orang yang sedang memandu, berhenti di lampu isyarat, tiba2 didapati tidak bergerak2 walaupun lampu sudah hijau, apabila diperiksa rupa2nya telah meninggal dunia.

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala apa yang kami kerjakan.
(Al-Munafiquun 63:11)

#Batu bata kehidupan-Hari itu tidak jauh.
 

Bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi buat diri terutamanya. Namun andai sekiranya ada yang sudi mengambil sedikit ilmu yang ada, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" :)

~Al-Fatihah~
Cik Ash
9:52pm
7 Rejab 1433
28 Mei 2012

18 Mei 2012

AKU SEDANG BELAJAR...


Wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz,
Imamku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersamaku dalam perjalanan nanti…
Apakah yg sedang kau lakukan disana?

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…

Aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya kerana_Nya…

Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…

Aku pun begitu wahai calon imamku…

Aku sedang belajar, belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…

Aku pun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain... bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja!

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan... tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…

Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu..
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…

Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…

Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…

Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…
Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…
Aamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...