01 Jun 2010

DOAKAN MEREKA...

Assalamualaikum...
Selamat malam dan salam sejahtera buat kalian...
Moga sihat wal'afiat hendaknya. Insya_Allah. AMIN...
Semalam diri ini dikejutkan dengan satu kenyataan mengenai nasib rakyat Palestin. Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza telah diserang oleh Rejim Zionis. Sungguh, semacam rasa yang terbit dalam jiwa.



Menurut Kenyataan Media Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia pada 31Mei oleh Zulkifli Mohd Nani selaku pengerusi pasukan menyatakan bahawa:
 

1. 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

4. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

Biar bukan dengan senjata tajam, biar bukan dengan senjata bedilan, cukuplah cuma dengan senjata doa. Senjata yang paling kuat bagi kita umat Islam. Jika ini yang termampu kita lakukan. Semoga kita sama2 dapat berdoa dan melakukan tahajjud2 memohon yang terbaik buat saudara2 muslimin kita di bumi palestin sana. Doa pada mereka yang telah pergi hendaknya dalam syahid kubra...
Pada mereka yang masih hidup, moga diberi kekuatan untuk tetap teguh jiwanya, tenteram hatinya, damai nuraninya... 
AMIN^^...
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...