10 April 2010

DEMI HARI-HARI YANG PASTI...




"enti
Bukan Ana tidak mahu memandang wajah enti
Tapi Ana berdoa agar wajah ini menghiasi Hari-Hari nanti
Yang bakal mengukirkan senyuman di setiap pagi
Di Hari-Hari yang pasti

 
Bukan Ana tidak mahu melirik senyuman pada enti
Tetapi Ana selalu tersenyum dalam hati
Agar senyuman ini ‘mahal’ di Hari penyarungan cincin ke jari
 
Bukan Ana tidak ingin memandang senyuman enti
Tetapi Ana bimbang senyuman ini bakal pudar layu
Di Hari-Hari yang pasti
 
Bukan Ana tidak mahu bercakap dgn enti
Tetapi Ana ingin menghabiskan bicara-bicara Ana
Tika mana Ana Dan enti bukan lagi sekadar ‘ana’ Dan ‘enti’
Di Hari-Hari yang pasti
 
Bukan Ana tidak mahu berchatting dengan enti
Tetapi Ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti
Di Hari-Hari yang pasti
 
Bukan Ana tidak mahu membalas SMS enti
Tetapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di Hari-Hari yang pasti
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini
 
Enti yakinlah,
 
Bukan Ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu Ana pada Ilahi
Kerana Hari ini masih bukan Hari yang pasti
 
Enti,
Intailah sebentar Hari-Hari yang pasti
Tika itu andai Ana jatuh enti hulurkan tangan memberi Ana harapan
Tika Ana bersedih enti berikan senyuman yang mendamaikan
Tika Ana keseorangan entilah teman
Tika Ana kelalaian entilah yang mengingatkan
Tika itu, Ana Dan enti
Bukan lah ‘Ana Dan enti ‘lagi
Kerana…
 
IA adalah Hari-Hari yang pasti
Antara abbi Dan ummi
Berdoalah untuk Hari-Hari yang pasti
Di sana bunga c.I.n.t.a akan mekar bersemi"




Moga akan wujud hari-hari yang pasti buat kita semua...
AMIN...
Dan moga Allah membantu kita duhai muslimin dan muslimat...
Wahai adik-adikku, saudara saudariku...
Ayuhlah, kita sama-sama mencari Redha dan makrifat dari_Nya, Pencipta Agung kita.
Mudah-mudahan, kita tidak jauh tersasar dari persimpangan "Siratul Mustaqim"...
Teguhkan imanmu, cekalkan hatimu dalam menggapai redha Ilahi...
Buat si dia yang belum pasti,
moga Allah memimpinmu ke arah jalan yang lurus,
dan kita dipertemukan dalam keadaan yang lebih baik, iaitu di hari-hari yang pasti, InsyaAllah...
Aku serahkan urusan ini pada_Nya, andai dirimu pilihan_Nya...
Aku terima seadanya...
"SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL"



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...