23 Jun 2011

HAI MEREKA YANG BERTUDUNG LABUH...!


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! Jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.

10 ulasan:

ukhti syikin berkata...

Jazakillah khairan.. coretan nya benar2 bagus :).... menjawab pernghinaan2 terhadap yang menutup aurat dengan lengkap :)

ChyNaluri berkata...

assalamualaikum..

terasa semangat bagai disuntik satu 'imunisasi' yg baru..

betapa indahnya kalam-Mu Ya Allah..^_^

boleh sy kongsikan sajak ini ?

anadelisha berkata...

yang bestnya tudung labuh ni..sarung ja. nak solat ketika musafir juga mudah kan :)

ash_mza berkata...

To ukhti syikin
afwan... setuju dgn ukhti, benar2 bermakna, sekadar pkongsian buat kita semua...

To ChyNaluri
wa'alaikummussalam wth...
benar tu chy, ana pun begitu saat membaca bait2 sajak ini.
silakan, ana juga turut berkongsi.

To anadelisha
betul2^_^ senang... lagi cepat. hehe;)

masitah omar berkata...

jazakillah,ya ukhti..terasa amat dilindungi jika pakai tdng labuh..

ash_mza berkata...

To masitah omar
afwan dear ukhti..
maruah dan aurat serasa terpelihara dan terjamin bukan? =)

masitah omar berkata...

ye,batul tu..

ash_mza berkata...

to masitah omar
^_^ moga kita semua terus istiqamah dalam mencari keredhaan-Nya;)

sherah berkata...

hurm...mereka x tawu yg mereka yg ketinggalan zaman sbb x pkai mengikut suruhan Allah yg sebenar..krna mereka yg x mencari ilmu Allah yg sebenar...x kaji kenapa perlu pakai tudung...org yg mencaci tu yg kuno sebenarnya...dan org yg mengkiut suruhan Allah tu yg bijak !

mai la blog saya yg x seberapa..dan saya berharap enti dapat join contest yg sya buat..http://merentasiman.blogspot.com/2011/06/contest-menyingkap-pengorbanan-mak-dan.html

ash_mza berkata...

to sherah
huu.. yes dear....
Islam bermula dgn asing, justeru akan berakhir dengan asing. Jadi, sesiapa yang menjadi asing tu adalah yg beruntung walaupun orang pandang pelik kan? Jadi kita kenalah pandai tarik hati mereka untuk sama2 merubah diri mengikut suruhan agama.. ^.^

mekasih=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...