Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril A.S untuk pergi menemui salah satu makhluk_Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah S.W.T sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui si kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril A.S mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kerbau?" Si kerbau menjawab, "Masya_Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan_Nya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril A.S mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar, apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kelawar?" "Masya_Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan_Nya sebagai seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya." Jawab si kelawar.
Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril A.S bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil, apakah kamu senang telah dijadikan Allah S.W.T sebagai seekor cacing?" Si cacing menjawab, "Masya_Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan_Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, pasti ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".
P/s: Wallahualam...
Diharap cerita pendek ini dapat memberi kita serba sedikit pengajaran dan teladan dalam kehidupan sebagai manusia. Sama2lah kita beramal. Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa2 kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. AMIN^^...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan