Assalamualaikum...
Salam a'laik...
Hehe, salam ceria salam sejahtera di pagi hari hendaknya. Moga2 pagi ini membawa seribu makna bagi kita. Amin...
Post pagi ni khas ditujukan kepada para pendidik, bakal pendidik dan mereka yang tidak jemu2 memberi tunjuk ajar pada diri ini.
16 Mei... satu tarikh yang agak sinonim bagi mereka sekalian. Hari penghargaan di atas jasa2 mereka. Hari pengiktirafan dan hari mengingati mereka. Sungguh, tanpa insan yang bergelar pendidik siapalah kita pada hari ini. Pernah kita dengar sajak yang ditulis oleh sasterawan negara, Usman Awang (1979) bertajuk Guru Oh Guru. Dapat kita lihat betapa besar dan tingginya jasa seorang guru itu dalam mewujudkan generasi yang berilmu.
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Tema Hari Guru masih lagi sama dengan tahun lalu, iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Dengan tema hari guru 2010 ini, turut didatangkan bersama ialah lagu tema Hari Guru 2010. Tajuknya pun sama juga dengan temanya. Hehe...
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Sungguh mulianya seorang guru itu...
Guru itu tidak semestinya hanya yang mengajar kita di sekolah2 atau di mana2 institusi pengajian semata2, tapi mereka yang memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan diri kita secara tidak formal ke arah yang lebih berilmu, ayah kita ke, emak kita ke, abang kita ke, kakak kita ke atau mungkin kawan2 kita sendiri. Semua tu, adalah pendidik kita. Pemberi tunjuk ajar kepada kita. Alhamdullillah. Moga Allah Subhanahu Wataa'la memberikan balasan yang setimpal kepada guru2 kita. Buat guru2ku yang banyak memberi ilmu kepada diri ini, saya ucapkan jutaan terima kasih dan mohon dihalalkan segala ilmu pengetahuan yang dicurahkan. Sayang Cikgu! Semoga diri ini juga dapat menjadi seperti mereka yang terdahulu... AMIN^^...
P/s: Baru sahaja menghantar kiriman 'SMS' buat guru2 yang pernah mengajar diri ini. 'SMS' balas yang diterima, membuat diri tersenyum sendiri;
"Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU, Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU, yang pasti Guru juga bagaikan TV9 kerana DEKAT DIHATI, dan yang paling penting Guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM2 ADA... SELAMAT HARI GURU...
P/s: Pasti Al_Panchor (1995-1996), Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1997-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (2003-2007), Sultan Ismail College (SIC) (2minggu je), IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (2008-2013) Insya_Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan