07 Ogos 2010

APA YANG AKU RASA...

ORANG KATA... Enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaul bebas la lelaki perempuan, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA... Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalillah...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... Past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal... Entah bila siapa pun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...




ORANG KATA... Have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!!
ATUK KATA.. Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat... Baru hati puas!!!
ATUK KATA... Ye ke hati dah puas??? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... Betul jugak tu tuk...


ORANG KATA... Successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA... Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA... Errrr... Betul jugak tu tuk... 

8 ulasan:

suwune berkata...

aku rasa hanya bisa menucap : Subhan'Allah, suwun

ash_mza berkata...

to suwune
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar=)

umi Hamraa berkata...

salam.
terima kasih berkongsi artikel yang menarik..
astaghfirullahazim,terlalu leka kita selama ini..

ash_mza berkata...

to saya
wslmwth...
mekasih kembali=)
InsyaAllah... moga kita tidak selamanya terleka~

Werdah berkata...

Salam Ash.

Terima kasih kepada Ash dan atuk yang sentiasa mengingatkan kita bahawa masa akan menghilang setiap sata.. mudah2an kita tak terleka.. selamat bersedia menyambut ramdahan al-mubarak..

ash_mza berkata...

to werdah
wsalamwth...
kasih kembali=) akak ke ek? hehe...
Alhamdulillah, pkongsian ini mberi manfaat.
Salam Ramadhan juga buat akak^^...

zubair ghazali berkata...

haha.. artikel ni membuat saya tersenyum seketika.

jazakallahu khair..

betul juga tu tuk~

ash_mza berkata...

to ibnu ghazali
jazakallahu khairan..
=)
orang tua makan garam dulu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...