19 Jun 2010

SEBELUM DAN SELEPAS...

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihatmu sebelum engkau dilanda sakit, masa kayamu sebelum engkau jatuh papa, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidupmu sebelum datang saat kematian".


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan,
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih,
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah,
Dengan empat kali takbir dan satu salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah,
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke Pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal,
Bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan,
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya,
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak patok itik tak sudu,
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah',
Dengan penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan.
Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

18 Jun 2010

JIKA...

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... 
Cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...
 Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

YANG SEPATUTNYA...


CINTA : sebelum kahwin
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

CINTA : selepas kahwin
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : sebelum kahwin
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

KASIH : selepas kahwin
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : sebelum kahwin
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

SAYANG : selepas kahwin
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : sebelum kahwin
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

HATI : selepas kahwin
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...


C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah).
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang.
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat.
A = Akad dilafaz cinta berbunga.
S = Suami disanjung-tinggi.
I = Isteri disayangi.
H = Harumlah kasih sepanjang zaman.

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami.
A = Ada masalah, dibincangkan bersama.
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
A = Amalkan hidup bertoleransi.
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa.

H = Hati suami mesti dijaga.
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
T = Tanggung-jawab dipikul bersama.
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti.

17 Jun 2010

BICARA KAKAK DAN ADIK...

'Wahai kakakku'
'Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?'
'Asyik berteman tangis dan sendu sahaja'

'Wahai adikku'
'Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya'
'Tetapi disitulah adikku, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki'
'Menjadi izzah yang paling gah'
'Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki'
'Kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun'

'Duhai adikku'
'Lembut wanita itu bukan kerana lemah'
'Tetapi senjata'

'Namun, wahai kakakku'
'Wanita itu fitnah dunia'
 

'Pernahkah adikku dengar?'
'Pesanan Ilahi pada hamba-Nya?'
"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."

'Cuba adik nilai'
'Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?'
'Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal'
'Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya'
'Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitah pada dirinya'
'Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita'
'Agar memelihara auratnya, kerana disitulah kehormatannya'
'Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu'
"Sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh"

'Tapi kakakku'
'Kenapa wanita itu menjadi peragaan?'
'Tidakkah mereka merasa malu?'

'Wahai adikku sayang'
'Al-Haya'(sifat malu)'
'Ada dalam diri setiap insan'
'Wujudnya seiring nafas insani'
'Dan Al-Haya' itulah pakaian iman'
'Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri'
'NAMUN'
'Bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh'
'Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?'
'Kerana mereka sebenarnya paranoid'
'Merasakan diri belum cukup menarik'
'Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi'

'Namun adikku'
'Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu'

'Wahai adikku'
'1001 keindahan penciptaan wanita'
'Pandai-pandailah dikau menilai'
'Antara permata dan debu-debu kilauan pasir'

'Wahai adikku'
'Janganlah adik gusar'
'Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu'
'Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu, menyembah tanah'
'Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat...'
 
P/s: Semoga diri kita berada dalam lindungan_Nya. AMIN... Islam itu indah, maka indahkanlah ia dengan akhlak yang mulia^^...

WANITA ITU, MILIK SIAPA...?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'.


16 Jun 2010

MANGKUK CANTIK, MADU, SEHELAI RAMBUT...

 
"Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut. 
 
Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut" Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
 
Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 
 
Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut."

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut".

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firman-Nya dalam hadis Qudsi, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurga-Ku lebih sulit dari meniti sehalai rambut".

Wallahhualam...

SEBUAH KETENTUAN...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
  • Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
  • Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
  • Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
  • Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
  • Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
  • Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
  • Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
  • Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari.
  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
  • Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
  • Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
  • Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari.
  • Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir.
  • Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
  • Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

14 Jun 2010

KAU TULANG RUSUKKU...!


 
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? 
LELAKI: Kamu!!! 
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? 
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku! 
 
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... 
 
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. 
 
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak  "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". 
 
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak  "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" 
 
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.  "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 
 
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. 
 
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. 
 
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. 
 
LELAKI: Apa khabar? 
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? 
LELAKI: Belum. 
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah. 
 
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..." 
 
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan... 
 
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... 
 
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. 
 
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 
 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216) 
 
P/s: Kerana mulut, badan binasa... kerana pulut, santan binasa... hehe, renung2kan selamat beramal^^...

10 Jun 2010

ADAM...





Adam, mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat...
Bukan juga insan yg bisa menahan nafsu...
Tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
Tewas dgn godaan syaitan dan nafsu sendiri...

Adam, mengertilah...
Sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik...
Agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
Telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya...
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj...
Perfume, make up, perhiasan...
Telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya...
Namun, mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini...

Adam, mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
Sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
Namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam, mengertilah...
Setiap kali 'sms' diterima...
Hawa keliru...
Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja...
Tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
Mengenangkan Adam adalah sahabat...

Adam, mengertilah...
Setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu...
Mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam...
Memudahkan perjalanan hidup Adam...
jangan di salah tafsir apa yg Hawa berikan...

Adam, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa...
Namun, bukanlah 'couple' yang Hawa pinta...
Tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa...
Cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa...
Jangan di pinta apa yg tak mampu Hawa berikan...
Kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam, mengertilah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...