17 Jun 2010

WANITA ITU, MILIK SIAPA...?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda... ‘Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'.


4 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

Hmm...baru tahu. Thanks for sharing this. Daripada mana sumber artikel ni ye?

ash_mza berkata...

to Sidratul Muntaha
Welcome.. sumber copy n paste. blogspot=)

Hamba_Biasa berkata...

salam r0omateku syg..
huhu, i think i'm the 1st 0ne..

tp, layakkah hamba ke syurga mu ya ALLAH?
sedangkan diri penuh n0da, d0sa, silap & salah...
huk3...
tuntuni langkahku..
sungguh hamba kerdil, tiada upaya melainkan dengan izinMU ya Rabb..
amin.......

ash_mza berkata...

Wsalam=)
Manusia tak pernah lari dari kesilapan..
kdg teralpa, seringkali perilaku menguji diri..
Insya-Allah, saya jg byk kekurangan, dlm usaha membaiki diri membina ketetapan..
Moga Allah membantu kita, mudah2an..
AMIN^^...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...