20 September 2010

HILANGNYA 'PENDAMPING'KU...

Bismillahirahmanirrahim…
Alhamdulillah, berlalu sudah cuti raya aidilfitri yang cukup lama bagi saya. Berehat panjang. Menyepikan diri. Moga2 diberi kekuatan menghadapi ujian pada hari muka. Doa juga buat kalian semua. AMIN ya AMIN…

Emosi sedikit terganggu kebelakangan ini, bukan hal besar barangkali. Tetapi cukup meninggalkan kenangan buat diri ini. Menerbitkan sayu dalam hati ini. Hal yang sama seperti 9 tahun bersama dahulu, pastinya takkan lagi kembali. 

Cuma bergelar seekor haiwan. Haiwan peliharaan… Kucing…
Mungkin saya bukan yang jenis rasi untuk memelihara haiwan, memiliki haiwan peliharaan. Setiap apa yang pernah saya cuba miliki takkan pernah kekal. Jadi, bila adanya seekor kucing yang cukup lama dapat dijaga, terasa mengisi ruang dalam hari2 yang dilalui. Itu sudah cukup untuk menemani. Menghilangkan lelah yang ada.

9 tahun dahulu…
Bila dia di bawa pulang, sungguh, saya rasa teruja. Hari2 dimanjakan, dibelai… Hehe… Pulang sahaja dari sekolah, memanggilnya. Berborak dengannya, meskipun balasan yang kudapat hanya sekadar ‘Meowww’… Tersenyum. Senang. Itu sudah cukup memadai. Dia selalu mendengar, tiada mengeluh. Sedang saya, asyik merungut dan mengadu padanya. Pernah saya bermonolog, tertanya sendiri, ‘Tidak bosankah dia?’ Lama menemani di sisi…

Hanya pada saya kamu dengar, hanya bila saya yang memanggil, kamu datang menghampiri. Tidak pada orang lain. Kamu garang pada mereka. Sangat! Cakaran kuku kamu amat berbisa waktu itu. Saya tidak dapat berbuat apa2, melainkan melihat dan mengetuk2 kepala kamu, menjentik telinga kamu. 'Degil'. Huhu… Kamu merapat dan merengkokkan tubuh kamu. Ahh, pandai sungguh dirimu mendapatkan belas=)

Pernah dulu selepas sekian lama kamu hadir dalam hidup ini, saya terfikir bagaimana sekiranya saya kehilangan kamu kelak. Malam itu, pulang dari tuisyen SPM, saya nampak seekor kucing dilanggar. MATI! Seiras kamu… Warnanya, saiznya… Sampai sahaja di rumah, diri hanya mampu berharap itu bukan kamu. Bukan! Tapi itu sekadar untuk menyedapkan hati yang sangat rungsing tika itu. Sedangkan, air mata mengalir bagai air paip bocor, membasahkan bantal. Lalala…  

Bangun pagi2, pasti, kamulah tujuan utama. Hehe, Alhamdulillah, kamu ada. Ada di tempat kamu. Memang tabiat kamu. Selalu sangat dengan hobi memanjat siling rumah. Ahh, barangkali penuh dinding rumah dulu dengan lukisan cakaranmu. Saya hanya mampu tersenyum riang, hati melonjak2 gembira. Terasa kembali bersemangat melangkah ke sekolah=)

Banyak anak2 kamu yang mati, entahlah… Saya sendiri buntu. Mengapa? Kenapa? Biarpun dah cukup besar, anak2 kamu tetap akan mati, andai tidak mati pasti akan hilang. Langsung tiada jejak. Ke mana…? Fuuu~~~

Hilang... 
 Sejak berpindah di bumi Pahang, kamu ditinggalkan di kampung. Bukan tidak sayang. Bukan tidak ingat. Tapi untuk memudahkan. Huhu… Nenek pernah katakan yang kamu sakit akhir2 ini. Saya tahu umur sembilan tahun bagi seekor kucing sudah cukup tua. Malah, kamu tidak lagi mendengar dan menyahut panggilanku sebagaimana dulu. Tidak lagi rapat dengan diri ini...

Kamu benar-benar mengganggu lenaku. Hingga emak memujuk. “Tidurlah, Cissiey ada, sihat lagi, emak tengok kat belakang tadi…” Haih… Apa nak jadi. (kantoi kat mak... huhu...)

"Setiap malam akan bermula hidup baru, Allah akan menyembuhkan kedukaan lama, setiap perkara pasti ada akhirnya, cukuplah Allah bagiku"

Pagi tu… Buat kali terakhir, saya mandikan kamu, bersihkan kamu tapi bukan sepenuhnya. Maaf Chi tak berkesempatan… Tak sempat juga berborak dengan kamu. Apa yang saya sempat, memanggilmu depan pintu rumah, dan kamu berlalu pergi dengan suara akhir yang sayu ‘Meoww...’. Entah kenapa… 

Jumaat terakhir buatmu…

P/s: Biar tersimpan jangan terpadam. Ini yang terakhir. Takkan ada lagi… Huu~

 
Ipgmktaa2010
CempakaC202

8 ulasan:

Unknown berkata...

sayang sangat kat kucing saya

MuNie berkata...

sabar ye.. yg pergi tetap pergi.. moga patah tumbuh hilang berganti.

ash_mza berkata...

to iszieylyanziy
sayangi^^ sementara masih ada... huhu~

to MuNie
yup.. dah pergi takkan kembali... terkenang sentiasa juga. hehe.. mekasih=)

hasbul87 berkata...

yg hidup pasti akan mati, itu lumrah hidup yg ALLAH telah tetapkan, ALLAH telah menerapkan sikap kasih sayang pada hamba2nya, insyaALLAH ALLAH akan memberikan lagi baik daritu, kemungkinan bukan binatang tapi kasih sayang daripada manusia, oleh itu bersyukurlah dengan apa yang ada dan bersyukurlah sbb masih ada lagi menjaga anda dan mengingati anda... :-)

ash_mza berkata...

to hasbul87
setiap yg hidup pasti akan mati...
yap, sy igt tu.. bonda tsyg sentiasa mengingatkan... mekasih=)..
hilang yg ni.. tp akan dpt yg lg baik daritu. Insya-Allah... AMIN...
Jazakallah...

Prettyvrach berkata...

sedihnye...

Gee berkata...

sya nangis baca entri ni...barulah sya fhm napa anak sya syang kucing dia yg 7 ekor tu...mngkin slama ini sya terlalu menutup pntu hati sya utk mesra ngan kucing (cos sya alergik ngan bulu dia..)Hdung sya snsitif smpai berair2..

Tapi demi utk anak sya, sya rela..sobsobsob.. :-(

ash_mza berkata...

to miszlullaby
berat mata memandang, berat lg bahu memikulnya... huhu~

to Gee
~~~ikatan yg tak nmpk oleh mata kasar, namun lahir dari hati dengan limpahan kasih sayang. Mesranya abadi. Mungkin sbb tu sgt terasa kehilangan pada sesuatu yg sgt dekat dgn diri=)
Hehe... moga Gee akan menyukai mereka sebagaimana anak Gee sayang pada mereka. Seorang ibu pasti sanggup melakukan apa2 shj utk ank mereka^^,
Jgn sedih2=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...