17 Mei 2010

ANDAI BUKAN DIA...

Assalamualaikum...
Jodoh dan pertemuan itu adalah urusan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Jangan sesekali menyesali dan mempersoal mengapa begini takdir yang Allah tentukan. Terima kesedihan itu kerana itu adalah bukti kasih dan sayang_NYA padamu. Namun segeralah rawat hatimu supaya dirimu yakin bahawa disebalik kepedihan itu ada beribu lagi hikmah dan keindahan dihadapan. Percayalah juga, andai Ar-Rijal itu adalah jodohmu, maka sejauh manapun ia berlari, selama mana pun ia menyepi dia pasti akan kembali. Andai Ar-Rijal itu dianugerahkan Allah sebagai jodoh jua teman hidupmu namun akhirnya diambil_NYA, kembali kesisi_NYA maka jangan sesekali mempersoalkan kenapa. Allah lebih menyayangi dirinya dan dirimu juga. Anggap itu ujian terindah yang diatur Allah buatmu...
Subhanallah...


Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta teragung. Seandainya kita meletakkan segala usaha kita pada_NYA, kita tidak akan kecewa bila mana seseorang itu tidak tercipta untuk kita. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan_NYA adalah yang terbaik. Kita sebagai hamba hendaklah redha atas segala ketentuan_NYA kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. 'Dia' yang ditunggu itu bukanlah milik kita walaupun setelah tiba masanya. Kita harus sentiasa ingat 'dia' yang ditunggu itu hanya pinjaman daripada Allah s.w.t untuk memikul amanah khalifah di muka bumi. Jadi walau siapapun 'dia', tanamkan niat untuk Allah dan Islam. Berpeganglah dengan ini, kita tidak akan rasa kecewa, kerana Allah kasihkan kita dan 'dia'. Insya'ALLAH...
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...