Aku datang dari keluarga yg besar, 16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku
bawa
gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan". Maka adalah yang tak kena
sana sini.. oh..
Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer..."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun
basuh
tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2
tangan
dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati
Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Hutang
kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berfikir. Ada baiknya juga Nabi tak makan pakai
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam
aku
nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matellic ke cooper? Kansusah tu!!!
Tu
belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja, bentuk bulat ke
bentuk
heksagon? Oktagon? Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran
mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot
terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga
jari?"
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggang!!!"
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain
makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity
of
lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5.. oh.. tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku
kata
dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!" Tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki... Makan sate sedap sampai ke lidi heheheh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan, err maksud aku cara Nabi
makan. Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik
dengan bertanya:
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: Sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla..
Aku kata: "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab
mereka
lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi
bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun
bila
korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yang bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan
agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2,
tapi
masih tak berjaya..
Kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang
tercekik
camne? Cakap terer.." (kata abang aku)
Aku kata: "Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak aku pun buat.. tapi masih tak jadi..
Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus...!!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua
tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa.. Sehingga tulang yang tercekik itu
terkeluar.. Semuanya dari Allah!!!
he he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.
PS: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat).
2 ulasan:
huhu..best..lawak tol..tp msih ada unsur pengajaran...mintak izin copy bleh??
Yup... sy krg pasti sumber sebenar crita ini..
Katanya dr sumber blog kereta mayat...
Silakan... Moga bermanfaat=)
Catat Ulasan