11 Ogos 2010

اهلا رمضان...

Assalamualaikum...
Selamat malam dan salam sejahtera buat kalian...

syukur

Hari ini, seluruh umat Islam telah pun menyambut kedatangan  bulan mulia penuh berkah, RAMADHAN AL-MUBARAK.
Moga kita semua sama2 dapat merebut peluang yang hadir setahun sekali cuma. Mohon maaf buat teman2 semua andai terlajak bicara dalam medan pertemuan ini.
"Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andai RAMADHAN ini yang terakhir, moga ia yang terbaik di sisi-NYA..."

SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIKH DAN SELAMAT MEMBURU AMAL SOLEH...

 ins


Ipgmktaa2010
CempakaC202

07 Ogos 2010

APA YANG AKU RASA...

ORANG KATA... Enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaul bebas la lelaki perempuan, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA... Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalillah...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... Past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal... Entah bila siapa pun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...




ORANG KATA... Have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!!
ATUK KATA.. Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat... Baru hati puas!!!
ATUK KATA... Ye ke hati dah puas??? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA... Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA... Errrr... Betul jugak tu tuk... 

SEMARAK KASIH KITA...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Moga kalian sentiasa sihat wal'afiat dan bahagia bersama mereka yang tersayang...
Mengisi kekosongan suasana, dengan picisan kata2. Biar diri terhimpit dengan timbunan kerja, rasa untuk membuat masih dalam mood 'kemalasan'. Ayuh Ash, bangkit! Paksa diri, bukan manja diri^^...

Khas buatnya...
Pertama kali memandangnya, sudah cukup membuat hati ini terkaget. Melihat senyuman manis pada wajahnya terbit semacam rasa.

 "Aduhai, manisnya si cilik ini..."

Sungguh, dia benar2 memikat hati ini, meski dia bukan pilihan pertama. Keistimewaan yang ada padanya membuatkan jiwa ini kasih padanya=)

Sesingkat waktu kita bersama, sudah cukup menghasilkan pelbagai kenangan yang terabadi selamanya. Kemesraan yang terjalin, biar bukan erat, tapi cukup untuk membuat kita rapat. 

Hari ini, kamu akan kembali, entah bila kita akan bersua. Di antara jiwa, hati dan diri kita, akak harapkan terus tersemat rasa kasih sayang yang kukuh.

Adik kami yang tidak dapat menghadirkan diri, Norita A/P Kamon telah digantikan dengan adik Wak Helis A/P Rostam. Pelajar tahun 5Amanah dari Sekolah Kebangsaan Betau. Berketurunan asli semai, hitam manis, murah dengan senyuman, pekerti yang santun, tidak lekang dengan ucapan terima kasih, dan kami kira, adik seorang yang sangat berdikari dan pemalu.


Wak Helis A/P Rostam, Menanti untuk pulang^^...

Buat adik Elis, akak harap, Elis akan berjaya dalam hidup, masa depan cerah menanti di hari muka. Akak yakin tu, sebab akak tahu, Elis tak macam yang lain, tidak terlalu bergantung, tidak selalu meminta, setiap hal dan setiap perkara, Elis banyak bergerak sendiri. Bantulah keluarga, Elis anak bongsu, dan akak yakin sangat2 disayangi keluarga. Kelincahan Elis, sikap periang Elis telah membuat ramai orang terpikat pastinya. Moga kejayaan milikmu adik!=)

~Zihan~Ash~Helis~


Hehe, kena crop^^...

"Eh, muka dia macam awak la."

"Ni dah bukan adik awak ni, boleh jadi anak." (haha, adoii, statement apa ni korang bagi)

"Serius la, muka dia memang macam awak!"

Ahh, sudah, saya sendiri tak pasti. Mungkin kebetulan, lagipun kebanyakan daripada kita memang ramai yang mendapat muka yang iras. Hik3...
Petang tadi sekitar jam 2, kita berpisah. Gaya kamu memaang cool. Sengaja akak ingin menduga, tingkahmu yang sebenar.

"Ingat akak tak nanti? Rindu tak?"

Helis tersenyum, akak dan Akak Zihan senyum kembali. Jawapan kamu membuatkan kami makin tercuit.

"Malulah."

Akak dah agak dah. Tak gitau pun, dah memang boleh nampak. Hehe^^...
Bila bas untuk pulang sampai, Helis malu2 nak bersalam dengan Akak Zihan. Kenapa ye? Bila salam, akak nampak, Helis tak tunjukkan perasaan sebenar. Tapi rasanya akak tahu bila Helis salam tu...

"Peluk, peluk."

Haa... Tengok, mana mungkin kamu minta dipeluk kalau tidak sayang kami kan? Hik3...
Bila kamu dah naik bas, siap flying kiss lagi eh... Ooo, depan2 tak nak buat, belakang tak malu pula ye! Apapun, kamu adik angkat kami yang pertama sepanjang berada di sini. Moga ketemu lagi. Insya-Allah...

Petang. Helis, Sofia, Emiliana^^...

Program pagi. Di dewan^^...

Program Semarak Kasih anjuran IPG ini diadakan dengan tujuan untuk mendidik diri para guru pelatih menjadi lebih bersedia di samping membantu para pelajar tersebut untuk menjadi seorang yang berdikari. Kebanyakan pelajar2 yang dijadikan sebagai adik angkat merupakan anak2 orang asli yang mewakili sekolah2 pedalaman. Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Haji, Sekolah Kebangsaan Lenjang, Sekolah Kebangsaan Betau, Sekolah Kebangsaan Cenderut. Dll.


Selamat pulang cilik^^...

P/s: "Laki2 semua tidak guna, yang penting pelajaran!"  Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kata siapa? Fikir2kanlah...
En hok hei~Saya sayang awak^^... Untung juga kami, dapat belajar bahasa kamu^^... 






  
Ipgmktaa2010
CempakaC202

05 Ogos 2010

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN...?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca yang budiman. Hendaknya senantiasa sihat wal'afiat. Insya-Allah. AMIN... Syukur ke hadrat Ilahi, diri ini masih diberi kesempatan untuk terus berkongsi rasa dan kata di medan maya ini.


05 Ogos 2010. 
Tarikh yang mungkin nampak biasa2 cuma bagi kita, namun tidak bagi dua insan yang sering wujud dalam hidup ini. Nur Shazihan Abdul Rahim, selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-20. Moga angka pertama yang menghapuskan usia belasan dapat mematangkan lagi hidup kamu. Hiasi peribadi dengan akhlak yang murni. Moga pekerti kita kan lebih disenangi. Insya-Allah wahai mujahidah...

Maafkan perilaku yang mungkin agak over malam ini. Bukan niat merosakkan, namun hasrat hati ini ingin mengukir sebuah kenangan. Biar lama tersimpan dalam kotak memori. Tak dilupakan buat teman2 yang turut serta meraikan hari 'tua' awak, RollJannah, Asiah, Shahira, Ilham dan Yana. Terima kasih semua. Masa kita bersama masih lagi berbaki tiga tahun, dan saya yakin waktu itu akan berlalu dengan sangat pantas. Yang pergi takkan disedari dan yang datang itulah kehidupan yang dilalui. Semoga hari esok dan seterusnya akan memberi sinar baru dalam hidup kamu semua.

Buat senior yang mesra dengan panggilan Kak Ngah (Kak Bintul)...
Moga tabah dan terus sabar dengan ujian yang menimpa diri. Pemergian ayah tersayang ke rahmatullah pada petang semalam turut mengejutkan diri ini. Sudah lumrah dunia, yang hidup pasti akan mati... Yang datang pasti akan kembali. Moga allayarham ditempatkan di sisi hamba2-Nya yang soleh. AMIN...

مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

P/s: Derap kaki terus gagah menyusur langkah. Jangan terus goyah dengan kenangan yang meranapkan jiwa, dan jangan terus terbuai dek indah yang meresapi hati.
Melankolik malam menghiasi suasana~Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh yang dulunya mekar di sinar suria..






Ipgmktaa2010
CempakaC202



04 Ogos 2010

MENCARI PENAWAR...

Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan.

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu."
 

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhuwwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri."  (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah."  (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya."  (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain."  (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya."  (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159) 
 
Sumber: web

02 Ogos 2010

TENTANG HATI DAN MINDA...

Bismillahirrahmanirahim...
Alhamdulillah, hendaknya kalian sentiasa berada dalam  redha serta rahmat Ilahi, AMIN...

Setenang malam yang berlalu, terasa diri ini cukup tenteram diulit bersama dengan himpunan halwa telinga yang menyejukkan jiwa. Dalam tak sedar, kita telah melangkah ke bulan Ogos tahun 2010. Alhamdulillah, diri ini dan juga kalian diberi kesempatan menikmati indahnya dunia ciptaan Illahi.


Hari2 yang terus berlalu membuat diri banyak berfikir. Entah mengapa... Pentingkah? Perlukah? Terkadang timbul pelbagai persoalan di benak ini... Berfikir, namun tidak bertindak. SIA-SIA.

Kehidupan sentiasa diiringi dengan pemikiran. Atas dasar pemikiran itu, keputusan dicapai. Lantas langkah di ambil. Nah, penyelesaian telah dilakukan.

Tapi... Relevankah keputusan itu? Tepatkah tindakan itu? Diri tetap tertanya dalam kebingungan. Bukan terburu... Malah itulah kepastian. Meski hati berkata ya, namun minda masih memberikan kata tidak. Kenapa? Mengapa? Diri sendiri tetap juga buntu...

Masih kesamaran, masih mencari-cari, masih jua tertanya-tanya...
Moga kata yang dibicarakan, tindakan yang dilakukan memberi makna yang lebih jelas...
Buat diri, buat dia, buat mereka dan buat kita. KITA?

Biar resah yang hadir menjadi melodi kedamaian dalam atma ini, membuai mesra kegusaran ini. Moga tenang dan sejahtera gantinya. Bertahan sementara biar bukan selamanya.

Duhai minda...
Rasionalkan pemikiranmu, positifkan terhadap segala apa tindakan hati. Kerana hati itu lebih halus. Lebih mengerti. Hakikat yang sebenar, telah pun Allah terbitkan dalam naluri. Dari segumpal darah bernama hati.

Insya-Allah^^...

P/s: Desakan hati mungkin. Entah apa. BIMBANG? Kabus ketenangan jangan padam!

29 Julai 2010

ISI HATINYA UNTUKNYA...

Isi Hati Sang Ikhwah...

Wahai zaujahku,

Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerana itu , aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan , bual mesra dengan wanita lain ku elakkan,
Kerana semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku hanya Ayat-ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti,

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akn kita lalui sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan kau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku,
Aku belum pernah memandang fizikalmu,

Kerna nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan.
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahiddin.

Kerana itu,
kita harus bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat...

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerana kau tidak mengenal siapa diriku.

Aku tahu kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sinidengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat di hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpanku untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerana aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu."


sumber

MEREKA BOHONG...?




“Wahai puteriku, demi Allah… Jangan engkau percaya kata-kata sebahagian lelaki… Bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab, bicara denganmu seperti sahabat, dan apabila bercinta denganmu seperti sahabat… Sebenarnya mereka bohong!!! Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka, pasti engkau takut dan ngeri… Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan… Bukan di tangan kaum lelaki…”
Ali Thantawi

Bismillahirrahmanirahim...
Bingkisan rasa mencuit tangkai hati. Mencari kebenaran yang tersembunyi dalam ungkapan kata itu. Waspada itu sentiasa muncul. Bertemankan gerak hati yang mengawasi. Jangan2 diri terlalu leka. Pada seorang lelaki yang ajnabi. Diri kadang memuhasabah, menelaah, menilik akan kelemahan yang memenuhi ruang jiwa ini. Insan ini hanya manusia biasa, terkadang hanyut di buai oleh indahnya hiasan duniawi. 

Ya Tuhan...
Tuntun diri ini sentiasa, agar tidak terlalu ralit mencintai dunia, didik hati ini sentiasa, agar bisa berkongsi kasih dan rasa padanya yang halal bagiku^^...



27 Julai 2010

IKATAN 'JANJI UNTUK KAHWIN'...

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.

 
Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
 
2) Saudari diizinkan untuk menjemput si pemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : "Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH" ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
 
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
 
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
 
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
 
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Wallahu'alam.
 
Ust Zaharuddin Abd Rahman

24 Julai 2010

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU...

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku...
Inginku beritahu padamu... 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia... 
Orang tua yang begitu sempurna... 
Dengan cinta yang begitu membuncah...
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga...
Maka, padamu ku katakan... 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku... 
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah...

Padamu yang Allah pilihkan untukku... 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan... 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu. 
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna... 
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu... 
Kerana kelak kita akan satu... 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'...


Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya... 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmu-Nya... 
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita... 
Itulah visi pernikahan kita... 
Ibadah pada-Nya ta'ala...

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku... 
Ingatlah... Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkok... 
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah... 
Maka, ketahuilah... Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan... 
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah... 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah... 
Namun tatap mataku, tersenyumlah... 
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu... 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah... 
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu... 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku... 
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan... 
Maka dimataku kau adalah yang terindah, 
Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah, akanku penuhi semua perintahmu... 
Maka kalau kau berkenan ku meminta... 
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya...

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita... 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga... 
Yang di pundaknya akan di isi dengan amanah-amanah dakwah, 
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad...  
Yang darahnya mengalir darah syuhada... 
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka... 
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka... 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu...

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 
Ku memohon padamu.. Redhailah padaku, 
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi... 
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya...
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...