21 November 2010

BERUDU DALAM LOPAK DI BALIK RUMPUT...

Bismillahirrahmanirahhim...
Alhamdulillah, sambutan aidiladha beberapa hari lepas berjalan baik. Harap kalian juga begitu hendaknya. Moga penghijrahan kita ke arah membentuk pengorbanan yang lebih ikhlas akan mendapat keredhaan-Nya. AMIN=)

Tatkala ini, hati saya benar2 teruja. Mengingat kembali 'hobi dan minat' yang satu masa dulu telah pun dilupakan. Memoir yang kerap kali dikaitkan dengan masa hujan. Zaman kanak2 yang penuh keriangan. Tiap kali lebatnya hujan turun, acap kali itu jugalah saya bersama2 memeriahkan suasana kehebatan hujan tersebut. Tambahan pula, saya tinggal di kawasan kejiranan, tidak sukar untuk saya memiliki teman sepermainan.

Bermain hujan memang aktiviti bersama kami selalunya, terutama lewat hujung tahun apabila tibanya musim tengkujuh. Kebiasaannya, kawasan perumahan saya akan mengalami banjir paras buku lali, paling tinggi pun lutut, kerana takungan air yang tidak dapat mengalir lancar.

Puas berpusing di kawasan rumah sendiri, kadangkala kami menapak sehingga ke padang permainan. Cuba menggali tanah2 dan pasir dengan harapan ada air mata air yang keluar. Kami suka sangat! Air tersebut putih, jernih, membuak2 keluar dari tanah, kadang2 kami kautnya dengan tapak tangan, suakan ke mulut. Segar. Bertambah rancak kami menggalinya, dalam juga, dan kemudian melihat, biarkannya terus mengalir.

Selagi hujan tidak berhenti menitis, selagi itulah kami teruskan langkah kaki kami. Kali ini, padang bola jaring pula destinasi kami. Air lopak dalam rumput memenuhi kawasan. Itu tujuan kami. Menjejakkan kami dalam kawasan berair tersebut. Hehe... Mengigil usah cakap, memang sejuk. 

Bila adanya air yang berlopak dalam rumput, kami semua gemar mencari anak berudu. Tadpoles. Ya, anak berudu. Tak percaya ea? Hehe... Kami kumpulkan beberapa ekor anak berudu tersebut menggunakan dua belah tapak tangan masing2 sambil menakung air. Kadang2, kami kumpulkannya dalam bekas botol kaca  kemudian bawanya bersama pulang ke rumah.

Bila dah di bawa balik, bermulalah acara kejam kami. Saya sendiri tidak dapat mengingat siapa di antara kami bertindak 'kejam' begitu. Kami ketuk2 dengan anak batu, kami picit2 kepala berudu yang besar tu. Puas hati kami. Kami geram dengan anak2 berudu yang comel itu. (Huu.. Memang nakal sungguh, tak faham betul...)


Hari ini, saya terperasan sesuatu, hal yang sudah saya lupakan itu. Lopak air yang terbentuk depan rumah akibat kerap hujan kebelakangan ini mengundang banyak makhluk2 comel, bagi saya. Anak berudu itu galak sekali berenang2 di balik rumput dengan kumpulan 'adik-beradiknya' yang lain. Saya tersenyum! Tiba2 jadi kanak2 kembali, walaupun sendiri. Namun, tidak sampai tahap 'membunuh'. Sekadar memandang dan cuba menyentuhnya kembali bagai waktu dulu.

Hampir 15 tahun peristiwa tu berlalu. Teman2 yang dulunya pernah bermain bersama kini tidak lagi bersua muka, tidak lagi berkongsi bicara. Masing2 membawa hala tuju sendiri. Mungkin masing2 sudah pun ada yang bekerjaya, ada yang menyambung pengajian entah ke mana. Sepi. Arus moden hari ini, benar2 merubah generasi masa depan. Pastinya nostalgia begini tidak akan terulang. Baikkah atau sebaliknya? Wallahua'lam...

P/s: Dah lama sangat tak tengok berudu. Teringat juga pada minat pelik mengumpul ulat bulu yang berbagai-bagai jenis satu masa dahulu. Isk^^...
Baiti Jannati









 

2 ulasan:

hasbul87 berkata...

salam..huhu, minat yg lain dari lain, huhu

ash_mza berkata...

wslm...
dah lama dilupakan=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...