19 Julai 2010

MAHALNYA SYURGA...

Abu Hurairah r.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

 
"Apakah yang telah kamu lakukan?"
Jawabnya, "Aku telah berperang kerana-Mu Ya Allah sehingga aku mati syahid."

Di katakan kepadanya lagi: "Kamu telah berbohong! Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani! Dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian di seret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.
"

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.


Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.


Justeru itu dia ditanya: "Apakah yang telah kamu lakukan?
"
Jawabnya, "Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya kerana-Mu Ya Allah."

Kemudian Allah menjawab: "Bohong! Bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu membaca al-Quran supaya orang berkata kamu seorang qari. Mereka semua telah pun berkata demikian di dunia."


Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.


Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.


Kemudian dia disoal: "Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?
"

Jawabnya, "Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang Engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan kerana-Mu Wahai Tuhan.
"

Allah menjawab: "Bohong! Tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.
"

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.


Apabila Saidina Muawiyah r.a mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

 
"Benarlah firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala."
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)


Pengajaran ayat Quran:
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)

Firman Allah lagi dalam Surah Fatir ayat 29 berbunyi: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

Firman-Nya lagi dalam Surah al-Saff ayat 10 - 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi berangan-angan untuk masuk ke Syurga."

P/s: Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .
Wallahua'lam bissawab...

2 ulasan:

sue@p.l.e.i.a.d.e.s berkata...

btol la yg dikatakn ikhlas adalah amalan yg tertinggi dn pling ssh nak dibuat...

mekasih utk perkongsian ni..;)

ash_mza berkata...

to sue@p.l.e.i.a.d.e.s
Kasih kembali=)
semoga kita semua sentiasa ikhlas dan jujur dlm stiap perbuatan. Insya-Allah. AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...