Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca yang budiman. Hendaknya senantiasa sihat wal'afiat. Insya-Allah. AMIN... Syukur ke hadrat Ilahi, diri ini masih diberi kesempatan untuk terus berkongsi rasa dan kata di medan maya ini.
P/s: Derap kaki terus gagah menyusur langkah. Jangan terus goyah dengan kenangan yang meranapkan jiwa, dan jangan terus terbuai dek indah yang meresapi hati.
Ipgmktaa2010
05 Ogos 2010.
Tarikh yang mungkin nampak biasa2 cuma bagi kita, namun tidak bagi dua insan yang sering wujud dalam hidup ini. Nur Shazihan Abdul Rahim, selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-20. Moga angka pertama yang menghapuskan usia belasan dapat mematangkan lagi hidup kamu. Hiasi peribadi dengan akhlak yang murni. Moga pekerti kita kan lebih disenangi. Insya-Allah wahai mujahidah...
Maafkan perilaku yang mungkin agak over malam ini. Bukan niat merosakkan, namun hasrat hati ini ingin mengukir sebuah kenangan. Biar lama tersimpan dalam kotak memori. Tak dilupakan buat teman2 yang turut serta meraikan hari 'tua' awak, Jannah, Asiah, Shahira, Ilham dan Yana. Terima kasih semua. Masa kita bersama masih lagi berbaki tiga tahun, dan saya yakin waktu itu akan berlalu dengan sangat pantas. Yang pergi takkan disedari dan yang datang itulah kehidupan yang dilalui. Semoga hari esok dan seterusnya akan memberi sinar baru dalam hidup kamu semua.
Buat senior yang mesra dengan panggilan Kak Ngah (Kak Bintul)...
Moga tabah dan terus sabar dengan ujian yang menimpa diri. Pemergian ayah tersayang ke rahmatullah pada petang semalam turut mengejutkan diri ini. Sudah lumrah dunia, yang hidup pasti akan mati... Yang datang pasti akan kembali. Moga allayarham ditempatkan di sisi hamba2-Nya yang soleh. AMIN...
مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)
“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
P/s: Derap kaki terus gagah menyusur langkah. Jangan terus goyah dengan kenangan yang meranapkan jiwa, dan jangan terus terbuai dek indah yang meresapi hati.
Melankolik malam menghiasi suasana~Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh yang dulunya mekar di sinar suria..
Ipgmktaa2010
CempakaC202
2 ulasan:
Assalamualaikum Wbt..
Syukran jazakallah sygku...
trharu...........
s0b3............
=(
amin3....
trm ksh, sgt3!!!
to Hamba_Biasa
Wa'alaikummussalam=)
Maceh jugak^^
hehe...
Amin~
Small matter je my dear sis...
Smile alwiz.. no matter how, no matter what^^...
Catat Ulasan