15 Mei 2010

امتحان نصائح...

Assalamualaikum...
Selamat malam dan salam sejahtera buat kalian yang sudi berkunjung ke blog saya, moga2 kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan mendapat lindungan daripada_Nya.
Agak lama rasanya menyepi, tiada rasa untuk berkata barangkali. Cuma malam ni terdetik ingin berkongsi tips2 menghadapi peperiksaan (امتحان نصائح). Hehe... Lagipun sekarang di ipg kami study week, minggu depan dah mula exam. Rasanya molek andai dapat saya kongsikan bersama teman2 seperjuangan dan seangkatan dengan kami untuk menduduki exam ni. Moga2 kita dapat memanfaatkannya bersama. Insya_Allah...



1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulangkaji bagi semua topik.
3. Tidur yang mencukupi.
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
21. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

 Mudah2an kita semua dapat menjawab dengan tenang. Dipermudahkan oleh_Nya. Jangan lupa dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita.


InsyaAllah, kejayaan itu akan dapat diraih. Tidak mustahil untuk menjadi yang cemerlang. Yakinlah pada diri sendiri. Bittaufiq wannajah, moga Allah memberimu petunjuk dan kejayaan^^...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...