Duhai pemilik jiwaku…
Entah bila Kau sematkan rasa ini..
Rasa cinta pada seorang insan bergelar manusia…
Ya Tuhanku.. Berdosakah aku..? Kenapa Ya Allah? Aku telah cuba mengelak sedaya upaya.. Namun ada cinta manusia menghampiri?
Pintu hati ini terkuak kembali, oleh hembusan keikhlasan mungkin…
Ampunkan aku, hati ini lemah, tidak aku akui rasa cinta ini padanya…
Bukan rasa ego yang membaluti, tapi detik hati ini tentang sebuah ketidakpastian…
Diakah imamku??? Diakah pemimpinku??? Diakah kekasih dunia dan akhiratku??? Peneman hidup dan matiku di singgahsana syurga firdausi, Ya Tuhan….
Engkaulah yang Maha Pengasih, Engkaulah yang Maha Penyayang…
Walau hati terasa meronta.. Meminta kasih pada yang tidak berhak…
Kau senantiasa ada mengingatkanku…
Memberi amaran kepadaku…
“Bidadari duniakah letakmu? Atau bidadari syurgakah pilihanmu?”
Ya Allah…
Beri aku petunjuk dan hidayah.. Pimpinlah diri ini yang mendamba cinta_Mu…
Ketentuan yang pasti terletak atas takdir_Mu Ya Tuhan..
Ya Allah.. Jiwaku lemah..
Seringkali goyah..
Maka kau tebalkan hati ini dengan pendinding keimanan, lapisinya dengan kemanisan bait-bait zikir dan cinta ke atas-Mu ya Tuhanku…
Bilakah waktunya, moga Kau pasrahkan diri ini dengan segala ketentuan fitrah duniawi Ya Allah…
Aku lemah dan aku jahil…
Sesungguhnya Kaulah yang pengasih dan Kaulah yang penyayang…
Duhai pemilik roh dan jasadku…
Ampunilah dosa-dosaku….
Moga Kau memberiku sebuah ketentuan yang pasti…
Menjadikan insan itu seseorang yang halal buatku…
Menjadikannya berhak ke atasku dan aku berhak ke atasnya…
Berikan aku petunjuk yang kuat Ya Allah…
Kenyataan tentang sebuah hakikat…
Sesungguhnya aku mencari keredhaan dan keberkatan_Mu…
Moga kasih yang kusematkan di jiwa ini…
Menjadi sebuah ikatan suci yang terpatri kelak…
Demi_Mu Ya Allah…
Akanku lafazkan hanya sekali…
Pada hari dia menjadi milikku…
Dengan lafaz akad dan penyerahan mahar…
Moga Kau memakbulkan permintaanku…
Ya Allah…
Pemilik sekalian alam…
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan