25 Ogos 2010

CINTA SI CICAK...

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!


Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta... Cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

P/s: Bagaimana dengan cinta manusia? Seikhlas itukah andai ada^^...

4 ulasan:

MuNie berkata...

salam

waaahhhhh!! ini kisah yg pelik dan amat menarik. xpernah dgr.

moral value yg bagus. thanks sis.. :)

HEROICzero berkata...

woaaah seriously? nice one =)

penaberkala berkata...

nice story
setia sungguh cicak tuh
yg terperangkap plak sungguh bersabar

kaki terpaku,
hati bersatu

ash_mza berkata...

to Munie
wslmwth...
=)wlcome... saya pon turut tsentuh dgn crite ini. AMAT. Penuh dgn kesabaran dan kesanggupan=)

to HEROICzero
maybe... hehe=) Untuk perkongsian bsma. Renung2kan...

to penaberkala
thanks...
yup btul... mungkin sebuah crita yg mggunakan pendekatan ibarat kata. Menilai makna sebuah cinta pada seekor cicak. Itu makhluk yang tiada akal.
Bagaimana dgn manusia?=)
Begitu jugakah? wslm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...