20 Julai 2010

KAWAN DI AKHIR ZAMAN...

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar2 sibuk
Dengan urusan memperbaiki dirinya
Yang benar2 sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu bermanfaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar2 melekat iman di jiwanya
Mengunakan professionnya menuju cita2 di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata2 kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata2 kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura2 untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis2 Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis2 Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan.


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh2 memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh2 memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan di akhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan2nya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah2 kematian itu masih jauh
Seolah2 alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

 

"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi". (Surah At Taubah A : 69)
 
Sumber: Web

4 ulasan:

hamba NYA berkata...

Assalammualaikum... memang benar apa yang dikatakan...

ash_mza berkata...

to hamba NYA
wa'alaikummussalam..
lumrah dunia...
semakin tua dunia, semakin sukar mencari sahabat yg benar2 mengerti erti persahabatan yg sejati:)

Hamba_Biasa berkata...

salam syg..
huhu, mcm knl je p0st ni............

wehee ^^
alhamdulillah, elaun da masyukkkkkkk........
syukur......

ash_mza berkata...

wslmwth=)
hehe... perkongsian bsma.. hendaknya mdtgkan manfaat buat semua.
Alhamdulillah^^...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...