09 Jun 2010

HAWA...


Hawa...

Sedarkah engkau sebelum datang sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup. Tiada penghormatan secebis dari kaum adam. Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tapi bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam menyinari dunia, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik perhiasan di dunia in melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa...


Mengapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa engkau engkar dalam mentaati ajarannya, kenapa masih segan mengamal isi kandungan-Nya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa...


Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa bahawa kamu bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni  yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi sokongan dan dorongan pada suami sejati yang dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau menggoncang lelaki dengan lembut tutur mu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan hawa, jangan sesekali menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia menggundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi ia memberi kegembiraan pada syaitan, kerana wanita adalah jalan syaitan, yang dieksplotasikan untuk menyesatkan adam.


Hawa...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa...
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...