18 Mei 2010

STUDY VS STUDO...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat kalian. Amacam mood hari ni? OK ke KO? Harap2 semuanya baik2. Insya_Allah...
Entry kali ni cuma nak bercerita sikit pasal kita2 di musim exam ni. Yelah, macam2 kerenah, asal belek dan buka je buku, automatik mulut pun turut terbuka. Kalau terbuka membaca takpe, ini terbuka menguap. Isk2... Saya cakap saya la tu, kalau ada juga yang terasa maknanya kita, kira satu geng la ye!Rolly 2
Hal ni makin menjadi2 kalau studynya kat meja dalam bilik, tak pun atas katil. Isk2, bantal kemain dok seru2...
"Datanglah, datanglah kepadaku..." Sengsara mata menahannya, parah jiwa ni menanggung godaan benda alah tu. Adeih...
Sungguh. Jadi, hari ni kami sepakat ke library... Cewah, study la konon kan? 
Ummi, roomateku Jihan dan si Ash ni dengan semangatnya melangkah ke sana. Opppss... Tapi sebelum tu, kaki kami termelencong ke arah kantin. Lapar... Roll 
Seusai je makan, kami gerak ke library. Cukup dengan exercise menaiki tangga untuk mencernakan makanan yang kami makan tadi. Langkah kami masih lagi bersemangat, perut pun dah tak meronta2 meminta untuk di isi. Alhamdulillah...
Tingkat atas library menjadi port pilihan kami. Selesa.
Arakian, terjadinya satu kisah kat atas tu...
Salah seorang dari kami, baru sahaja membelek muka surat pertama buku falsafah tersebut terus menguap, dan terus menguap. Manakala yang seorang lagi secara terus menyembamkan mukanya ke meja. Isk, kritikal parah. Tapi hal tersebut tetap tidak mematahkan semangat kami. Alhamdulillah kami sempat study, cukup untuk hari ni, buat nota2 sikit. Teringat pula, saat terserempak dengan seorang classmate kami. Katanya, "Dah tak larat dah nak tidur, asyik dok tidur bangun, tidur bangun, ishhh, tu yang mai sini ingat nak study sikit. Kalau dok kat bilik, katil je la jawabnya." 


Nah, kita nampakkan? Kita sendiri yang pilih, kita sendiri yang tentukan. Nak STUDY ke, nak STUDO? Tepuk dada, tanya result exam agak2 skor berapa kalau kita pilih salah satu dari sikap tu?
Buku dan pelajar sememangnya dua perkara yang amat rapat dan terlalu sinonim. Sebagaimana irama dan lagu, tak dapat dipisahkan...
Exam start 20 Mei nanti, dah tak lama dah, hari Khamis ni. Paper EDU 3101 Falsafah Pendidikan Di Malaysia. Selepas tarikh tu, 24 Mei pula, paper EDU 3102 Perkembangan Kanak2. Kemudian, barulah subjek gergasi kami, a.k.a subjek major, Pendidikan Seni Visual. Masing2 akan diduduki pada 25 dan 26 Mei bagi paper PSV1 dan PSV2. Mudah2an, kami berjaya, begitu jua kalian yang akan, sedang atau telah menjalani peperiksaan. Usaha itu penting. Jangan putus asa. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal^^...
Cukuplah dulu untuk entry kali ini. Sekadar untuk peringatan bersama. Manusia mudah lupa, dan kadang2 hanya tahu berkata2. Semoga kita bertemu lagi di lain masa. Insya_Allah. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Renung2kan, selamat beramal. Assalamualaikum... 

P/s: Teringat pada kata2 seorang motivator semasa di sekolah menengah dulu.Katanya, "Kita nak ke, tak nak ke, kena juga buat. Paksa diri, bukan manja diri."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...